alkisahnya....


bila mak bermimpi


sempena birthday tahun ni, ma call utk wish dan dia buat2 tak ingat birthday yg ke berape..saje je dia
nk bagi hint umur dah makin meningkat.

ma dgn semangatnya bercerita pasal mimpi dia 2 3 hari lepas. masa siang haritu dia ada la buat tempahan pulut kuning kawen orang sekampung.Yg kahwin tu kawan sepupu yg umur 21 tahun tp kahwin dgn duda anak 2 org. Nak dijadikan cerita malam tu lepas dia attend kenduri tu dia mimpi. Mimpi yg blh buat org gelak je ngan gelagat ma ni.

Dalam mimpi tu dia gtau ada rombongan datang rumah secara mengejut. Lepas tu ma tanya sy la sape yang datang tu.

Dengan selambenya cakap "ooowh tu kawan datang nk merisik". tp yang 
kelakarnya lelaki tu dah kahwin. siap bawak isteri dia lagi merisik. tp ma cakap
isteri dia tu jeling je sepanjang majlis tu. lepas rombongan tu dah balik, ma cepat2 panggil nak bagitau pasal isteri laki tu mcm xsuka je. Masa ma baru nak cakap xpayah la 
terima laki orang tu tapi tiba tiba.....



kring kring kring...

tak sempat nak bagitau sebab terkejut ngan incoming call telefon dia..

jadi ma pon sambung la pesanan yg nk dia bagitau masa dalam mimpi tu masa call...
adeiii la ma pon bnda tu yg dia mimpikan..hahaha..

There u are..D.I.A


~RANDOM WORDS~

dia ada ig tp dia x ada post,
dia ada ig follower tp xde following,
dia ada fb tp dia xde update,
dia ada wechat tp dia xde moment,
dia ada wechat tp dia xde display pic (dp),
dia ada smartfon tp xtau wasap nom.....

so how to stalk? that's the main point..let me figure it out..scan and feel..hmmm..

hidup seorang stalker...hahaha

sweetness of my brother




This is ayub safiq
he is my younger bro...
and eldest hero in my family

Dia ni jenis ego nak cakap rindu ke sayang ke kat family. tp tu benda biasa kot bagi anak lelaki.
Its okay as long as dia xlupa utk tanya khabar berita ma abah dan adik beradik yg lain.
ma cakap dia ni bukan jenis yg call ma tiap hari, tp bila dia teringat kat ma xkira masa tu dah pkul 
12 mlm ke 1 pagi ke dia akan terus call ma..kalau adik2 beradik lain yg duk jauh ngan family selalunya call sblum pkul 10mlm sebab dah tau ma jenis tidur awal.

Alkisahnya semalam dia cakap nak guna kereta. lepas tu bila dah selesai guna tu, adik ni dia bagitau suruh kemas dan cuci sikit karpet dalam kereta sebab dah berhabuk. Masa tu pelik la jgk xpernah pon dia suruh kemas. kemudian pagi ni nak g kerja, bukak pintu kereta sebelah belakang utk letak beg laptop, then ternampak la kotak berbalut siap ada riben lagi terselit bawah seat tu.. masa tu dah x pikir org lain dah, ni mesti barang adik tertinggal sebab smalam dia yg guna kereta.
terselit kotak bawah seat
wasap adik tanya barang siapa...rupanyaaaaaaaaaaaaaaa............ni dia....


hahahahaha...rupanya tu hadiah utk advance birthday. ingat jgk rupanya birthday kakak dia ni walaupun  bg hadiah belum cukup tarikh sebenar lagi..sweet kan dia sejak ada awek tuuuu..mentang2 la aritu kena tegur sbb sanggup nak beli hadiah utk awek dia walaupun dia tgh study... so kali ni adalah first time dia bagi hadiah utk kakak dia ni..hahahhaa. dia suruh bukak masa birthday tp bila benda dah depan mata xde mknanya nk tggu hari tu sbb lagi sminggu.. bukak jgk lah nak tau ape benda dlm kotak tu...

tudiaaaa... bagi sandal utk g kerja katanya..

Hadiah sandal rupanya. patut ler 2 3 hari lepas asyik duk tanya pakai kasut saiz ape. walaupun dia laki tp x sangka pandai jgk adik aku ni pilih sandal yg memang menepati taste kakak dia ni..
pandai2 buat surprise dah sekarang
sebenarnya x kisah pon orang bagi hadiah ke xde bagi ke semua tu tak penting sebenarnya asalkan org tak pernah lupa kita..itu lagi penting.. tp kalau org bagi hadiah tu kita ambik jer..hahaha

Utk my adik, thank youuu so much for the present..i'm so touched for this time. wish u all da best for your future. Semoga berjaya menjadi seorang chef yang boleh membanggakan ma abah dan menjadi abang contoh untuk adik2 lain.


from ur sister : AINU
28 nov 2016

anugerah terindah


ANUGERAH TERINDAH


seindah tajuk lagunya, memang indah deidengar jgk lagunya...oh no.. knape mesti ost drama ni best2 fefeeling jerr. dlu addicted ngan ost cinta si wedding planner tp skarang ni asyik duk ulang ost sayangku kapten mukhriz plak....best la dgr suara black nyanyi lagu nih..

sanggup simpan lirik ni kat sini utk karok nanti bila2 teringat crita ni...
 
lirik Anugerah terindah (Black Hanifah) 

Saat terlihatmu ada sesuatu
Yang pernah ku merasakan waktu dulu
Ingin ku berlari sendiri dan sepi
Cuba tuk sembunyi rasa ini
Namun hati menguasai diri

Haruskah ku luahkan padamu
Sanggupkah ku biar rahsia
Selamanya

Mampukah ku halang rasa cinta
Yang terpendam sekian lama
Bersyukur pada-Nya yang telah beri kepadaku
Anugerah yang terindah

Kerap ku berdoa agar cinta kita
Takkan pernah pudar hingga hujung nyawa
Dengarlah kasihku janjiku padamu
Takkan ada cela cinta lain
Hanya kamu yang ku mahu selalu

Haruskah ku luahkan padamu
Sanggupkah ku biar rahsia
Selamanya

Mampukah ku halang rasa cinta
Yang terpendam sekian lama
Bersyukur pada-Nya yang telah beri kepadaku
Anugerah yang terindah

Dan tak akan ada daya
Untukku mengabaikan cintamu
Kerana ku tahu kasihku
Telah tercipta dari pandangan pertama

Haruskah ku luahkan padamu
Sanggupkah ku biar rahsia
Selamanya

Yang terpendam sekian lama
Bersyukur pada-Nya yang telah beri kepadaku
Anugerah yang terindah
Yang terindah

kredit to:

step to upgrade office 2010 to 2013


susah sebenarnya nk move on ni..bukan move on dgn org tp dgn software yg kita dah biasa pakai. sbb nya bila kna pakai new software atapun kna upgrade ke new version memang take time utk biasakan diri dgn new feature. nk cari button pun dah ambik masa. aduii la..
tp apakan daya, aritu bos bagi installation CD utk upgrade microsoft office 2010 kpd office 2013 je pon..tp xbukak2 pon cd tu,simpan je tepi utk sminggu baru sempat nk upgrade sbb ingtkan complicated proses utk upgrade office ni.. bila bos asyik tny dah upgrade ke belum, barulah
kalut nk google step utk upgrade.. rupanya xde la complicated proses nya..amik masa dlm setengah jam je pon..

sblum ni ingtkan kalau nk upgrade ni kna format dulu ke, atau kna unistall previous version dulu ke.. tp rupanya kalau kita dah pakai geniune punya window, xyah format..dgn syarat kalo nk guna office 2013 kna pakai window 7 @ 8, 32 or 64 bit Os only. yg lain2 widow tu x compatible.

nk upgrade senang je, terus Run .exe file, then bila dia tanya nk mcm gmbr kat bawah tu, pilih UPGRADE kalau sebelum ni guna previous version e.g office 2010.



tunggu la dlm 20minit baru siap installation process tu. then dia akan minta kita masukkan product key seperti yg kita dpt dari microsoft.
(product key dtg skali dgn CD yg kita beli).  lepas siap install, automatik akan replace office yg old version dgn yg baru. dia xkan jadi ada dua version walaupon kita tak unistall yg old version.
jd jgn risau pasal conflict version sbb dia xkan ada 2 version sekaligus. lepas siap install kna reboot komputer dulu baru complete installation.

last skali try bukak mana2 office punya tools. cthnya bukak office word.

kat sini jadi satu isu, bila dia mintak validate license tp error prompt "this product cannot be activated because the product key is invalid"
apehal???kalau xdpt activated jgk, license akan expired dalam masa 29 hari.. xtau la apa solution dia, puas gooogle solution tp xdpt.. last skali main bukak tutup bukak tutup office then tiba2 dah OK...pelik..check dekat word account mcm dalam gambar ni, "account activated"..

word account

xtau bila masa problem solved.. hentam je la asal boleh pakai...hehe
peace....