alkisahnya....


helah


Seorang suami sedang mencari-cari helah untuk membolehkan dia berkahwin lagi.
Antara alasan yang diberikannya:

Suami : Lelaki kawin 3 baru lah sah

Isteri : Kenapa pula?

Suami : Cuba terjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris, “satu” is one, “dua” is two, “tiga” isteri (is three). Baru
betul dan sah!.

Isteri : Tapi abang kena faham Bahasa Inggeris, terutama tentang “singular” dan “plural”

Suami : Berkenaan apa tu?

Isteri : Satu tu “Singular”; dua atau lebih “Plural”

suaminya kebingungan.....
Suami : Contohnya?

Isteri : ok,cthnya macam ni...One car sebagai singular, two cars sebagai plural. Apa bezanya?
Suami : Ohhh… tambah huruf “s” untuk yang plural.

Isteri : Betul tu.pandai pun abang.. Sama juga la untuk abang..

Suami : Macam mana pula boleh sama?

Isteri : Satu isteri abang MAMPU, jika dua isteri dah jadi plural, maka abang MAMPUS, tambah “s” je, kan?

isterinya tersengih sengih tgk reaksi suaminya yg sudah terkena itu..kerana isterinya lebih bijak menghidu niatnya, lalu dia batalkan niatnya nk tambah lagi satu...~~

0 org x puas hati:

Post a Comment