alkisahnya....


setenangnya


Ya Allah sesengguhnya waktu dhuha itu dhuha-Mu,
Kecantikan itu kecantikan-Mu..keindahannya keindahan-Mu
kekuatannya kekuatan-Mu...kekuasaannya kekuasaan-Mu
perlindungannya perlindungan-Mu.....

Ya Allah jika rezeki masih di langit, turunkanlah
Jika di bumi keluarkanlah...jika sukar permudahkanlah
jika haram sucikanlah..jika jauh dekatkanlah

Berkat waktu dhuha
Kecantikan-Mu keindahan-Mu kekuatan-mu kekuasaan-Mu
Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kpd hamba-hamba-Mu yg soleh...


 

klon?


pelanduk dua serupa muncul lagi!!!!kali ni dah jd pelanduk 3serupa daaaaa.....

memang pernah kita dengar bahawa manusia diciptakan mempunyai 7 kemiripan di atas muka bumi ni... kita rasa fakta tu biasa je tp bila kita sendiri dah jumpa itu dah jadi macam luar biasa...

salah satu cth:

tp bahaya jgk kalau seiras ngan org famous ni..mirip mawi ni pernah kena serbu sbb org ingtkan dia mawi...ish3....

~hidup bukannya ruang bagi insan mencari-cari apa saja yang dimahukan, tetapi hidup adalah lapangan insan menunaikan maksud asal dirinya diciptakan. Andai mahu terus mencari makna bahagia selain daripada ketentuan Allah, maka setiap langkah dalam memburunya adalah suatu penderitaan. Akhirnya, yang dihimpunkan hanyalah episod gelisah, derita dan rasa kekosongan~

Qurban terindah


haaa.....amacam??ngeri ke..selalu kita tgok sembelih lembu tp ni pancung lembu..kejadian ni berlaku di nepal semasa upacara keagamaan mereka. tp sebenarnya kali ni bukan nk cerita kisah pancung lembu tp nk cerita pasal satu ibadah sunat muaakad dlm islam iaitu ibadah qurban sempena aidiladha ni..
salah satu kelebihan korban ni seperti dlm satu hadis nabi iaitu  “Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak Adam pada Hari Raya Korban yang lebih disukai Allah melainkan menumpahkan darah (menyembelih binatang korban). Sesungguhnya binatang korban itu akan datang pada Hari Kiamat bersama tanduk, kuku dan bulunya dan Allah memberi pahala ibadah korban itu sebelum darah binatang korban itu jatuh ke bumi. Oleh itu, elokkanlah korban kamu.” Hadis riwayat Tirmidzi, Ibnu Majah dan Hakim"

penonton setia walau bnyk nyamuk curi darah..
Alhamdulillah pada 10 zulhijjah baru2 ni tumbang jgk 2ekor lembu khas utk saudara mara melakukan ibadah ni..drpd 14 bahagian utk 2ekor lembu ni,hanya 3/14 jer yg termasuk orang luar utk mengambil bahagian dging korban ni..xsangka plak 2ekor lembu ni ckup utk saudara terdekat je..kalau nk buat kenduri xtau la berapa ekor kerbau plak..hehehe..
sempat bergusti dulu.


lembu ada rock jgk..dia posing dulu..

kapak tu penting..


bg yg belum tahu,bnyk kelebihan dan ganjaran yg diberikan masa ibadah korban ni..salah satunya jika kita pergi ke tempat penyembelihan dan menyaksikannya,maka titisan darah yg pertama itu merupakan pengampunan dosa yg telah lalu..  



nk timbang duluuuu..
harimau mati meninggalkan belang, lembu mati tinggalkan najis.



akhirnya dpt jgk satu kaki..

sebelum dijadikan sup ekor.

yg paling best setiap kali makan lembu niiii diaaa...perut..
akhir sekali, puas hati la tahun ni dpt makan dging bnyk2 dan satay pun boleh makan 2kali....

JGN MENOLEH KE BLKG LAGI


Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini:

Pelajar: Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu: Oh, awak nak tahu ke? Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar: Baiklah...apa yang saya harus buat?

Cikgu: Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar: Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.
Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu: Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar: Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu: Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.

beard

cerita 1

Satu hari terdengar seorang lelaki non-muslim (NM) ber tny dgn seorang perempuan (M)....

NM : Kamu islam kan? Sy pelik la knape mostly lelaki muslim bela(simpan) itu janggut?
M    :   dah itu sunah dalam islam,jd dorang ikut la.

(lelaki NM td xpuas hati lagi dan terus tanya)

NM : tp ada jgk sesetengah laki yg simpan smpai bawah leher tu x Nampak ke tu macam terrorist?
M : (dgn nada tinggi M jwp) suka hati dorang la nk simpan sampai mana pun..menyibuk je. aishhhh,ak xtau sgt la pasal benda tu. Yg tu laki punya hal,mana la ak tau. Ak x amik kisah hal mereka.

Grrr……


cerita 2 

suatu hari seorang pemuda berjanggut yg umur awal 20-an dtg utk temuduga kerja..selepas siap interview....

interviewer : kamu diterima kerja kat sini.
pemuda: terima kasih kak..

interviewer : tapi sy nk kamu buang janggut tu sbb kat sini sy x bela kambing tp sy bela org..

pemuda td menggeleng kepala x menyangka org tu bleh berkata sedemikian....   



-------------------------------------------------------------
Andai Al-quran bisa bicara,ia akan berkata :
"waktu kau masih anak2,kau bagai teman sejatiku,dgn wudhu kau sentuh aku,dlm keadaan suci kau pegang aku,kau baca dgn lirih dan keras, skrg kau telah dewasa, nampaknya kau sudah tdk berminat lagi padaku, apakah aku bacaan usang? Yg tinggal sejarah? Skrg kau simpan aku dgn rapi,kau biarkan aku sendiri. Aku menjadi kusam dlm almari. Berlapis debu,dimakan kutu,ku mohon peganglah aku lg,bacalah aku setiap hari, Karena aku akan jd penerang dlm KUBURMU..