alkisahnya....


YANG PERTAMA?



Kata orang, tanpa yang pertama, mustahil ada yang terakhir. Tanpa langkah pertama, mustahil ada langkah yang ke seribu. Tanpa yang pertama, mustahil ada yang kedua.

Kata orang lagi, yang pertama selalunya yang terindah. Yang pertama selalunya paling kemas dalam ingatan. Yang pertama selalunya sangat sukar untuk dilupakan.

Kata orang lagi, luka yang pertama adalah luka yang paling dalam dan paling sukar untuk disembuhkan, walaupun tidak berdarah, namun pedihnya menusuk kalbu menikam jiwa dan sabubari.

Hebatnya penangan pertama. Ada orang sanggup berkorban apa saja demi memastikan 'yang pertama' sentiasa kekal dalam genggamannya. Ada orang sanggup mengharungi lautan api demi pertahankan yang pertama. Sungguh, yang pertama selalunya mempunyai kuasa yang sangat luar biasa.

Persoalannya. Mengapa? Apakah keistimewaan dan keajaiban yang ada pada 'yang pertama'?

Adakah kerana kemampuan otak kita yang terbatas? Cuma mampu menyimpan kemas memori untuk kali pertama sahaja? Kemudian seterusnya adalah caca merba? Atau kerana kita terlalu menyayangi memori yang kita cipta, menyimpannya kukuh dalam ingatan dan enggan menerima memori yang baru? Atau kenapa?

Misteri yang hanya mereka yang berkenaan, dan Allah sahaja yang tahu..

Mencipta kenangan terindah sememangnya sukar namun untuk mengekalkan keindahannya ternyata jauh lebih sukar. Oleh itu, kita sering memandang kebelakang, mencari yang pertama sehingga kerap mengenepikan yang lain-lain walaupun berkemungkinan, yang kedua atau ketiga jauh lebih baik dari yang pertama.

Mencari pelangi pertama yang pernah kita tatap, kononnya itulah pelangi paling indah yang pernah kita nikmati tanpa mempedulikan pelangi-pelangi lain yang jauh lebih menawan. Hanya kerana ia adalah yang pertama.

Indah dan bahagia menjadi yang pertama, namun suratan Ilahi tidak selalunya menjanjikan kebahagiaan buat kita. Di dunia ini kita adalah pengembara, yang berjalan merentasi masa. Bermulanya kita seorang bayi, kemudian mendekati mati yang kita sendiri tidak tahu di mana garis akhirnya. Dalam hidup ini, ada suka dan duka. Ada pahit dan manis. Firman Allah, di sebalik kesusahan ada kesenangan. Oleh itu, bersyukur dan hargailah apa yang kita miliki hari ini.

Mungkin 'yang pertama' pernah kita kecapi tidak semanis madu, namun bersyukurlah kerana ramai lagi insan lain yang mengharungi 'yang pertama' dengan air mata dan darah. Andai yang pertama kita indah, berwarna-warni ibarat pelangi, maka bersyukurlah dan hargailah setiap dari anugerah pemberian-Nya, kerana kita tidak tahu, apa yang menanti kita pada esok hari.

Yang pertama tidak semestinya yang terindah, namun, apa yang ada dalam genggaman kita hari ini adalah anugerah dan pemberian dari-Nya, maka, hargailah dengan sebaik yang mungkin, kerana esok, belum tentu lagi ia menjadi milik kita...
 

destiny



Destiny

sabar sabar sabar…”as sobru minal iman”..kalau sebut ayat ni semua tau tp yg mengamalkannya= entahler.That what we call human being..dulu parang sekarang besi..dulu first skrg last.dulu priority skrg just beside.
Memang, THAT THING xkekal lama..makin hari makin pudar..bunga pun kalau xdisiram hari hari pasti akan layu apatah lagi THAT THING..dah memang suratan dan takdir yg harus dietrima oleh setiap insan.setiap yg dtg pasti akan pergi..Cycle of life is like a wheel..Sometime we are on the top but also can be at the bottom. Don’t feel safe and comfortable if we are on the top because at any time we might be fall down..Whatever happens, I still here keep waiting. Wait and wait as long as I still able to breathe in this world. As one of UTP’s lecturer said “waiting for something,something to happen”.

Be strong
cendekiawan ckp (bkn sy ckp) Saat org yg kita syg hilang di pandangan mata kasar,seringkali kita rasa terluka yg bagai dicucuk cucuk dek kaca mahupun duri. Semakin jauh dia drpd kita makin terasa. Memang benar lumrah hidup kita sbg manusia biasa tak lekang dari melakukan kesilapan. Saat kita tersedar dari kesilapan itu, umpama baru terjaga dr mimpi yg panjang..lebih parah jika kita tersedar di saat seseorang itu dah tiada dpn mata. Waktu inilah baru kita sedar betapa berharga nya dia.seperti kata puitis kita akan menghargai sesuatu bila kita kehilangannya.
mungkin peninggalan yg amat pedih ini memang merupakan suatu pengalaman yg paling pahit dalm hidup. 

p/s: always love ur fmly n fren..

“ Barangsiapa yang hari ini dia lebih baik dari semalam,
                                             maka dia dari kalangan mereka yanng beruntung. 
  Barangsiapa yang hari ini dia sama seperti semalam, 
                                             maka dia dari kalangan yang rugi. 
  Barangsiapa yang hari ini dia, lebih teruk dari semalam,
                                              maka dia di kalangan orang yang celaka” 
Hadith Rasulullah SAW

iye ke?



Seth : ada 7 ekor burung atas dahan.tiba2 seorang pemburu melepaskan tembakan kearah  seekor burung..jd,sekarang burung tinggal berapa?

Eid : xkan ko xpandai kira kot..7 tolak 1 mestila tinggal 6..betul x?

Seth: salah2….(sambil ketawa kuat2) 

Eid: apa ke bangang ko ni!(dgn nada macam sepah raja lawak).arap je jd bos kat company ni tp basic math pun fail….abis tu brape?

Seth: mesti la jwpan dia...............0…

Eid: pe hal plak?

Seth: eh,ye la kalo dah bunyi pistol tu mesti la semua burung tu lari kecuali burung pekak dan yg nk mampus jer statik situ…saper bangang skrg?hahahahaha….

Eid: grrrrrrrrrr $@#^#*.. Loyar buruk!!

SAMA SAMA KITA AMINKAN


JIKA AKU JATUH HATI

Ianya bukanlah sebuah puisi, tetapi sebuah doa yang sesuai untuk kita baca dan dikongsikan di laman Tentang Cinta ini. Mudah-mudahan doa ini dapat kita amalkan agar kita jatuh hati pada seseorang bukan kerana dirinya tetapi keranaNya...

Bismillahirrahmanirrahim...
Ya Allah...
Jika aku jatuh cinta,
Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya PadaMu,
Agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu...

Ya Muhaimin...
Jika aku jatuh hati,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu,
Agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu...

Ya Rabbana...
Jika aku jatuh hati,
Jagalah hatiku padanya,
Agar tidak berpaling daripada hatiMu...

Ya Rabbul Izzati...
Jika aku rindu,
Rindukanlah aku pada seseorang,
Yang merindui syahid di jalanMu...

Ya Allah...
Jika aku menikmati cinta kekasihMu,
Janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya,
Bermunajat di sepertiga malam terakhirMu...

Ya Allah...
Jika aku jatuh hati pada kekasihMu,
Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh,
Dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu...

Ya Allah,
Jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu,
Jangan biarkan aku melampaui batas,
Sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu...

Amin ya rabbal alamin...

p/s:from http://www.tentangcinta.com/puisi-cinta/jika-aku-jatuh-hati/

flashback


mengingatkan kembali jasa seorang guru di skolah menengah satu waktu dahulu...seorang guru sains , pendidikan jasmani, dan juga guru redaksi sekolah(majalah)..
beliau seorang cikgu dan jg seorang sahabat bagi setiap anak didiknya..beliaulah cikgu pertama yg berjaya buat sy terharu dgn usahanya..dari riak muka nampak seorang yg tegas tp sebenarnya x setegas muka malah seorang yg senang didekati...beliau bnyk berjasa dan bnyk memberi motivasi serta penaik semangat ketika tahun exam pmr..

sir farizal
belia tersangat la gigih...buktinya, sekarang ni beliau dah berpindah ke sekolah kubang kerian..muncul nya beliau kat sana,tertubuhlah kelab wartawan yg hebat dan yang sudah beberapa kali masuk sinar harian.. masa beliau menabur jasa di smkLaloh, majalah sekolah("LEADER") mendapat johan utk kategori pertandingan majalah sekolah... sir amat berbakat dalam penulisan walaupun bukan cikgu BM sebab pernah keje sbg wartawan sblum jd seorang guru.satu puisi yg paling puitis pernah beliau cipta dan deklamasi dlm kelas b4 exam PMR ialah "sekeping hati".puisi ni amat lah menyentuh hati dan pembangkit semangat kami calon2 PMR.....dan yg amat  dibanggakan, sekarang beliau sudah jd pengulas sukan sambilan kat ASTRO ARENA...jd sesiapa peminat ARENA mesti pernah tgok sir..hehe..

rasa macam x terbalas sumbangan yg telah beliau berikan sampai ke tahap sekarang..masih segar dlm ingatan lagi sewaktu hampir tersungkur di tengah perjuangan , ada tangan yg sudi menghulurkan semangat dan memulihkan kembali situasi..perjalanan akademik dipantau beliau dan setiap hari beliau masuk kelas dan motivasilah yg masuk ke telinga kami tp kami suka sgt dgr motivasi beliau yg amat bermakna..
terima kasih sir dan harap sentiasa berbahgia dgn family tersyg....