alkisahnya....


Dibodohkan Tanpa Sengaja


15/3/16

knape skrg ni main ngan tarikh je mesti ada kisah disebaliknya dan tarikh plak yg genap sebulan.. cthnya,
mula2 dlu 16/10/15 adalah hari sedih sbb tarikh resign dari company kat klang. then sebulan lepas tu, 16/11/15 adalah tarikh gembira sbb
tarikh report duty utk company baru.. then arini sehari seblum 16/3/15, 4bulan lepas keje tarikh sedih plak sbb kes kena tipu idup2 satu ofis
tp yg paling malangnya sy kerana dlm masa sama kena curik enfon note 4, satu2nya enfon kesayangan dan kenangan dari ofis lama sbb dpt lucky draw tahun lepas.
kronologi tu macam sedih suka sedih, so lepas ni insyaAllah berita gembira pula. aminnn..no more sad news..

okey arini nk story pasal kes penipuan. 1st time kena ni macam kes pukau skit tp bukan pukau..

alkisahnya tadi pkul 3.30 ptg masa tgh khusyuk nk siapkan drawing,masuklah seorang laki india, kuang ajar punya org itu.. masuk sengih2 mengaku yg dia adalah kontraktor utk company sebelah
yg nk hecking wall utk renovation. so dia dtg my office utk tunjuk plan drawing area mana yg dia nk heck sbb takut bising.kitorg dlm ofis ni percaya bulat2. dia mundar mandir
tunjuk drawing tu sambil demo. lepas tu dia dtg kat sy punya meja nk tunjuk kat sy, then sy anggukkan saja lah tanpa perasan yg atas meja tu sy letak 2 enfon, satu enfon note 4 sbb masa tu
baru lepas wasap adik, satu lagi fon cap ayam sbb baru lepas jwb call. tanpa perasan india tu letak kertas drawing tu atas fon dan dia memang aim nk amik fon tu bila tgk cctv balik.

then masa dia panggil sy trun bwh jap utk tunjuk bahagian bawah, sy masih tinggal fon atas meja..tp tiba2 dia si india tu naik balik kat ofis katanya nk ketuk dinding dan suruh sy observe dari bawah.
sy ikut je kata dia dan masa tu lah dia amik fon tu terus trun.. nk dijadikan cerita dia mintak saya tunggu kat tangga sebab dia keluar g try ketuk bahagian luar ofis. tp x
muncul2, sy jenguk keluar dah xde org tu lepas tu sy naik balik ofis. then g kat meja nk amik fon tp GONE!!!dh xde..hiuaaaaaaaaa...kalut semua yg kat ofis cari..
memnag terus syak org india tu..then
g tny company sebelah nk tny betul ke ada kontraktor tu dari company sbelah rupanya diorg pun kna tipu dgn cara yg sama.. tp
xsempat nk amik barang sbb diorag follow je laki india tu buat spotcheck...   sy je yg bernasib malang...

terus ofismate bawak g buat report polis..benda dh nk jadi...tp yg saya paling sedih sbb xpuas lagi guna fon tu, mungkin tu je fon paling mahal yg pernah guna, lepas ni xsure bila plak blh guna
yg mahal2,mungkin x kot. dan fon tu amatlah penting bagi org yg susah nk ingat jalan macam sy ni...almaklumlah sikit2 guna waze kalo nk jalan2 kt kl ni.
mcm ksrg ni nasib baik sempat hafal jalan nk pergi keje sebab baru pindah rumah sewa sminggu, masa 1st week duduk umh sewa memang guna waze je g keje,lepas tu try hafal jln..tp kna
make sure lalu jln sama la xblh nk try jalan masuk cabang lain kalo x memang sesat terus...aduiii susah betul nk ingt jln, silap masuk cabang skit terus blur xleh cari jln kluar.

yaAllah, bnyk dugaan betul semenjak 2menjak ni...hanya doa mampu dipanjatkan agar sentiasa dilindungi Allah..
ada sorg offismate tu yg teman g report polis asyik duk tny masa dlm kreta, ok ke x..masa tu memang senyum je xtunjuk pun ape yg rasa sbb tgh cuba kuatkan diri supaya xnangis tp dlm ati hanya Allah yg tahu..
terima kasih lah tlg tenangkan tadi..dia ni punya la risau,sekejap kejap tny keadaan ok ke x.. then masuk la jgk skit2 nasihat dia tu dia ckp mungkin Allah nk gantikan dgn yg lebih baik lepas ni...
insyAllah..moga2 ada hikmah sebaliknya dan dpt yg lebih baik lepas ni.aminnnn...

nk beli enfon mcm tu memang x la, tu pun hadiah je.. lepas ni tggu org bgi hantaran la plak..haha..

report polis yg sekadar utk tambah koleksi..hehehe

suspek

tgk tangan dia dlm red circle tu (situlah fon) sambil kpala tengok org sebelah.masa ni lah dia curik.

konon2 jd kontraktor sdg spotcheck bangunan


Bahagia di alam mimpi

Terima kasih yaAllah berikan aku rasa bahagia dan rasa keterujaan walaupun hanya di alam mimpi..realiti blum tentu bila lagi tp alam mimpi pun dh rasa teruja itu...thanks.

Dari jauh dekat di hati


Lirik lagu ni ada 1001 mkna..
Lagu Entah apa rasa

Engkau beri cahaya
Saat ku cari mana jalannya
Jujur mahu engkau tahu
Aku juga ada rasakan sesuatu

Mimpi kita terbang di awan biru
Lengkapilah setiap hariku
Melihatmu membuat aku rindu
Tapi aku terpaksa membisu

Entah apa rasa
Indah dalam jiwa
Entah apa rasa
Aku aku aku pun tidak tahu

Entah apa rasa
Saatnya dicinta
Entah apa rasa
Masih aku aku tidak tahu
Jadi biarkanlah saja

Hey aku pun juga begitu
Jumpa satu di antara yang beribu
Mahu tegur tapi aku tidak berani
Takkan perigi yang pula nak cari baldi

Bukannya mewah janji yang biasa sederhana
Asal boleh buat aku tersenyum ketawa
Tidak salah untuk cuba kenali
Mungkin boleh bawa aku ke kaki pelangi

Terima kasih Allah...


Alhamdulillah utk rezki ini walaupun x sehebat yg dulu. Terima kasih ma abah yg xputus bg harapan dan thanks jobstreet yg telah menemukanku dgn rezki ini...semoga yg ni lebih baik dari sebelumnya..

Sbulan Allah uji dgn tiada sebarang pekerjaan yg dilakukan dan dalam tempoh tu aku berusaha keras utk mencari jalan penyelesaian kepada setiap masalah..postmortem utk diri  sendiri jgk. Dan sebulan masa Allah bagi utk luangkan masa sepuas puasnya dgn family tercinta kerana apabila masuk waktu kerja sudah terhad masa utk family.. 16/10/15 melepaskan satu kerjaya pertama sbgai engineer kerana tarikh tu adalah last keje utk tempoh sbulan resignation notice. Dan 16/11/15 genap sbulan selepas resign tp ternyata perancangan Allah lagi cantik kerana ak dikhabarkan dgn berita gembira bgi jawapan kepada satu temuduga dahulu. Gembiranya hati saat dpt call offer kerja di tempat baru disaat yg sgt memerlukan. 16/11/15 tarikh mula kerja dimana genap sbulan ak 'rehat' yg panjang.
Syukur Alhamdulillah...

Berakhirnya satu episod


16 october 2015 (jumaat)

Tarikh yg disematkan disini supaya satu hari nt xkan lupa dimana berakhirnya satu episod dlm kerjaya seorang hamba Allah yg lemah dan serba kekurangan ini. Xtau nk express apa perasaan masa ni.bercampur aduk dgn keputusan yg dibuat. Sedih. Kecewa. Gembira. Puas hati. Takut. Risau. Serba salah semua ada. Saat ini terbayang wajah penuh kasih sayang ma, wajah keletihan abah balik kerja, wajah keriangan adik2 bila diberikan sesuatu dan wajah kerisauan bagi yg mengerti. Dgn kegawatan ekonomi zaman penuh mencabar skrg ni,ak yg tetap berkeras melepaskan satu peluang rezeki demi kebebasan dari cengkaman ati yg sakit teramat dgn perangai manusia. Redha. Itu saja yg mampu dilakukan. Memang tinggi risiko yg diambil ini.resign sebelum dpt tawaran kerja atau backup dlm mana2 pekerjaan lagi. Melepaskan pekerjaan dlm bidang yg struggle study slama 5thun tp hanya bertahan 1tahun sahaja dlm alam pekerjaan mmg rasa xberbaloi. Blum sempat bls jasa2 org tersayang especially parent. Dpt kurasakan kekecewaan dihati ma masa blik release tension kt kg after resign tu walau xditunjukkan. Yelah bukan senang nk dpt kerja skrg tp tulah hakikat yg harus diterima. Drpd stiap hari menahan bekam didada yg boleh meletus bila2 masa, baiklah mengundur diri sebelum ianya meletup. Hanya Allah yg tahu perasaan ketika ini.. buntu.. kalau blh nk meluahkan yg terbuku ni sepuas puasnya tp xberani dan xtau mcm mana nk meluahkan pd someone kerana xnk membebankan masalah ni pd org lain termasuk pada fmly. Ckuplah dgn masalah masing2,xperlu ditambah masalah ni pd mereka2 dan ckuplah mengadu pada yg maha esa. Selebihnya hanya mampu pendamkan dan luahkan dalam tinta ini shj.

Ujian ni bnyk menyedarkan hambamu yg bnyk leka dgn duniawi selama ni. Mungkin Dia nk baiki balik huhunganku denganNya yg semakin hari smakin jauh selama aku dikurniakan nikmat rezki ini dek kerana masa yg terhad utk beribadat dan lalai disebabkan bz dgn urusan duniawi. MashaAllah.. ak percaya Allah tarik balik nikmat sementara yg diberikan ni ada hikmah disebaliknya.. semoga masih ada sinar utk hari esok. Ini bukan pengakhiran tp satu permulaan baru dlm menjalankan tugas sebagai khalifah Allah dimuka bumi ini.
InsyaAllah...

Hanya kepadamu aku berserah ya Allah. Engkau permudahkanlah urusanku dan kurniakan rezeki yg halal untukku. Sesungguhnya aku sgt berhajat kpd sebarang rezeki pemberian yg Engkau berikan. Janganlah Engkau ingatkan aku dgn apa yg telah engkau palingkan dariku.
Aminn..

-Ainu-