alkisahnya....


checklist sygkah kita kepada ibu


dlm fan page dr fazilah aritu ada post tentang cara nk pamer syg kita kpd ibu kita..ni copy paste ayat dia je..tp bila baca tu kita akan tny diri kita samada kita dh buat ke tidak bnda tu..memang kata syg tp betul ke cara kita tunjukkan syg kita pd ibu tu sebenarnya?

sbenarnya bnyk cara tp ni antara yg di shortlisted kan....

1. Sentiasa mendoakan ibu agar dpt redha Allah
2. Elak buat ibu menangis sbb sedih, kecil hati atau marah. Jika ibu menangis sbb bahagia & redha, maka air mata ibu akan memadamkan api neraka yg nak membakar anaknya!
3. Gembirakan hati ibu dgn memberi hadiah (sebarang benda yg ibu suka)
4. Setiap hari lahir anak yg dah dewasa, beri hadiah kpd ibu tanda kita bersyukur di lahirkan ibu ke dunia. Jgn harap hadiah drp ibu!
5. Bantu ibu drp segi kewangan mengikut kemampuan anak. Elak terlalu berharap kpd adik beradik yg lain!
6. Fahami perubahan usia ibu. Dia tak mcm dulu lagi. Org tua akan jadi lebih sensitif, kurang tenaga, mudah sakit & minta di manja
7. Elak bebani ibu dgn masalah kita
8. Damaikan ibu dgn sesiapa yg beliau kecil hati
9. Bawa ibu ke majlis ilmu
10. Biayai ibu utk tunaikan haji & umrah. Pakat dgn adik beradik agar ringan beban kewangan
11. Berhikmah jika nak sampaikan berita sedih kpd ibu
12. Lakukan ibadah wakaf utk ibu setakat kemampuan
13. Jaga rahsia ibu & elak permalukan ibu!
14. Lebihkan ibu drp isteri atau sesiapapun. Isteri kena lebihkan suami tapi jagalah hati ibu jgn terguris.
15. Berlapang dada terhadap teguran, nasihat atau kerenah ibu
16. Didik anak agar tak menyusahkan ibu mu (nenek mrk)
17. Ziarah atau telefon ibu sekerap mungkin
18. Sentiasa mohon maaf drp ibu, takut2 ibu pergi dulu
19. Tegur & nasihati ibu dgn cara yg paling hikmah agar ibu tak kecil hati
20. Jgn sesekali merendahkan atau memperkecilkan ibu
21. Mohonlah izin & doa drp ibu sblm bermusafir
22. Sediakan telefon yg mesra pengguna utk ibu-- masukkan software Quran yg jelas & mudah ibu baca
23. Hubungkan ibu dgn kwn2nya
24. Eratkan hub dgn adik beradik agar IBU BAHAGIA
25. Peka kpd "hajat" ibu yg sering tak terucap, sbb ibu tak mahu menyusahkan anak2
26. Seboleh2nya, carilah rumah berdekatan dgn rumah ibu
27. Sentiasa ucap terima kasih kpd ibu
28. Hebatkan diri agar jadi kebanggaan kpd ibu
29. Prihatin terhadap kesihatan ibu
30. Byk bersedekah atas nama ibu
 
31. Yakinlah walau apapun khidmat yg kita berikan, TIDAK AKAN TERBALAS JASA IBU

haaa, dh check berapa bnyk yg dh kita buat.. yg ada highlight kat atas tu adalah yg kontra drpd apa yg dh dibuat.. kalo utk ucapkan terima kasih ngan mintak maaf tu memang berat sgt lidah ni nk ckp xtau knape ego sgt.. ainu ainu, ape nk jd la susah sgt nk ucap dua bnda tu kat mak. takut sgt jatuh dinding ego tu. kalo part no.23 tu lawak, punya la g delete contact no. sorg kawan mak dlm fon dia sbb xnak dia ckp pasal jodoh2 ngan ank kwn dia tu..aih lps tu pura2 xtau...yg lain2 cara tu insyaAllah tgh diusahakan demi kebahagiaan seorang insan tersayang yg bergelar ibu...