alkisahnya....


JGN MENOLEH KE BLKG LAGI


Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini:

Pelajar: Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu: Oh, awak nak tahu ke? Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar: Baiklah...apa yang saya harus buat?

Cikgu: Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar: Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.
Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu: Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar: Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu: Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.

beard

cerita 1

Satu hari terdengar seorang lelaki non-muslim (NM) ber tny dgn seorang perempuan (M)....

NM : Kamu islam kan? Sy pelik la knape mostly lelaki muslim bela(simpan) itu janggut?
M    :   dah itu sunah dalam islam,jd dorang ikut la.

(lelaki NM td xpuas hati lagi dan terus tanya)

NM : tp ada jgk sesetengah laki yg simpan smpai bawah leher tu x Nampak ke tu macam terrorist?
M : (dgn nada tinggi M jwp) suka hati dorang la nk simpan sampai mana pun..menyibuk je. aishhhh,ak xtau sgt la pasal benda tu. Yg tu laki punya hal,mana la ak tau. Ak x amik kisah hal mereka.

Grrr……


cerita 2 

suatu hari seorang pemuda berjanggut yg umur awal 20-an dtg utk temuduga kerja..selepas siap interview....

interviewer : kamu diterima kerja kat sini.
pemuda: terima kasih kak..

interviewer : tapi sy nk kamu buang janggut tu sbb kat sini sy x bela kambing tp sy bela org..

pemuda td menggeleng kepala x menyangka org tu bleh berkata sedemikian....   



-------------------------------------------------------------
Andai Al-quran bisa bicara,ia akan berkata :
"waktu kau masih anak2,kau bagai teman sejatiku,dgn wudhu kau sentuh aku,dlm keadaan suci kau pegang aku,kau baca dgn lirih dan keras, skrg kau telah dewasa, nampaknya kau sudah tdk berminat lagi padaku, apakah aku bacaan usang? Yg tinggal sejarah? Skrg kau simpan aku dgn rapi,kau biarkan aku sendiri. Aku menjadi kusam dlm almari. Berlapis debu,dimakan kutu,ku mohon peganglah aku lg,bacalah aku setiap hari, Karena aku akan jd penerang dlm KUBURMU..