hujung minggu lepas ada la pergi servis kereta kat perodua utk mileage 30000 km. kiranya ni kali ke-5 servis kereta kat satu service centre nih. sebelum ni ok jer kot service nya. Tp masa service yg ke-5 ni rasa kureng siket sbb nya kos utk servis kali ni macam hmmm xbrape syok je sbb ni paling mahal la stakat ni. tambahan lagi rasa macam diambil kesempatan terhadap kekurangan ilmu seorang perempuan terhadap kereta nih.
xtau la nk cakap masa tu kena tipu ke ape ke tp for sure rasa macam pelik sikit kali ni.. first skali masa call utk appointment tu ada tny dia agak2 brape bajet
utk service 30000 km. lepas tu dia bg estimation around rm200 macam tu lah. memang stiap kali nk buat appointment utk service sy akan tny estimation ni dan biasanya xlari jauh la kos yg dia estimate dari yg actual yg kna byr masa lepas service tu.
Then bila pergi service tu, exec perodua tu bagitau la apa yg patut "diservis" kali ni. lepas explain bla bla bla tu, dia bagitau total akan kna byr rm313.
masa tu rasa mcm ok fine, lari sikit dari estimation masa buat appointment dlu tu.
lepas settle urusan kat kaunter tu then tunggulah kat waiting room pusat servis tu. agak lama jgk nk tunggu kereta siap around 2 jam tunggu nasib baik kat situ ada tv.
bolehlah nk layan drama melayu sementara menunggu.. nk makan makanan ringan yg diorang sediakan pon xboleh sbb bulan puasa..
masa tgh tunggu tu tiba2 wakil exec perodua tu call bagitau:-
exec: "cik, bateri kereta cik ni dah low sgt ni. kna tukar!"
(dlm hati ni duk pikir, setahu aku bateri ni blh la tahan 2-3 tahun tp kereta ni baru pakai 1tahun3 bulan xkan dah low.
lagipun enjin bleh start xde buat hal pon)
sy: "oo ye ke.. kalau sy tukar lain kali boleh x?
exec: "xboleh la cik sbb ni memang dah low sgt ni. mcm mana, setuju ke kalo kita tukar yg baru?"
disebabkan org perempuan ni xtau sgt pasal kereta then setuju je la sbb risau jgk kalau xtukar kot2 la bila naik tgh2 jalan enjin mati tak ke gelabah nanti. so, diorang proceed la tukar baru, dah la kos bateri saje rm190.
lepas setel smua tu bila nk g bayar aduiii pening kpala dgn caj servis kali ni. ye la kali ni kna rm500 servis kereta saje. kurang ler bajet utk raya nanti..hmmm
nilah servis paling mahal setakat ni, ye la sebelum ni paling mahal pon 300++ je servis.
lepas tu bila siap servis,baliklah umh abang. then cerita la kt abang pasal servis kali ni.. dia pon terkejut sbb bateri dah kna tukar. masa tu rasa sgt teraniya knapa la aku setuju je dgn request diorang td...ish2..
Apalagi, dia suruh g amik balik bateri dulu kat pusat servis tu yg konon2 nya dah low tu bawak balik sebab maybe blh guna as backup masa emergency nanti. Drpd diorang amik n jual baik, baik kita amik balik sbb tu brg kita.. td masa balik tu lupa nk mintak balik bateri tu.
xpasai2 kna g balik kat pusat servis nasib baik dekat je.. masa g mintak bateri tu sorang exec tu tolong la angkat bateri tu sampai kat kereta katanya berat. layankan je la.
balik tu bagi kat abang tgk bateri tu. satu lagi perasaan macam teraniya disitu. katanya abang tu macam bukan bateri yg dulu je sbb nmpk macam bateri lama. satu lagi bila check yg exec tu bagi td tu bateri basah sedangkan yg sebelum ni kereta tu bateri kering tp xtau la model ape. almaklumlah sebelum ni memang xpernah tgk pon bateri kat kereta tu sepanjang guna kereta jadi xtaula rupa bateri atau model apa yg pakai pon xtau.jadi senang2 je la kalo diorang nk tipu ke ape ke bagi bateri lain..
sooooo ainu yg rasa teraniya utk kali kedua.
kalau betullah mereka dah tukar bagi bateri lain, maksudnya bateri sy yg dulu tu mungkin blh dijual sbg sparepart lagi sbb rasanya masih elok lagi...tp nk buat macam mana bnda dah jadi redha je la tambah2 lagi dibulan puasa ni maafkan je la kalo betul mereka buat mcm tu.
Tp bab duit tu memang agak terkilan sikit la xpasai2 melayang rm500, blh byr ansuran kereta utk bulan depan dah tu tp bukan rezeki nk buat mcm mana lagi..
so conclusion nya, jangan nk sombongkan diri dgn komponen2 kereta, kalau xtau skali pun atleast bnda basic tu kna belajar. tanyalah org yg tau.
kalau x boleh nk blajar skalipon, rasanya kna bwa "suami"(if applicable.hehe) kalo nk servis kereta ataupun nk buat bnda2 yg biasanya menjadi kepakaran lelaki ni utk mengelakkan ditipu.
servis kereta : Antara fakta atau auta?
label: life story
Monday, June 13, 2016
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 org x puas hati:
Post a Comment