alkisahnya....


Mr.roti canai vs meet & greet session


17.12.16...sabtu...8am
Tak pernah2 breakfast kat kedai macam ni sblum ni. Biasanya breakfast kalau nak beli kat kedai makan biasa je ataupun beli je gerai tepi jalan tu tapi harini different sikit. Special day, special breakfast with special one.. Gittewww.. tapi order yang simple je la nama pon breakfast kan. masa tu order roti kosong mr. roti canai dgn mr. canai roll ayam dan tuna memang sedap..

mr roti canai bukit rimau...area ofis jerr..

ni yang paling simple

wrap & roll dia memang terbaik..best walaupun tak sebesar mana



Ok bai.

credit pic: zomato

N.A.M.A


kat ofis ni ada 3 kes pasal nama.

1) ada seorang tu nama khairul asyraf ---> panggil khairul

2) ada sorang lagi nama khairul nizam ---> office mate panggil nizam walaupun kat luar org lain paggul dia khairul

3) ada sorang lagi nama nizam syafiq --> office mate panggil syafiq walaupun kat luar org lain panggil dia nizam.


jadi konlusinye, confuse 3 segi: khairul asyraf <--> khairul nizam <--->  nizam syafiq..
khairul nizam xboleh panggil khairul, nizam syafiq xboleh panggil nizam.



p/s : teringat kes masa skolah  dulu. dalam kelas ada 3 orang nama hampir sama iaitu 
aina, ainu, aini... cikgu pun confuse nak panggil..



ok bai..

bila mak bermimpi

sempena birthday tahun ni, ma call utk wish dan dia buat2 tak ingat birthday yg ke berape..saje je dia
nk bagi hint umur dah makin meningkat.

ma dgn semangatnya bercerita pasal mimpi dia 2 3 hari lepas. masa siang haritu dia ada la buat tempahan pulut kuning kawen orang sekampung.Yg kahwin tu kawan sepupu yg umur 21 tahun tp kahwin dgn duda anak 2 org. Nak dijadikan cerita malam tu lepas dia attend kenduri tu dia mimpi. Mimpi yg blh buat org gelak je ngan gelagat ma ni.

Dalam mimpi tu dia gtau ada rombongan datang rumah secara mengejut. Lepas tu ma tanya sy la sape yang datang tu.

Dengan selambenya cakap "ooowh tu kawan datang nk merisik". tp yang 
kelakarnya lelaki tu dah kahwin. siap bawak isteri dia lagi merisik. tp ma cakap
isteri dia tu jeling je sepanjang majlis tu. lepas rombongan tu dah balik, ma cepat2 panggil nak bagitau pasal isteri laki tu mcm xsuka je. Masa ma baru nak cakap xpayah la 
terima laki orang tu tapi tiba tiba.....



kring kring kring...

tak sempat nak bagitau sebab terkejut ngan incoming call telefon dia..

jadi ma pon sambung la pesanan yg nk dia bagitau masa dalam mimpi tu masa call...
adeiii la ma pon bnda tu yg dia mimpikan..hahaha..

There u are..D.I.A


~RANDOM WORDS~

dia ada ig tp dia x ada post,
dia ada ig follower tp xde following,
dia ada fb tp dia xde update,
dia ada wechat tp dia xde moment,
dia ada wechat tp dia xde display pic (dp),
dia ada smartfon tp xtau wasap nom.....

so how to stalk? that's the main point..let me figure it out..scan and feel..hmmm..

hidup seorang stalker...hahaha

sweetness of my brother




This is ayub safiq
he is my younger bro...
and eldest hero in my family

Dia ni jenis ego nak cakap rindu ke sayang ke kat family. tp tu benda biasa kot bagi anak lelaki.
Its okay as long as dia xlupa utk tanya khabar berita ma abah dan adik beradik yg lain.
ma cakap dia ni bukan jenis yg call ma tiap hari, tp bila dia teringat kat ma xkira masa tu dah pkul 
12 mlm ke 1 pagi ke dia akan terus call ma..kalau adik2 beradik lain yg duk jauh ngan family selalunya call sblum pkul 10mlm sebab dah tau ma jenis tidur awal.

Alkisahnya semalam dia cakap nak guna kereta. lepas tu bila dah selesai guna tu, adik ni dia bagitau suruh kemas dan cuci sikit karpet dalam kereta sebab dah berhabuk. Masa tu pelik la jgk xpernah pon dia suruh kemas. kemudian pagi ni nak g kerja, bukak pintu kereta sebelah belakang utk letak beg laptop, then ternampak la kotak berbalut siap ada riben lagi terselit bawah seat tu.. masa tu dah x pikir org lain dah, ni mesti barang adik tertinggal sebab smalam dia yg guna kereta.
terselit kotak bawah seat
wasap adik tanya barang siapa...rupanyaaaaaaaaaaaaaaa............ni dia....


hahahahaha...rupanya tu hadiah utk advance birthday. ingat jgk rupanya birthday kakak dia ni walaupun  bg hadiah belum cukup tarikh sebenar lagi..sweet kan dia sejak ada awek tuuuu..mentang2 la aritu kena tegur sbb sanggup nak beli hadiah utk awek dia walaupun dia tgh study... so kali ni adalah first time dia bagi hadiah utk kakak dia ni..hahahhaa. dia suruh bukak masa birthday tp bila benda dah depan mata xde mknanya nk tggu hari tu sbb lagi sminggu.. bukak jgk lah nak tau ape benda dlm kotak tu...

tudiaaaa... bagi sandal utk g kerja katanya..

Hadiah sandal rupanya. patut ler 2 3 hari lepas asyik duk tanya pakai kasut saiz ape. walaupun dia laki tp x sangka pandai jgk adik aku ni pilih sandal yg memang menepati taste kakak dia ni..
pandai2 buat surprise dah sekarang
sebenarnya x kisah pon orang bagi hadiah ke xde bagi ke semua tu tak penting sebenarnya asalkan org tak pernah lupa kita..itu lagi penting.. tp kalau org bagi hadiah tu kita ambik jer..hahaha

Utk my adik, thank youuu so much for the present..i'm so touched for this time. wish u all da best for your future. Semoga berjaya menjadi seorang chef yang boleh membanggakan ma abah dan menjadi abang contoh untuk adik2 lain.


from ur sister : AINU
28 nov 2016