alkisahnya....


why?


sekadar renungan hasil karya kreatif seorang hamba Allah yg di post kat gg.
















ce pikir ce pikir~~~
 
Rasulullah SAW bersabda: "Setiap musibah yang menimpa seorang muslim, maka hal itu boleh jadi penghapus dosanya,
walaupun hanya kerana tertusuk duri." (H.R Muslim)
 ~wsalam~



*ari ni dpt rasakan kebimbangan,takut,frustrated,exhausted dan macam2 lagi bila bnda yg dirancang terpaksa diubah, ditunda ataupun di'cancel' dgn mendadak dan melibatkan bnyk pihak pada saat2 akhir. . kita hanya mampu merancang tp Allah yg menentukan..kuatkanlah aku dan sahabat2 seperjuanganku menghadapi dugaan ini yaAllah. .insyaAllah. 

merdunya suara mereka~


Alunan rabbani sempena closing ceremony RD2011 td amatlah best performances yg ditampilkan campur dgn 2orang MC sempoi yg lawak..alunan rabbani mempersembahkan persembahan nasyid, akustik,dan chinese orchestra.. semua performers amatlah best terutamanya nasyid..suara mereka amatlah best boleh setanding artis nasyid tanah air walaupun ada sedikit lirik tertinggal tp tetap best jgk..nasyid ni terkenal masa malam inspirasi seni(MIS) sebab mereka dah 2kali menang berturut turut. memang patut pun mereka yg menang dgn suara mereka yg merdu tu...:)..persembahan akustik dari kumpulan pelarian 18 pun best jgk..1st time dgr lagu "so far away" yg dibawakan kumpulan ni sudah tersangkut dgn lagu ni..rupanya best jgk lagu english ni. .chinese orchestra plak best sbb dia bw lagu "tian mi mi" yg memang lagu feveret masa blajar mandarin sem lepas...:)

nasyid--ALL FOR UMMAH (AFU)
AFU


--acoustik performance--PELARIAN 18-
kumpulan "pelarian 18"

lyrics "so far away"

Never feared for anything
Never shamed but never free
A life to heal the broken heart with all that it could
Lived a life so endlessly
Saw beyond what others see
I tried to heal your broken heart with all that I could

Will you stay?
Will you stay away forever?

How do I live without the ones I love?
Time still turns the pages of the book it's burned
Place and time always on my mind
I have so much to say but you’re so far away

Plans of what our futures hold
Foolish lies of growing old
It seems we’re so invincible
The truth is so cold

A final song, a last request
A perfect chapter laid to rest
Now and then I try to find a place in my mind

Where you can stay
You can stay away forever

How do I live without the ones I love?
Time still turns the pages of the book it's burned
Place and time always on my mind
I have so much to say but you’re so far away

Sleep tight, I'm not afraid
The ones that we love are here with me
Lay away a place for me
Cause as soon as I'm done I'll be on my way
To live eternally

How do I live without the ones I love?
Time still turns the pages of the book it's burned
Place and time always on my mind
And the light you left remains but it’s so hard to stay
When I have so much to say but you're so far away

I love you
You were ready
The pain is strong and urges rise
But I'll see you
When He lets me
Your pain is gone, your hands untied

So far away
And I need you to know
So far away
And I need you to, need you to know


CHINESE ORCHESTRA

gambar2 yg sempat diambil sepanjang majlis berlangsung.
APM yg busy~~hehe
iklan tudung baru khas dari padang sumatera~~ngee

amboiiii BFF~~

antara penonton terawal datang~
usher door sempat posing dulu tepi pintu..
yg ni sorg xleh duduk diam. .
penyampaian hadiah



hmm,setakat tu je la dulu cerita hari ni.. sebenarnya excited tgok persembahan hari ni tapi xboleh nk tulis se eksaited macam yg dirasai tadi. semangat utk tulis ayat best2 malam ni kurang sikit, xlarat dah~~babai..have a good day~


MENGEMIS KASIH



lirik

Tuhan dulu pernah aku menagih simpati
Kepada manusia yang alpa jua buta
Lalu terheretlah aku dilorong gelisah
Luka hati yang berdarah kini jadi parah
Semalam sudah sampai kepenghujungnya
Kisah seribu duka ku harap sudah berlalu
Tak ingin lagi kuulangi kembali
Gerak dosa yang menhiris hati
Tuhan dosa itu menggunung
Tapi rahmat-Mu melangit luas
Harga selautan syukurku
Hanyalah setitis nikmat-Mu di bumi
Tuhan walau taubat sering kumungkir
Namun pengampunan-Mu tak pernah bertepi
Bila selangkah kurapat pada-Mu
Seribu langkah Kau rapat padaku


nk "ngudo" ko jek


hari ni hari hacker sedunia ke???knape semua akaun yg ada ni mcm kna hack?plik + takut..kepada saper2 yg xsuka sign out tu silalah berhati hati,tlg sign out semua jenis akaun samaada fb, gmail mahupun blogger..

alkisahnya td, tiba2 jer masa nk bkk akaun gmail tp masuk yg org lain punyer..ingtkan ada connection problem ke ape tp bila bkk fb, rasa amat plik sbb dkt new feed tu banyak tulisan arab dan friend yg xdikenali..rupanyer bila tgok kat nama yg tu bkn yg sendiri punyer tp ntah mamak arab mana punyer fb.. knape semua akaun jd macam ni nihhhhh???memang rasa nk "ngudo" lah.. kemudian try bkk yg blogger punyer akaun plak sbb memang xsuka sign out yg tu... huhhhhhh!!!sama je ter sign in yg org lain punyer blog,tp bdk UTP jgk...try tutup yg tu and then bkk blik blogger tp dia terus sign in automatik yg org lain plak,yg ni xtau bdk mana punyer blog...haish, bahaya nih... sape nk tau kisah sebenar try ler tekan link ni bnyk kali http://www.blogger.com/home tgok samaada masuk blog sendiri ke yg org lain punyer. tp bkan semua org yg jadi camni,depend lah . . . taaaakuuuuuuuuttttttt. . . . . . . . . !!!!!!!!!!!

knapekah knapekah?? sampai bila nk jd camni ni??tp rasanyer ni problem internet kat utp kot,hopefully lepas ni xjadi camni dah..

A STORY TO REMEMBER


pagi td terbaca cerita ni dlm salah satu blog..sekadar perkongsian tentang sebuah kisah benar tentang adik Iqbal Fahreen Hamdan. penderitaan seorang anak dan pengorbanan seorang ibu yg menyentuh hati.'hargai & sayangilah orang disekeliling kita sementara mereka masih bernyawa'..rupanya ramai yg tulis kisah yg amat menyayat hati ni di blog masing2. untuk dptkan cerita yg lebih terperinci bleh refer blog2 ni :adamfaiz, sweetmama,iluvislam , nurulhidayatulmarjan

Mak pandang jenazah abang yang terbaring kaku. Walaupun muka sembap, perut membusung, namun mak nampak ketenangan pada wajah abang. 

Mak ambil pisau. Mak potong baju-T yang tersarung pada tubuh abang, baju terkahir yang abang pakai, Mak terpaksa potong kerana kerana baju itu tidak muat untuk melalui perut abang yang 'buncit'. 

Tapi, mak akan simpan baju itu. Mak tak cuci, sesekali boleh mak cium baju itu, sekadar pengubat rindu di hati. Kemudian abah kendong tubuh abang ke pangkin yang telah disediakan. Lalu abah dan mak mendikan jenazah abang. Hanya kami berdua. Mak tak mahu orang lain. Biar tangan abah dan mak yang menjiruskanair buat kali terakhir pada tubuh kecil abang. 

Mak nampak anak mata abah, berkaca-kaca, setitis dua air matanya tumpah, mengalir di pipi, tapi cepat-cepat abah sapu dengan lengan sasanya. 

"Bang, jangan menangis. Kita selesaikan hingga ke titisan terkahir," begitulah kata mak pada abah. 

Setelah abang dimandikan, mak bantu abah kapankan jenazah abang. Pun hanya kami berdua juga. biar tangan kami saja yang memakai dan membalutkan kain terakhir pada tubuh abang.

"Kakak, jangan menangis. tak baik buat abang macam tu!" 

Itu pesan mak semasa kakak-kakak mahu mengucup dahi abang buat kali terakhir. Abah pula selepas mengucup dahi abang, cepat-cepat abah menjauh memalingkan muka. 

Mak nampak air mata abah berjuntaian membasahi pipi. Dan buat kali terakhir itu juga, mak usap dahi abang. Mak senyum, lantas kucup dahi abang. 

Mak bisikkan: "Abang tunggu mak di syurga ya!" 

Akhirnya, wajah abang 'ditutup'. Kami sembahyangkan abang buat kali terakhir. Ramai betul jemaah yang turut serta. Setelah itu, kami bawa abang ke tanah perkuburan. 

Abah masuk ke dalam liang lahad untuk menyambut jenazah abang. Alhamdulillah, semua kerja dipermudahkan. Abang sudah selamat di sana. 

Bertubi-tubi mak terima ucapan takziah daripada tetamu yang datang. Abang nak tahu, ada satu soalan yang mereka tanyakan pada mak. 

Soalan itu asyik terngiang-ngiang di telinga mak. Tanya mereka: "Kakak uruskan jenazah anak kandung sendiri, tapi setitis air mata tak jatuh ke pipi? Kenapa kakak tidak menangis?" Itulah soalan mereka. 

Mereka hairan kenapa mak tidak menangis, sebaliknya bibir mak tidak lekang dengan senyuman. Kenapa mak masih mampu tersenyum di saat memangku sekujur tubuh yang pernah berada dalam rahim mak dulu? 

Petang itu, mak duduk di satu sudut di ruang tamu rumah. Mak terfikir tentang soalan mereka itu. Mak tak tahu nak jawab macam mana. Kemudian, mak nampak sebuah diari di atas para di sudut ruang tamu. 

Lantas mak capai diari kecil itu. Di dalamnya tercatat peristiwa yang berlaku sepanjang empat tahun dua bulan mak membesarkan abang. 

Mak selak helaian demi helaian paparan kertas dalam diari yang sedikit usang itu. Aduh! Banyak sungguh memori yang tercatat di dalamnya. 

Membacanya bagaikan meruntun jiwa mak kembali mengenangkan perjalanan derita abang sejak lahir hingga menghembuskan nafas terakhir. 

Mata mak terpaku pada catatan peristiwa lebih kurang tiga bulan sebelum abang pergi. Mak rasa, di sinilah terkandung jawapan yang mak cari-cari. 

Jawapan untuk soalan yang mereka tanya kenapa mak tidak menangis? Mak akan bacakan sedikit rentetan diari ini supaya mereka tahu kenapa mak tidak menangis, sayang. 

Januari 2011- Perut abang semakin membusung kerana hati membengkak. kata doktor, semua organ dalaman abang sudah rosak,sudah 'reput'. Tak boleh diselamatkan lagi. Tidak mengapa. Hati mak berkata, cukuplah! Tidak akan ada lagi pembedahan untuk abang. 

26 Februari 2011- Hari ini ulang tahun ke-4 abang. Dua hari sebelum itu, mak tanya, abang nak kek apa? Abang jawab, nak kek lori sampah! 

Hah Hah.. Tergelak mak.Abang suka sangat melihat lori sampah yang lalu setiap pagi depan rumah. Sebab itu abang nak kek bentuk lori sampah, 

Puas mak dan abah melilau sekitar Kuala Lumpur, tapi tak jumpa kek macam tu. Tak ada yang sanggup buat kek macam yang abang minta. 

Mak kecewa! Selama ini, mak tunaikan apa saja permintaan abang, tapi kali ini mak gagal. Mak belikan kek coklat strawberi sebagai pengganti. 

Dengan perut membusung, dada berombak kerana sukar bernafas, abang masih tersenyum dan nampak ceria melayan rakan-rakan yang datang, sama-sama menyanyikan lagu hari jadi abang. Dan ketika itu, hati mak sudah terdetik, mungkin ini hari jadi abang yang terakhir. 

7 Mac 2011- Keadaan abang makin kritikal. Perut abang semakin besar. Abang tak mampu nak bergerak, lebih banyak terbaring dan asyik sesak nafas. Mak tak tahan lihat keadaan abang. 

Mak bawa abang ke IJN, rumah 'kedua' abang sepanjang tempoh hayat abang. Kata doktor, tiada apa yang boleh dilakukan lagi. 

Abang hanya menanti waktu. mak angguk perlahan. Mak redha. Dalam hati mak juga sudah berkata, masa abang tidak lama lagi. 

Para ibu di wad tersebut asyik bertanya pada mak, macam mana dengan abang? Mak jawab: "InsyaAllah, abang akan sihat!" 

Mak terpaksa cakap begitu pada mereka, sebab mak tak mahumereka semua lemah semangat jika mereka tahu abang sudah tiada harapan lagi. 

Mereka pun sama, masing-masing bertarung dengan ujian apabila anak yang dikasihi ditimpa penyakit. jadi biarlah jawapan yang mak beri itu kedengaran manis pada telinga mereka. Pahitnya, biarlah mak sendiri telan. 

13 Mac 2011- Hari Ahad. Mak pinta kebenaran doktor untuk bawa abang pulang kerumah . Doktor izinkan. Biarlah abang habiskan waktu-waktu terakhir bersama keluarga. Dan di saat-saat akhir ini, mak mahu tunaikan apa saja permintaan abang. 

Di rumah, setiap hari mak akan tanya: "Abang nak apa harini?" 

Mak masih ingat pada suatu pagi, abang menjawab: "Mak, abang nak naik kereta bomba!" 

Mak termenung dengar permintaan abang. Bila abah pulang ke rumah, terus mak ajak abah keluar. Abah tanya pergi mana? Mak jawab: "Balai bomba!" 

Sampai di situ, mak minta izin pegawai bomba. Mak kata, abang teringin nak merasa naik ke dalam trak bomba. Pegawai itu garu-garu kepala, kemudiannya menggeleng-gelengkan kepala.

Belum sempat pegawai bomba itu menjawab, lantas mak tarik baju abang ke paras dada. Separuh berbisik, mak beritahu pegawai itu: "Encik, ini anak bongsu saya dan hanya menanti masa untuk 'pergi'! Benarkan saya tunaikan impian terakhirnya ini!" 

Bila lihat perut abang yang buncit dan dada dipenuhi kesan parut dan jahitan, pegawai itu tak tunggu lama. Terus diacapainya kunci, dibuka pintu salah satu trak bomba itu. 

Dia dukung abang, letakkan ke atas tempat duduk bahagian pemandu. Abang nampak gembiru sangat biarpun cuma 15 minit abang di dalam trak itu. Abang tak perasan, mak palingkan muka lima saat. Sekadar mahu mengelap titisan air mata yang mula bertakung. 

Hari lain, mak tanya lagi: "Abang nak apa?" 

Abang jawab: "Abang nak naik lori sampah!" 

Mak dukung abang, tunggu depan rumah. Bila lori sampah lalu pagi itu menjalankan rutinnya mengutip sampah, Mak tahan lori itu. 

"Encik, anak saya teringin naik lori ni. Boleh izinkan sebentar?" 

Pekerja itu tertawa mendengar kata-kata mak. Kemudian, mak angkat baju abang dan beritahu perkara sama. Berubah mimik wajah mereka. 

Segera mereka angkat abang, letakkan di tempat duduk pemandu. Ada antara pekerja itu yang memalingkan muka, tak sangup lihat abang lama-lama. Sedih agaknya. 

Begitulah seterusnya. Setiap hari, mak akan tanya pertanyaan yang sama. Abang kalau nak tengok gajah, mak bawa abang pergi zoo. Walaupun abang tak larat jalan, tak apa. Mak dan abah tidak kisah, kami silih berganti dukung abang. 

Abang kata nak tengok burung, mak bawa ke taman burung. Abang kata nak main permainan robot, mak bawa ke kompleks beli-belah yang ada permainan seperti itu. Ke mana saja abang nak peri,semuanya mak tunaikan! 

Setiap hari juga mak tanya abang nak makan apa. Macam-macam abang teringin nak makan. Martabak, nasi paprik, milo ais, cendol, air tebu, air bandung, rojak dan macam-macam lagi, semuanya mak tunaikanwalaupun makanan itu abang pinta pada pukul 3.00 pagi! 

Apa saja yang teringin oleh tekak abang, semua mak cari walaupun abang sekadar menjamahnya sesudu dua. Apa saja abang pinta, kami tunaikan. 

Mak tahu, mak faham, masa abang bersama mak dan abah semakin suntuk! 

27 Mac 2011- Abang semakin kritikal! Nak bercakap pun terlalu lemah, apatah lagi untuk bergerak. Mata kuyu, hanya terbaringsambil memeluk Aina, anak patung kesayangan abang. Mak ajak abah bawa abang ke hospital. 

"Kali ini kita bawa abang ke IJN, tapi kita mungkin akan keluar dengan tubuh abang yang sudah tidak bernafas!" 

Itu kata-kata mak pada abah sebelum bertolak ke IJN. Mak mahu abah bersedia dan redha jika apa-apa berlaku. Sampai di IJN, abang terus ditempatkan di wad khas untuk pesakit kritikal. 


5 April 2011- Mak telefon sekolah asrama kakak yang sulung di Seremban. Mak minta pelepasan daripada cikgu untuk benarkan kakak pulang. 

"Adik tenat. Saya mahu kakak-kakaknya berada di sampingnya pada saat terakhir!" 

Itu kata-kata mak pada cikgu dan akak diizinkan pulang pada hari ini. Kemudian, Dr. Adura. , doktor yang sinonim merawat abang datang melawat. 

Mak memang rajin bercerita dengan Dr. Adura. Kebetulan mak ceritakan yang mak terkilantak dapat tunaikan permintaan abang mahukan kek berbentuk lori sampah. 

7 April 2011- Pagi ini Dr. Adura datang melawat abang. Kemudian Dr. Adura beritahu ada surprise untuk abang tengah hari ini. 

Rupa-rupanya, tengah hari itu datang tetamu yang juga rakan-rakan alam maya Dr. Adura membawa kek lori yang abang mahukan sebelum ini. 

Ada dua kek mereka bawa. Mak tak sanka, Dr Adura tulis di dalam blognya kisah abang dan ramai yang mahu menyediakan kek yang abang pinta. 

Sekali lagi, para tetamu bersama jururawat dan doktor menyanyikan lagu selamat ulang tahun untuk abang. Tapi abang kurang ceria, wajah abang tampak letih dan nafas abang turun naik. 

8 April 2011- Tengah hari ini, masih ada lagi tetamu datang membawa kek berbentuk lori warna pink untuk abang. Tapi abang sekadar lemah. Abang sekadar terbaringmerenung kek itu. 

Malam itu, semasa jururawat mengambil tekanan darah abang, bacaanya meningkat naik. Tapi hati mak dapat rasakan abang sekadar mahu meredakan keresahan hati mak. Malam itu, hanya mak berdua dengan abang di dalam bilik. 

Mak pandang sayu wajah abang yang semakin lesu dan pucat. Mak duduk di sebelah abang, mak peluk dan usap rambut abang. Mak menangis teresak-esak bagai anak kecil. 

Dalam tangis itu, mak katakan pada abang: "Mak tahu abang nak senangkan hati mak. Abang tak perlu buat macam tu. Mak tahu abang nak pergi. 

"Jangan tahan-tahan abang. Pergilah. Mak sudah sedia. Mak redha segalanya. Mak puas dapat sempurnakan apa saja hajat yang abang pinta. Mak juga bangga kerana Allah hadirkan abang dalam hidup mak walaupun seketika!" 

Abang hanya diam, memandang mak dengan pandangan lesu. Dan ketika itu mak menangis sepuas-puasnya. Dan mak berjanji tidak akan menangis lagi selepas itu! Ya, mak tidak akan menangis lagi biarpun abang sudah tiada lagi di dunia 

9 April 2011- Pagi itu mak pesan pada abah agar bawa semua anak-anak datang ke hospital. Masa abang dah dekat sangat. Mak lihat abang dah kritikal. Wajah abang sudah tampak biru, lebam! Dada berombak, tercungap-cungap menarik nafas. 

Abang dah tak mampu bercakap lagi sejak malam tadi. Makan minum pun tak mahu. Pakul 8.00 pagi, abah dan kakak sampai. 

Mak suruh kak long bacakan Yaasin di sebelah abang. Mak suruh abah baca juga, tapi bacaan abah tersekat-sekat kerana cuba menahan tangisnya. 

Pukul 3.00 petang, abang makin lesu. Lantas mak ajak abang keluar berjalan-jalan. 

"Abang, nak tengok matahari tak? Jom kita turun kantin minum sambil tengok matahari!" 

Abang hanya mengangguk lemah. Mak dukung abang dan kita satu keluarga turun ke kantin. Abang mahu minum air coklat. Tapi abang hanya minum seteguk. Kemudian, abang lentukkan kepala pada bahu mak. 

"Abang, tu tengok kat luar tu? nampak taj sinar matahari tu? Cantikkan?" 

Mak tunjuk pada abang sinar matahari yang kelihatan di celah-celah rintik hujan yang turun waktu itu. 

Abang angkat kepala melihat ke arah matahari itu. kemudian, abang menguap. 

"Abang ngantuk!" Itu kata abang dan kemudian abang terlentuk semula pada bahu mak. 

Tiba-tiba jantung mak berdegup kencang. 

"Bang, jom naik. Abang nak 'tidur'! Mak terus ajak abah dan kakak naik semula ke wad walaupun mereka belum sempat jamah makanan di atas meja." 

Mak tahu, masa abang sudah hampir tiba! 

Sampai di wad, mak baringkan abang atas katil. Dan abang terus merintih dalam nada yang lemah: "Makkk..sakit perut..!" 

Dan abang terus memanggil: "Makkkkk!". Suara abang perlahan dan amat sayu bunyinya. Lantas mak letak tapak tangan mak atas dahi abang. 

"Abang, hari ini, waktu ini, mak redhakan abang pergi. Mak halalkan segala makan minum abang. Mak halalkan air susu mak untuk abang. Pergilah abang. Mak izinkan abang pergi!" 

Mak ucapkan kata-kata itu sambil merenung jauh ke dalammata abang yang semakin kuyu. Saat abang sedang nazak itu, mak panggil kakak-kakak agar mengucup abang selagi abang masih bernafas. Mereka kucup pipi abang bertalu-talu dan mula meraung dan menangis. 

"Kakak! kalau kamu semua nak menangis, keluar dari bilik ini. Mak tak mahu abang dengar kamu menangis! Jangan seksa abang dengan tangisan kamu!" 

Mak marah mereka buat begitu pada abang. Mak tak mahu abang lihat kami menangisi pemergian abang. Mak tahu, abang akan jadi lebih sedih dan berat hati untuk pergi bila melihat kami menangis di saat akhir sakaratulmaut menjemput abang. 

Mak tak mahu tambahkan lagi kesedihan abang untuk meninggalkan kami. Abah pula hanya berdiri di penjuru bilik, meraup wajah menahan suara tangisannya. 

Jururawat yang ada dalam bilik juga menangis, mak suruh jururawat keluar dan tutup tirai bilik itu. Mak tak mahu orang luar lihat. Mak tak mahu ada orang menangis di saat abang akan pergi. Setitis dua mengalir juga air mata mak. Tapi mak masih mampu tersenyum. 

"Pergilah abang. Mak izinkan. Mak izinkan.. pergilah..!" Dan perlahan-lahan mata abang yang layu tertutup rapat, genggaman tangan abang pada jari mak semakin lemah dan akhirnya terlepas... 

Pukul 3.50 petang, akhirnya abang meninggalkan dunia fana ini. Innalillah... Mak kucup dahi abang. Mak bisikkan di telinga abang: "Tenanglah abang di sana. Suatu hari nanti, mak juga pasti akan turuti jejak abang. Abang... tunggu mak di sana ya! Di syurga!" 
Abang, sekarang mak dah dapat jawapanyya. Mengapa mak tidak menangis? 

Pertama, abang telah di takdirkan menjadi ahli syurga yang akan membantu mak di sana nanti. 

Kedua, apa saja keinginan abang semasa hayat abang telah mak tunaikan. Tiada lagi rasa terkilan di hati mak. 

Ketiga, segala hutang sebagai seorang ibu telah mak langsaikan semasa hayat abang. Mak telah sunatkan dan buat akikah untuk abang. 

Keempat, mak telah menjalankan tanggungjawab sepenuhnya, sentiasa berada di sisi abang dan menggembirakan abang setiap saat dan waktu. 

Kelima, mak rasa istimewa dipilih Allah untuk mendapat anak seperti abang. Mak jadi 'kaya' dengan kehadiran abang. Kaya kesabaran, kaya tawadhuk, kaya keredhaan , kaya keimanan, kaya kawan, kaya ilmu, dan kaya pengetahuan. 

Mak telah beri segalan-galanya melebihi 100% untuk abang. Mak telah beri yang terbaik dan mak telah berusaha hingga ke garisan penamat. Sebab itu mak tak perlu menangis lagi. 

Abang.. biarpun kini hidup mak dan abah terasa sunyi dan kosong tanpa abang ta[i... mak akan sentiasa tersenyum mengenangkan saat-saat terindah kehadiran abang dalam hidup kami biarpun cuma sebentar. 


kek lori sampah




spoiler


lagu SPONGEBOB SQUAREPANTS versi klate...

lirik

Ready dok budok-budok?
Ho laa, kepten!
Gapo dio? HO LAA, KEPTEN!
...
ooo,
Podio dok dale buoh lanah bowoh laut?
Spongebob Sluar kotok!
Sene meresap bewarno kuning.
Spongebob Sluar kotok!
Kalu demo suko bendo laut hok ngarut.
Spongebob Sluar kotok!
Pah mari la pakat nopat supo ike.
Spongebob Sluar Kotok! Ready?
Sponge............bob Sluar koto
k,(3x)
Spongebobbb Sluar kotok

IKLAN RAYA PETRONAS (VERSI KLATE!!)


                            terjemahan lagu doraemon

 

kerabu + Anchovies sauce. .


pejam celik pejam celik hari ni dah masuk hari ke-7 puasa. .resepi juadah berbuka hari ni dtg nun jauh dari kelantan iaitu nasi kerabu makan bersama anchovies sauce. .anchovies sauce?? gapo namo tu??wow,bunyi macam western . try google translate utk maksud tersurat tp utk maksud tersirat nye xde dlm kamus. .google translate xbetul sgt.. kalo x caya try translate perkataan 'bangladesh' drpd BI jadi BM dlm google translate. .jawapan mesti klakar...

bermacam jenis makanan..
kasi zoom dekat ckitttttt. . .

ikan celup tepung, ayam goreng, limau nipis

telur itik jeruk

air sunquick+sirap dan anchovies sauce

ulam ulaman~

kelapa goreng [sedikit hangit tp sedap dimakan]

papadom~~

kuah kerabu


hari malang sedunia


"sudah jatuh ditimpa tangga", "malang x berbau"..maybe pepatah ni kot yg sesuai dgn keaadaan saat ni. .nasib ari ni sgtlah tidak baik. . macam2 benda jadi dlm masa xsampai satu hari pun, bertubi tubi plak tu. . nasib badan~~

pagi td lab analog, xtau silap connection wayar ke ape, tiba2 dah terbakar komponen tu. . masa bau hangit tu , sedap2 jer pusing situ teleng sini cari sape punya angkara bau hangit tu padahal x prasan yg sendiri punyer.  bila terpaling kat circuit sdiri dah berasap transistor kat celah2 tangan nasib baik x meletup jer, cepat2 cabut wayar ngan tutup suis...tgok markah lab plak lagi la sob sob...usaha sungguh2 buat pun GA bg markah tut tut.. content ngan result lab tu ada jer sama dgn yg dpt tinggi ckit tp maybe sbb kat mata GA ,report tu dia x berkenan. .maybe sbb tut tut cakar ayam!!terima je la, memang nasib..

  lepas lab masuk klas probstat plak, masuk masuk lecturer bg kuiz dgn xprepare ape pun . punyer la banyak nombor yg kna kira sampai x abis2. . bila masa da abis mula la kalut2 nk kejar lecturer utk submit kertas tu, lepas tu cpat2 kemas barang sampai xprasan enset x termasuk dalam beg. .balik2 dah sampai tingkat 3 (kat bilik) cari la beg enset nk amik kunci. jeng jeng jeng.... xde!!! panik2!! nasib baik mimi ada kat bilik bleh bkk pintu. lepas tu pinjam enset mimi kol nombor tu, nasib baik ada org angkat dan dia tlg jaga enset tu.. org yg pegang enset tu kalut duk kol contact number yg ada dalam enset tu..thanx ye dila, anis , wani, thania and da geng..  

terus pinjam motor nurul pergi balik kat lecture D4. sampai kat parking ,disebabkan nk cepat2 xletak bawah seat pun helmet tu. terus pergi kat klas tp ada org dlam klas tu. . org yg pegang enset tu suruh masuk g2 jer sbb bukan formal lecture tp discussion . dgn selamba , muka tebal dan x malu nye masuk macam rusa masuk kampung tercari cari org tu. . yg pasti semua mata yg ada dlm kelas tu tgok budak x malu masuk klas. lepas jumpa terus keluar cepat2 dgn harapan xde org yg kenal masa tu.. :D

sampai kat parking motor satu lagi musibah.. helmet bertukar warna!! yg nurul punya warna hitam tp perubahan iklim khatulistiwa mengubah warna jadi putih. . helmet kena curikkkkkkk... rasa nk jerit satu utp... bulan puasa pun nk buat perangai. . mmang betul syaitan diikat bulan ni tp kalau dah perangai syaitan tu dah sebati dlm hati si pencuri nk buat macam mana. . tp si pencuri ni ada la ckit timbangrasa tu dan pikir keselamatan mangsa curi ni sbb dia bukan curik helmet saje2 tp dia gantikan helmet nurul ngan yg warna putih AROMANYA HMMM.. nasib baik puasa kna bnyk sabar tp masa ni memang tahap sabar maksimun. rasa macam pahala puasa tu dah kurang ckit sbb memang xtau ckp ape kat org tu. .  ada ke patut tukar helmet yg dah layak utk dikitar semula tu.,kalau tukar yg better xpe la tu rezeki bulan puasa namanya. .dgn susah payahnya pakai je la helmet yg ada tu walaupun longgar. sampai kat bonggol rasa macam nk tercabut kpala sbb nk seimbangkan helmet tu drpd tertutup muka..
manusia di UTP ni memang banyak ragam. . 
  
  



sob sob. .
rasa bersalah sgt2 kat nurul..sori nurul sbb hilang helmet kali ke 2.nt nk ganti lepas ni ea.. sori!sori! sori! sori! sori! sori! sori! sori! sori! sori! sori! sori! sori! sori! sori! sori! sori! sori! sori! sori! sori! sori! sori!sori! sori! sori! sori! sori! sori! sori! sori! sori! sori! sori! sori! sori! sori! sori! sori! sori! sori! sori! sori! sori! xpasal pasal mata jadi merah dpan mimi ngan nurul....
  
hari malang sedunia + sedih sedunia  :( . . harap esok lebih baik dari hari ni tp esok ada test analog plak, study entah kemana ag, mesti x dpt rasa nikmat epi lagi kecuali kalo dpt jawab.. planning nk stdy balik klas td dah hancur dgn mood x stabil td.. target malam ni ngan after sahur esok memang kna concentrate 100%.. insyaAllah...

sakit hati pun ada jgk td tp kata mida,kalau kita rasa sakit hati atau marah sgt2, cuba letak tgn kanan atas dada kiri (jantung) dan sebut yasalam banyak kali.. insyaAllah rasa lega...dah cuba dan terbukti memang berkesan teknik ni...

moga saper yg kerja pengepau helmet student UTP terbukak hatinya...

“Sesiapa mengerjakan perbuatan jahat, maka dia tidak akan dibalas melainkan sebanding dengan kejahatan itu. Dan sesiapa mengerjakan amal soleh, baik lelaki, mahupun perempuan, sedang ia dalam keadaan beriman, maka ia akan masuk syurga, mereka diberi rezeki di dalamnya tanpa hisab.” (Al- Mu’min: 40)