alkisahnya....


Taktik jawab call Telemarketer


Ni kisah CINTA ainu dan telemarketer2 kat luar sana (nmpk x kata ganda utk telemarketer tu sbb ramai sgt).

Xtau la sbb semakin berusia ke apa sejak masuk alam pekerjaan ni, dalam sebulan tu ada je call dari unknown number especially lepas kita ada deal something ngan institusi kat malaysia ni memang suka passing number phone utk marketing diorang.

minggu lepas baru bukak akaun utk standard chartered. bukan suka2 nk bukak akaun bank sbb dah berlambak kad bank tp duitnya bukan ada dlm smua bank-bank tu tp ni sebab company guna bank tu terpaksa lah bukak kalo x lmbtlah salary nk masuk.

sminggu lepas settle account opening tu, haaaa adalah nombor yg x dikenali call.. harini nombor ni yg call --- 03-27874200. kebetulan masa tu x bz so layanlah apa yg nk dia ckp.. rupanya dia ni dari satu bank kat malaysia (nama bank tu dirahsiakan atas sbb tertentu)...dah la ckp laju nauuuu nk kejar apa xtau..

"blh sy berckp dgn ...........(nama penuh) ? 

"ye saya."

"tahniah cik, nama anda layak utk promosi insuran bla bla bla........"

rasa bangga kejap sbb ayat "layak" tu macam woww sgt biarlah tu hanya ayat manis diorang je pon.padahal semua org yg akan dia call ckp "anda layak" jgk..hahaha...
hmmm dlm hati ni bila dgr je dari agen insuran memang buat2 dgr je la explanation panjang berjela tp yg best tu bila dia tny dah kahwin ke belum, bila jwb belum lagi, dgn ayat yg manisnya dia ckp:

"oo xpe cik saya doakan cik akan dpt pasangan yg beriman dan soleh sbb mesti semua inginkan pasangan yg soleh kan?"

dalam hati ni aminnnn.. pandai je telemarketing ni main angin kan...

layan je la..

selepas hampir 20 minit hanging kat phone tu, bila dah masuk part dia nk tny setuju ke x tu,  dah ckp kat dia "maaf, saya dah ada insurans. sy x nak accept yg ni."

tp dia berusaha lagi nk suruh accept ckp benefit itu ini la compare dgn insuran yg dah ada skg ni yg ni better la macam2 la..

dlm hati ni "ish dia ni x paham bahasa ke" ..pastu dia sambung lagi cakap bla bla bla... so, apalagi dah kita ckp elok2 tolak yg dia offer tu tp xpaham2 jugak.  terpaksa la guna taktik jahat iaitu....
--->buat2 xde line..hahaha.. masa dia tgh syok cakap tu terus apply taktik tu

"hello, hello, hello sorry la x dgr.. hello hello, eh xde line ke ni ? hello hello"

teetttttttt...butang merah terus ditekan..OFF.. so, settle problem..lepas tu turn on flight mode plak sbb takut2 dia call lagi..then save number tu as "DONT PICKUP".. So next time bila nampak no tu xyah angkat..hahhaa.. x jahat kan...adeii kesian la sape telemarketer yg call Ainu tu... lain kali guna taktik macam ni... maafkan sayaaaa utk telemarketer sekalian, saya x benci kerja anda semua sbb sy paham dah memang kerja anda ganggu kami2 disini...tp anda jgk kna paham yg x semua bnda yg korang offer kami patut accept kecuali offer bnda free blh la accept, hadiah ke apa ke blh la tp ni offer smua bnda yg kena byr..saiaaaaa x kuad...hahaha..komitmen saya dah berlambak, so x de ruang utk komitmen lain...

tp bila google pasal number phone ni, ramai jgk yg pernah kena .. tp dari bank yg berbeza.. mungkin agen utk different bank kot tp nombor sama je guna..ish..

sekian..

slaam ramadhan dan kita kosong kosong ye... :)

0 org x puas hati:

Post a Comment