Polishing
Weekend note.. The first
18.11.17
Wake up in early weekend morning just to have breakfast with someone who want to treat me for roti canai. Tapi memang nak bangun awal pun cuti weekend tu sebab ada hal lain. Tapi sblum tu breakfast dulu dengan member. Tapi punya la banyak mulut masa breakfast ngan dia, makan sebiji roti canai pon sampai 2jam baru habis. Bukan makan lambat tapi dia duk berceloteh sampai 2jam. Aiyaaa...
Company Trip 2017 3D2N- Lombok Indonesia
label: cuti-cuti malaysia, indonesia, makan angin
Bertolak dari rumah seawal 3 pagi sbb Bos nk smua berkumpul seramai 50 orang kat klia2 jam 6 pagi. pagi tu Flight pukul 8.30 a.m. mengantuk tahab gaban pun terpaksa la demi makan angin kan. The most important thing is, saya yg amat excited sebab ni first time ever in my life naik flight.. kuno kan? haha..
Nak melancong kat indonesia ni rasanya salah satu tempat yang terbaik untuk percutian bajet. sebabnya matawang kita lagi tinggi dari indonesia rupiah buat masa skarang. masa pergi tu hanya bawak sejuta rupiah jer atau bersamaan RM320 sudah pun memadai untuk beli belah kat sana. Tapiiiii, kos ni tak termasuk makan dan penginapan sebab yg tu smua company yg bayar... so sejuta tu just untuk beli souvenir atau lain2. kalau nak kira bajet yg company peruntukkan untuk setiap orang rasanya tak sampai rm2000 kot..
kaya tu 100ribu tapi hakikatnya........rupiah.. |
Perjalanan dari KLIA2 ke Lombok International Airport (LIA) ambik masa 3jam lebih. tapi yg leceh nya masa nak lepas kastam kat Klia tu. Punya la susah nk lepas, botol air nga rexona spray xlepas sbb lebih 100ml. Masa tu x ambik kisah sangat barang larangan atas flight, then kenalah masa kastam tu sbb tak letak barang2 tu dalam luggage, letak dalam backpack untuk naik kat atas tu. Diorang buang macam tu je la. mcam botol air tu bawak sbb masa tu batuk jadi kena sentiasa ada air. tapi tak expect tu pun diorang tak bagi..yelah first time fly katakan... haha.. Yg pegawai kastam tu perempuan, punyalah kerek, garang betui..cakap leklok tak boleh ke kalau ye pun nak bagitau tu barang larangan..ish2.
Kami tiba di LIA jam 11.45a.m. sampai je kat pintu LIA, tourist guide kitorang dah terpacak menunggu ketibaan kami.. Destinasi pertama kami ialah ke pantai tanjung aan... pemandangan memang cantik ditambah pula pasir yang unik.. memang pasir kat situ tak sama ngan pasir pantai kt malaysia ni.. kat situ bulat2 macam makanan ikan tu pasirnya. cantik.. tapi yang tak best kat sini, ramai sangat peniaga kain jalanan dan ada jugak budak2 yg minta duit... tourist guide tu pesan awal2 lagi, jangan beli barang diorang depan peniaga lain, sbb sekali kita beli habis peniaga lain datang kat kita untuk minta beli barang diorang plak... fuhhh nak jalan pun susah tau..
Kami stay kat Golden palace hotel, Mataram. So far so good la kat hotel ni, nice view, nice food, bilik pun selesa.. cuma satu je, kalau nak caj phone kat sini standby awal2 la adapter sebab kat indo guna plug 2 pin yang bulat tu sbb dia ikut Europe standard.. tapi kitorang lupa nk beli adapter, kat receptionist pun boleh pinjam tapi masa nak pinjam tu dah habis orang pinjam.. so terpaksa la beli kat indomart kat sebelah hotel tu..tak mahal pun sebanrnya kalo convert ke MYR dalam rm10 macam tu je kot.
Bos main pau je my monopod nak wefie.. |
bersama mak2 orang.. |
ni lah peniaga jalanan tu..kalau ikutkan kesian memang tak boleh nak jalan2 kt sini. |
cantik kan pemandang kat belakang tu.. yg tercongok depan tu tak nak puji???haha |
belajar menenun kain |
sebelah petangnya kami ke kampung tradisional atau sade village. kat sini boleh tengok rumah tradisi mereka yang mana lantainya diperbuat dari tahi sapi...hmm tahi pun boleh dibuat rumah jugak.
harmoni je susana tu.... |
7 oktober 2017 - sabtu
hari kedua dilombok.. terkejut sekejap nga waktu dia...pagi tu set alarm pkul 6pagi untuk bangun subuh. tapi bila bangun pukul 6 pagi tu terkejut beruk pun ada.. dia punya matahari dah rasa kat atas kepala.. ingatkan pukul 6 tu awal lagi untuk subuh, rupanya dah macam pukul 8 kat malaysia..apalagi cepat2 la bangkit dah subuh gajah tu...
aktiviti hari kedua ialah explore 3 Gili : gili trawangan, gili air, gili meno. Gili tu maksudnya small island. kitorang sempat ke gili trawangan je sebab ada antara kami yg mabuk laut, so terpaksa explore satu gili je untuk snorkeling. Lepas snorkeling tu, kami ke jalan2 kat trawangan sebab kat situ famous kereta kuda atau diorang panggil cidomo.. tapi tak naik pun , kitorang sewa basikal je untuk pusing2...
signboard sblum naik boat.. deep sangat maksud tu. |
boat snorkeling |
ni lah cidomo.... |
tak sah kalau datang lombok kalau tak bergambar kat sini..Tq abam indo tolong snapkan. |
sewa basikal 50ribu rupiah sejam.. |
8 oktober 2017 - Ahad
Last day kat sini dah takde aktiviti sebab dah nak bertolak balik. flight pukul 12 thari, so pukul 10 lagi kami dah gerak ke LIA... bangun pagi tu sarapan kat hotel pastu packing barang then balik...
akhir sekali saya nak ringkaskan apa sebab kenapa anda perlu consider percutian ke Lombok:
1) Matawang IDR yg lebih rendah dari MYR
2) Masjid yg banyak (digelar pulau seribu masjid), senang untuk solat.
3) Senang untuk dapatkan makanan HALAL.
4) Bahasa percakapan (komunikasi) yg senang kerana mereka juga faham bahasa malaysia.
5) Pantai yg cantik.
sekian..
p/s: looking forward for more interesting country for next company trip.
exam online pegawai eksekutif
baru2 ni dapat noti emel invitation untuk menduduki exam online untuk jawatan pegawai eksekutif dalam LHDN. sebenarnya tak expect dapat pun sebab haritu try and error je isi dalam website tu. tapi alang2 dah dapat invitation ni join je la exam tu nak tau macam mana soalan nye.
ni window masa tengah tunggu masa mula |
Nasib baik baru je lepas buat passport.hehe |
apa macam, WIN tak? ada calculation tu untuk jawab soalan tu tau. |
memang tak sempat nak hadam teks panjang tu dengan masa sikit, nak jawab soalan lagi. so main tembaklah part ni. |
tukar brake pad my lovely myvi
Hujung minggu lepas, sy ke satu bengkel servis kereta hasil carian dalam google yang rata2 99.9% bagi positif feedback pada bengkel ni. "MULTIMEC AUTO SERVIS ", sebuah bengkel yg kecil tapi milik bumitera yg terletak di USJ. melalui review daripada prof. Goole, ramai cakap bengkel ni terbaik sebab orangnya peramah, dah harga pun murah berbanding tempat lain.
Bila sampai tu memang betul, murah dan berpatutan , servis terbaik dan peramah orangnya. masa sampai tu pukul 8.45 pagi, bengkel belum bukak tapi dah ada la 2-3 orang yg tunggu kat luar tu masa tu...perghhhh, bengkel pun macam shopping complex yg buat offer ke? haha..
okey berbalik pada kisah nk repair brakepad myvi tu, sblum ni mmg dah search kat google. (sikit2 google) hasil carian kt google baru paham yang kita perlu tukar brakepad sebelum haus betul2 supaya tak de lah kena keluar duit banyak jika dibiarkan kerana brakepad yg haus boleh calarkan disc brake yg harga berkali ganda mahalnya. maa g servis kat perodua aritu memang orang perodua tu dah tanya nak tukar brakepad ke tak sebab masa tu dah ada 40%. tapi masa tu biarkan dulu sebab masih boleh guna lagipun bila dia bagitau tukar brakepad sekitar rm170. so masa tu pikir biarlah dulu nak survey kat tempat lain dulu. lepas tu masa g tukar tayar kat kedai tayar tu pun orang kedai tu dah tnya jugak nk tukar tak brake pad. tanya harga kat situ pun sekitar rm160 macam tu.
lepas tu, try la g tanya kat kedai Multimec ni brape harga tukar brakepad myvi. then katanya rm95 je.. what??? memang betul la murah dari kedai lain. siap tanya dia lagi tu harga brake pad saje ke skali ngan upah..dia cakap sekali ngan upah la tu...apalagi terus la tukar kat situ...sekian..
tu dia kasi baby gold brakepad baru |