alkisahnya....


Mr.roti canai vs meet & greet session


17.12.16...sabtu...8am
Tak pernah2 breakfast kat kedai macam ni sblum ni. Biasanya breakfast kalau nak beli kat kedai makan biasa je ataupun beli je gerai tepi jalan tu tapi harini different sikit. Special day, special breakfast with special one.. Gittewww.. tapi order yang simple je la nama pon breakfast kan. masa tu order roti kosong mr. roti canai dgn mr. canai roll ayam dan tuna memang sedap..

mr roti canai bukit rimau...area ofis jerr..

ni yang paling simple

wrap & roll dia memang terbaik..best walaupun tak sebesar mana



Ok bai.

credit pic: zomato

N.A.M.A


kat ofis ni ada 3 kes pasal nama.

1) ada seorang tu nama khairul asyraf ---> panggil khairul

2) ada sorang lagi nama khairul nizam ---> office mate panggil nizam walaupun kat luar org lain paggul dia khairul

3) ada sorang lagi nama nizam syafiq --> office mate panggil syafiq walaupun kat luar org lain panggil dia nizam.


jadi konlusinye, confuse 3 segi: khairul asyraf <--> khairul nizam <--->  nizam syafiq..
khairul nizam xboleh panggil khairul, nizam syafiq xboleh panggil nizam.



p/s : teringat kes masa skolah  dulu. dalam kelas ada 3 orang nama hampir sama iaitu 
aina, ainu, aini... cikgu pun confuse nak panggil..



ok bai..

bila mak bermimpi

sempena birthday tahun ni, ma call utk wish dan dia buat2 tak ingat birthday yg ke berape..saje je dia
nk bagi hint umur dah makin meningkat.

ma dgn semangatnya bercerita pasal mimpi dia 2 3 hari lepas. masa siang haritu dia ada la buat tempahan pulut kuning kawen orang sekampung.Yg kahwin tu kawan sepupu yg umur 21 tahun tp kahwin dgn duda anak 2 org. Nak dijadikan cerita malam tu lepas dia attend kenduri tu dia mimpi. Mimpi yg blh buat org gelak je ngan gelagat ma ni.

Dalam mimpi tu dia gtau ada rombongan datang rumah secara mengejut. Lepas tu ma tanya sy la sape yang datang tu.

Dengan selambenya cakap "ooowh tu kawan datang nk merisik". tp yang 
kelakarnya lelaki tu dah kahwin. siap bawak isteri dia lagi merisik. tp ma cakap
isteri dia tu jeling je sepanjang majlis tu. lepas rombongan tu dah balik, ma cepat2 panggil nak bagitau pasal isteri laki tu mcm xsuka je. Masa ma baru nak cakap xpayah la 
terima laki orang tu tapi tiba tiba.....



kring kring kring...

tak sempat nak bagitau sebab terkejut ngan incoming call telefon dia..

jadi ma pon sambung la pesanan yg nk dia bagitau masa dalam mimpi tu masa call...
adeiii la ma pon bnda tu yg dia mimpikan..hahaha..