alkisahnya....


Prof Muhaya Talk


sedikit sebanyak point dari ceramah santai prof muhaya untuk sharing kita bersama.


point 1- macam mana nak tau kita ni orang berjaya ke gagal.

kita tgk diri kita bila kita ditimpa musibah, adakah kita akan semakin dekat dgn Allah atau tak?adakah kita semakin kuat solat tahajud ketika ditimpa masalah.Begitu juga bila kita dapat kesenangan, jadi orang terkenal, perniagaan yang berjaya.
ketika itu adakah kita masih ingat tuhan? adakah kita semakin jauh? contoh, solat zohor ketika hampir masuk asar kerana sibuk. Itu tandanya kita orang yg GAGAL. Tapi jika kita semakin dekat dgn Allah tak kira ketika ditimpa musibah ataupun ketika senang,
itulah tandanya kita orang yang BERJAYA...

point 2: kalau nk kawen, org macam mana yg nak dipilih.

kalau kita nak kawen kerana apa yg ada diluar (physically) cth macam rumah dia,kereta dia,
pangakat dia dan lain2, itu smua kan hilang. orang ni kalau dalam dia kosong, dia akan suka banyak yang luaran.
tapi orang yang dalam dia penuh (ilmu dan iman) tak perlukan benda diluar. Analoginya, seorang wanita yang yakin dengan dirinya,
tak perlu makeup over sebab dia rasa dia cantik. Orang yang makeup over sebab dia rasa dia tak cantik.
so conlusion, untuk wanita jika kita seorang yg materialistik kita buat judgement based on apa yang org tu ada dari segi luaran
seperti darjat dan jawatan, "we are in the worst situation!"

point 3: tips nak dapat jodoh

Tulis 10 ciri2 yang kita nak. kemudian cerminkan diri kita sendiri ada ke tak macam ciri2 pasangan yang yang kita nak tu. contoh kalau kita nak lelaki yang soleh, adakah kita sudah menjadi solehah?


untuk muhasabah diri dan renungan kita bersama.

AINU
13-Feb-17