alkisahnya....


Mr.roti canai vs meet & greet session


17.12.16...sabtu...8am
Tak pernah2 breakfast kat kedai macam ni sblum ni. Biasanya breakfast kalau nak beli kat kedai makan biasa je ataupun beli je gerai tepi jalan tu tapi harini different sikit. Special day, special breakfast with special one.. Gittewww.. tapi order yang simple je la nama pon breakfast kan. masa tu order roti kosong mr. roti canai dgn mr. canai roll ayam dan tuna memang sedap..

mr roti canai bukit rimau...area ofis jerr..

ni yang paling simple

wrap & roll dia memang terbaik..best walaupun tak sebesar mana



Ok bai.

credit pic: zomato

N.A.M.A


kat ofis ni ada 3 kes pasal nama.

1) ada seorang tu nama khairul asyraf ---> panggil khairul

2) ada sorang lagi nama khairul nizam ---> office mate panggil nizam walaupun kat luar org lain paggul dia khairul

3) ada sorang lagi nama nizam syafiq --> office mate panggil syafiq walaupun kat luar org lain panggil dia nizam.


jadi konlusinye, confuse 3 segi: khairul asyraf <--> khairul nizam <--->  nizam syafiq..
khairul nizam xboleh panggil khairul, nizam syafiq xboleh panggil nizam.



p/s : teringat kes masa skolah  dulu. dalam kelas ada 3 orang nama hampir sama iaitu 
aina, ainu, aini... cikgu pun confuse nak panggil..



ok bai..

bila mak bermimpi

sempena birthday tahun ni, ma call utk wish dan dia buat2 tak ingat birthday yg ke berape..saje je dia
nk bagi hint umur dah makin meningkat.

ma dgn semangatnya bercerita pasal mimpi dia 2 3 hari lepas. masa siang haritu dia ada la buat tempahan pulut kuning kawen orang sekampung.Yg kahwin tu kawan sepupu yg umur 21 tahun tp kahwin dgn duda anak 2 org. Nak dijadikan cerita malam tu lepas dia attend kenduri tu dia mimpi. Mimpi yg blh buat org gelak je ngan gelagat ma ni.

Dalam mimpi tu dia gtau ada rombongan datang rumah secara mengejut. Lepas tu ma tanya sy la sape yang datang tu.

Dengan selambenya cakap "ooowh tu kawan datang nk merisik". tp yang 
kelakarnya lelaki tu dah kahwin. siap bawak isteri dia lagi merisik. tp ma cakap
isteri dia tu jeling je sepanjang majlis tu. lepas rombongan tu dah balik, ma cepat2 panggil nak bagitau pasal isteri laki tu mcm xsuka je. Masa ma baru nak cakap xpayah la 
terima laki orang tu tapi tiba tiba.....



kring kring kring...

tak sempat nak bagitau sebab terkejut ngan incoming call telefon dia..

jadi ma pon sambung la pesanan yg nk dia bagitau masa dalam mimpi tu masa call...
adeiii la ma pon bnda tu yg dia mimpikan..hahaha..

There u are..D.I.A


~RANDOM WORDS~

dia ada ig tp dia x ada post,
dia ada ig follower tp xde following,
dia ada fb tp dia xde update,
dia ada wechat tp dia xde moment,
dia ada wechat tp dia xde display pic (dp),
dia ada smartfon tp xtau wasap nom.....

so how to stalk? that's the main point..let me figure it out..scan and feel..hmmm..

hidup seorang stalker...hahaha

sweetness of my brother




This is ayub safiq
he is my younger bro...
and eldest hero in my family

Dia ni jenis ego nak cakap rindu ke sayang ke kat family. tp tu benda biasa kot bagi anak lelaki.
Its okay as long as dia xlupa utk tanya khabar berita ma abah dan adik beradik yg lain.
ma cakap dia ni bukan jenis yg call ma tiap hari, tp bila dia teringat kat ma xkira masa tu dah pkul 
12 mlm ke 1 pagi ke dia akan terus call ma..kalau adik2 beradik lain yg duk jauh ngan family selalunya call sblum pkul 10mlm sebab dah tau ma jenis tidur awal.

Alkisahnya semalam dia cakap nak guna kereta. lepas tu bila dah selesai guna tu, adik ni dia bagitau suruh kemas dan cuci sikit karpet dalam kereta sebab dah berhabuk. Masa tu pelik la jgk xpernah pon dia suruh kemas. kemudian pagi ni nak g kerja, bukak pintu kereta sebelah belakang utk letak beg laptop, then ternampak la kotak berbalut siap ada riben lagi terselit bawah seat tu.. masa tu dah x pikir org lain dah, ni mesti barang adik tertinggal sebab smalam dia yg guna kereta.
terselit kotak bawah seat
wasap adik tanya barang siapa...rupanyaaaaaaaaaaaaaaa............ni dia....


hahahahaha...rupanya tu hadiah utk advance birthday. ingat jgk rupanya birthday kakak dia ni walaupun  bg hadiah belum cukup tarikh sebenar lagi..sweet kan dia sejak ada awek tuuuu..mentang2 la aritu kena tegur sbb sanggup nak beli hadiah utk awek dia walaupun dia tgh study... so kali ni adalah first time dia bagi hadiah utk kakak dia ni..hahahhaa. dia suruh bukak masa birthday tp bila benda dah depan mata xde mknanya nk tggu hari tu sbb lagi sminggu.. bukak jgk lah nak tau ape benda dlm kotak tu...

tudiaaaa... bagi sandal utk g kerja katanya..

Hadiah sandal rupanya. patut ler 2 3 hari lepas asyik duk tanya pakai kasut saiz ape. walaupun dia laki tp x sangka pandai jgk adik aku ni pilih sandal yg memang menepati taste kakak dia ni..
pandai2 buat surprise dah sekarang
sebenarnya x kisah pon orang bagi hadiah ke xde bagi ke semua tu tak penting sebenarnya asalkan org tak pernah lupa kita..itu lagi penting.. tp kalau org bagi hadiah tu kita ambik jer..hahaha

Utk my adik, thank youuu so much for the present..i'm so touched for this time. wish u all da best for your future. Semoga berjaya menjadi seorang chef yang boleh membanggakan ma abah dan menjadi abang contoh untuk adik2 lain.


from ur sister : AINU
28 nov 2016

anugerah terindah


ANUGERAH TERINDAH


seindah tajuk lagunya, memang indah deidengar jgk lagunya...oh no.. knape mesti ost drama ni best2 fefeeling jerr. dlu addicted ngan ost cinta si wedding planner tp skarang ni asyik duk ulang ost sayangku kapten mukhriz plak....best la dgr suara black nyanyi lagu nih..

sanggup simpan lirik ni kat sini utk karok nanti bila2 teringat crita ni...
 
lirik Anugerah terindah (Black Hanifah) 

Saat terlihatmu ada sesuatu
Yang pernah ku merasakan waktu dulu
Ingin ku berlari sendiri dan sepi
Cuba tuk sembunyi rasa ini
Namun hati menguasai diri

Haruskah ku luahkan padamu
Sanggupkah ku biar rahsia
Selamanya

Mampukah ku halang rasa cinta
Yang terpendam sekian lama
Bersyukur pada-Nya yang telah beri kepadaku
Anugerah yang terindah

Kerap ku berdoa agar cinta kita
Takkan pernah pudar hingga hujung nyawa
Dengarlah kasihku janjiku padamu
Takkan ada cela cinta lain
Hanya kamu yang ku mahu selalu

Haruskah ku luahkan padamu
Sanggupkah ku biar rahsia
Selamanya

Mampukah ku halang rasa cinta
Yang terpendam sekian lama
Bersyukur pada-Nya yang telah beri kepadaku
Anugerah yang terindah

Dan tak akan ada daya
Untukku mengabaikan cintamu
Kerana ku tahu kasihku
Telah tercipta dari pandangan pertama

Haruskah ku luahkan padamu
Sanggupkah ku biar rahsia
Selamanya

Yang terpendam sekian lama
Bersyukur pada-Nya yang telah beri kepadaku
Anugerah yang terindah
Yang terindah

kredit to:

step to upgrade office 2010 to 2013


susah sebenarnya nk move on ni..bukan move on dgn org tp dgn software yg kita dah biasa pakai. sbb nya bila kna pakai new software atapun kna upgrade ke new version memang take time utk biasakan diri dgn new feature. nk cari button pun dah ambik masa. aduii la..
tp apakan daya, aritu bos bagi installation CD utk upgrade microsoft office 2010 kpd office 2013 je pon..tp xbukak2 pon cd tu,simpan je tepi utk sminggu baru sempat nk upgrade sbb ingtkan complicated proses utk upgrade office ni.. bila bos asyik tny dah upgrade ke belum, barulah
kalut nk google step utk upgrade.. rupanya xde la complicated proses nya..amik masa dlm setengah jam je pon..

sblum ni ingtkan kalau nk upgrade ni kna format dulu ke, atau kna unistall previous version dulu ke.. tp rupanya kalau kita dah pakai geniune punya window, xyah format..dgn syarat kalo nk guna office 2013 kna pakai window 7 @ 8, 32 or 64 bit Os only. yg lain2 widow tu x compatible.

nk upgrade senang je, terus Run .exe file, then bila dia tanya nk mcm gmbr kat bawah tu, pilih UPGRADE kalau sebelum ni guna previous version e.g office 2010.



tunggu la dlm 20minit baru siap installation process tu. then dia akan minta kita masukkan product key seperti yg kita dpt dari microsoft.
(product key dtg skali dgn CD yg kita beli).  lepas siap install, automatik akan replace office yg old version dgn yg baru. dia xkan jadi ada dua version walaupon kita tak unistall yg old version.
jd jgn risau pasal conflict version sbb dia xkan ada 2 version sekaligus. lepas siap install kna reboot komputer dulu baru complete installation.

last skali try bukak mana2 office punya tools. cthnya bukak office word.

kat sini jadi satu isu, bila dia mintak validate license tp error prompt "this product cannot be activated because the product key is invalid"
apehal???kalau xdpt activated jgk, license akan expired dalam masa 29 hari.. xtau la apa solution dia, puas gooogle solution tp xdpt.. last skali main bukak tutup bukak tutup office then tiba2 dah OK...pelik..check dekat word account mcm dalam gambar ni, "account activated"..

word account

xtau bila masa problem solved.. hentam je la asal boleh pakai...hehe
peace....

servis kereta : Antara fakta atau auta?


hujung minggu lepas ada la pergi servis kereta kat perodua utk mileage 30000 km. kiranya ni kali ke-5 servis kereta kat satu service centre nih. sebelum ni ok jer kot service nya. Tp masa service yg ke-5 ni rasa kureng siket sbb nya kos utk servis kali ni macam  hmmm xbrape syok je sbb ni paling mahal la stakat ni. tambahan lagi rasa macam diambil kesempatan terhadap kekurangan ilmu seorang perempuan terhadap kereta nih.

xtau la nk cakap masa tu kena tipu ke ape ke tp for sure rasa macam pelik sikit kali ni.. first skali masa call utk appointment tu ada tny dia agak2 brape bajet
utk service 30000 km. lepas tu dia bg estimation around rm200 macam tu lah. memang stiap kali nk buat appointment utk service sy akan tny estimation ni dan biasanya xlari jauh la kos yg dia estimate dari yg actual yg kna byr masa lepas service tu.

Then bila pergi service tu, exec perodua tu bagitau la apa yg patut "diservis" kali ni. lepas explain bla bla bla tu, dia bagitau total akan kna byr rm313.
masa tu rasa mcm ok fine, lari sikit dari estimation masa buat appointment dlu tu.

lepas settle urusan kat kaunter tu then tunggulah kat waiting room pusat servis tu. agak lama jgk nk tunggu kereta siap around 2 jam tunggu nasib baik kat situ ada tv.
bolehlah nk layan drama melayu sementara menunggu.. nk makan makanan ringan yg diorang sediakan pon xboleh sbb bulan puasa..

masa tgh tunggu tu tiba2 wakil exec perodua tu call bagitau:-

exec: "cik, bateri kereta cik ni dah low sgt ni. kna tukar!"

(dlm hati ni duk pikir, setahu aku bateri ni blh la tahan 2-3 tahun tp kereta ni baru pakai 1tahun3 bulan xkan dah low.
lagipun enjin bleh start xde buat hal pon)

sy: "oo ye ke.. kalau sy tukar lain kali boleh x?

exec: "xboleh la cik sbb ni memang dah low sgt ni. mcm mana, setuju ke kalo kita tukar yg baru?"

disebabkan org perempuan  ni xtau sgt pasal kereta then setuju je la sbb risau jgk kalau xtukar kot2 la bila naik tgh2 jalan enjin mati tak ke gelabah nanti. so, diorang proceed la tukar baru, dah la kos bateri saje rm190.

lepas setel smua tu bila nk g bayar aduiii pening kpala dgn caj servis kali ni. ye la kali ni kna rm500 servis kereta saje. kurang ler bajet utk raya nanti..hmmm

nilah servis paling mahal setakat ni, ye la sebelum ni paling mahal pon 300++ je servis.

lepas tu bila siap servis,baliklah umh abang. then cerita la kt abang pasal servis kali ni.. dia pon terkejut sbb bateri dah kna tukar. masa tu rasa sgt teraniya knapa la aku setuju je dgn request diorang td...ish2..

Apalagi, dia suruh g amik balik bateri dulu kat pusat servis tu yg konon2 nya dah low tu bawak balik sebab maybe blh guna as backup masa emergency nanti. Drpd diorang amik n jual baik, baik kita amik balik sbb tu brg kita.. td masa balik tu lupa nk mintak balik bateri tu.
xpasai2 kna g balik kat pusat servis nasib baik dekat je.. masa g mintak bateri tu sorang exec tu tolong la angkat bateri  tu sampai kat kereta katanya berat. layankan je la.

balik tu bagi kat abang tgk bateri tu. satu lagi perasaan macam teraniya disitu. katanya abang tu macam bukan bateri yg dulu je sbb nmpk macam bateri lama. satu lagi bila check yg exec tu bagi td tu bateri basah sedangkan yg sebelum ni kereta tu bateri kering tp xtau la model ape. almaklumlah sebelum ni memang xpernah tgk pon bateri kat kereta tu sepanjang guna kereta jadi xtaula rupa bateri atau model apa yg pakai pon xtau.jadi senang2 je la kalo diorang nk tipu ke ape ke bagi bateri lain..
sooooo ainu yg rasa teraniya utk kali kedua.

kalau betullah mereka dah tukar bagi bateri lain, maksudnya bateri sy yg dulu tu mungkin blh dijual sbg sparepart lagi sbb rasanya masih elok lagi...tp nk buat macam mana bnda dah jadi redha je la tambah2 lagi dibulan puasa ni maafkan je la kalo betul mereka buat mcm tu.
Tp bab duit tu memang agak terkilan sikit la xpasai2 melayang rm500, blh byr ansuran kereta utk bulan depan dah tu tp bukan rezeki nk buat mcm mana lagi..

so conclusion nya, jangan nk sombongkan diri dgn komponen2 kereta, kalau xtau skali pun atleast bnda basic tu kna belajar. tanyalah org yg tau.
kalau x boleh nk blajar skalipon, rasanya kna bwa "suami"(if applicable.hehe) kalo nk servis kereta ataupun nk buat bnda2 yg biasanya menjadi kepakaran lelaki ni utk mengelakkan ditipu.  

this is my lovely mom


dalam dunia realiti, sy memang kureng bab2 story pasal personal kat someone even kat family especially about my future or marriage. why? knape sy x suka berkongsi cerita pasal hal berkaitan kawen atau kawan2 lelaki kat family especially kat mak. jarang nih nk share kisah mcm ni kat sini, eh bukan jarang tp memang x pernah pon.

okeh ni alkisah yg berlaku bila umur dah semakin meningkat dan kawan2 yg sebaya mahupun yg lebih muda dah ramai kahwin. tambah2 lagi bila saudara terdekat pon dah ramai beranak pinak dgn umur yg masih muda..

setiap kali gtau mak pasal sipulan sipulan ni dah nak kawen ni mak bulan depan, minggu depan, tahun depan..bla bla bla.. then for sure lepas gtau tu mak akan diam sekejap kemudian bila dia bersuara dia akan tanya, "k.ngah bila lagi?"

grrrrrrr------ tulah satu sbb yg xnak gtau pasal kawan2 yg nk kawen.

ada satu lagi situasi, bila kita duk syok bercerita pasal itu ini tentang kawan kita (cerita yg baik2 je ataupun kelakar okeh), then tiba2 bila tercerita pasal kawan lelaki je lepas tu mak mesti tanya
"dia dah kawen ke?"

haaa tu dia dah xde benda lain la tu dlm kepala mak.. sikit2 nk kaitkan dgn kawen.. kita ni punya la nk share cerita kawan2 kan tp bila mak nk kaitkan dgn bab kawen ni jadi krik krik sikit..

ada sekali tu ada ke patut mak sampai terpikir nk kenenkan kawan2 cina yg kerja satu ofis ni sbb slalu duk story kat dia pasal member2 cina ni. Almaklumlah kerja kat sini mostly lelaki cina je. lepas bercerita pasal member2 cina tu tiba2 mak tukar topik duk cerita pasal cina muallaf, cina kawen dgn melayu peluk islam la..macam2..

haaa paham2 sendiri lah bila mak dah masuk topik tu ada la tu dalam kepala dia nk bagitau apa.

aritu bercerita kat mak pasal bos company ni yg baik la, ckp sopan la macam2 la tp lepas abih je cerita tu ingtkan nk respon ckp "hmm, bagusla dpt bos macam tu" , tp tidak sama sekali.

yg keluar dlm mulut mak ialah " bos tu dah kawen ke?"

omaigoddd, mak..hahaha.lawak la mak ni...
terus bagitau mak "ma, bos tu dah kawen dah beranak pinak dah pun..nama pun bos kan mesti dah tua kan.."
dalam drama melayu boleh la bos muda tp realiti nya jarang jumpa..hahahaha..mak ni dah terpengaruh ngan drama melayu pukul 7 jgk la ni..

pastu mak jawab "owh, dah kawen la plak" sambil mimik muka frust...
xleh nk tahan gelak kat mak bila terlampau  fikir nk cepat2 kahwenkan anak dia ni...hahahah.. insyaAllah dgn doa mak tu adalah tu...hehehehe..


aku, dia, dan laksam versi kampung


orang yg asal kampung ni memang patut berbangga la sbb ada peluang utk menikmati kehidupan di kampung dan jgk bandar kalau yg merantau kerja di bandar. Tp jarang orang yg asal bandar nak merasa aman damainya kehidupan di kampung. So, modal harini nk bercerita pasal kehidupan kat kampung utk pengetahuan org2 bandar sekalian..gittew..lain kampung lain kisahnya. macam kat sy punya kampung , oleh kerana kawasan rumah tu dikelilingi oleh rumah saudara mara je sebagai jiran, so hubungan persaudaraan tu memang kuat la. kalau ada je mana2 saudara yg kerja nun jauh dibandar pulang ke kampung, mesti kitorang akan buat jamuan atau majlis makan2 (bekwoh) kecil-kecilan secara gotong royong. salah satu makanan yg femes utk family kitorang buat jamuan ialah masak laksa dan laksam. masak laksam ni memang best gilerr.. sbb nya sambil2 kukus laksam tu blh borak2 lagi.. yelah nk tunggu masak satu2 laksam tu kalo x sembang memang boring.. nk buat laksam tu pon bukannya perlukan modal yg banyk, cara buat pon senang.cuma lecehnya nk kukus satu2 tu je makan masa tambah2 lagi bila guna satu dapur saje.



ni acuan kuah laksam kelantan versi masak guna dapur kayu
laksam sedang dikukus

tadaaa.....laksam yg siap dikukus.. gambar pun xclear sbb lapar sgt..



ceritera bazaar ramadhan

Alhamdulillah tahun ni masih lagi dipanjangkan umur utk merasa Ramadhan yg penuh barakah ni.. tahun ni adalah tahun pertama duduk sorang diri berjauhan dgn family kerana kerja. sebelum ni pon pernah berjauhan dgn family tp bukan duduk SORANG DIRI..I mean, dulu stay dgn member2 g bazaar sama2, masa 1st year kerja dlu pon stay ngan kakak, so berbuka ngan family kakak tp skrg ni duk umh sewa sorang2 g bazaar sorang2 then berbuka sorang2..so sad..


Tp walaupun duk sorang2, xdelah  rasa stress sgt sbb kerja skrang dgn company ni buat rasa bahagia all the time even balik kerja rasa lonely..hahaha..

back to story pasal bazaar, oleh kerana duk sorang2 and baru pindah umh sewa baru masa bulan puasa ni so utk makan tu memang 100% kena beli makanan siap masak la sbb nya kat umh baru ni kosong macam padang jarak padang tekukur, xde ape perabot, xde apa2, NOTHING.. so kalo nk masak tu kna beli sendiri dapur, alat2 memasak yg lain and paling penting tempat nk simpan makanan iaitu PETI pun xde.. jadi baik lah beli kat kedai je utk makan sorang xdelah mahal sgt compare nk beli semua perabot dan perkakas tu mungkin makan modal beribu ribu.. so buat masa ni beli kat kedai je la dlu tunggu ada modal baru beli perkakas tu...

So, nampaknya ramadhan tahun ni memang hari2 makanan bazaar la.. targetnya hari2 nk tukar2 jenis nasi yg nk dibeli. ckuplah 30hari dgn 30 jenis nasi yg berlainan kat bazaar tu.. 

1st day puasa tu sbb xbiasa ag dgn area kemuning ni, so xtau la kat mana bazaar yg banyak makanan. so pergi je lah bazaar yg dekat ngan ofis tp frust sikit sbb bazaar ni sunyi sepi je sbb sikit je gerai2 kat situ.dah la parking jauuuuh sgt sbb takut xde parking yg dekat rupanya berlambak parking kosong sbb xde org... rasa macam krik krik sikit masa jalan2 kat situ. maybe dalam 15-20 gerai je kot. x bnyk pilihan makanan utk berbuka.. sedih betul 1st day puasa macam tu tp alhamdulillah walaupun x tercapai kemahuan yg kita nak tp Allah masih beri rezeki utk menikmati juadah berbuka walau makanan sederhana. sedangkan orang kat luar tu masih ramai yg entah ade ke tidak makanan utk berbuka..--insaf sekejap----.

punyalah parking nun juah dari gerai tu...


hari kedua tu alhamdulillah ada member gtau area bazar yg besar kat kemuning..area sekyen 30 kot. tempat tu. then try la g sana..masyaAllah ramainya orang macam semut merayap je..nk jalan pon susah tp i likeeeee..sampai je mula lah pening xtau nk pilih apa utk berbuka sbb bnyk sgt makanan...nafsu utk beli makanan dah mula menguasai diri la tuuu...pujuk diri sendiri utk bersabar dan pilih satu je makanan utk elakkan pembaziran.. xpe nanti try satu2 la sbb nanti akan beli kat situ jgk utk buka puasa hari2 seterusnya..

ni dia antara hasil tangkapan bazaar utk day 2 and 3 ramadhan:

DAY 2: ayam percik "pening kepala"

DAY 3: nasi goreng ayam + abc + tepung pelita


Taktik jawab call Telemarketer


Ni kisah CINTA ainu dan telemarketer2 kat luar sana (nmpk x kata ganda utk telemarketer tu sbb ramai sgt).

Xtau la sbb semakin berusia ke apa sejak masuk alam pekerjaan ni, dalam sebulan tu ada je call dari unknown number especially lepas kita ada deal something ngan institusi kat malaysia ni memang suka passing number phone utk marketing diorang.

minggu lepas baru bukak akaun utk standard chartered. bukan suka2 nk bukak akaun bank sbb dah berlambak kad bank tp duitnya bukan ada dlm smua bank-bank tu tp ni sebab company guna bank tu terpaksa lah bukak kalo x lmbtlah salary nk masuk.

sminggu lepas settle account opening tu, haaaa adalah nombor yg x dikenali call.. harini nombor ni yg call --- 03-27874200. kebetulan masa tu x bz so layanlah apa yg nk dia ckp.. rupanya dia ni dari satu bank kat malaysia (nama bank tu dirahsiakan atas sbb tertentu)...dah la ckp laju nauuuu nk kejar apa xtau..

"blh sy berckp dgn ...........(nama penuh) ? 

"ye saya."

"tahniah cik, nama anda layak utk promosi insuran bla bla bla........"

rasa bangga kejap sbb ayat "layak" tu macam woww sgt biarlah tu hanya ayat manis diorang je pon.padahal semua org yg akan dia call ckp "anda layak" jgk..hahaha...
hmmm dlm hati ni bila dgr je dari agen insuran memang buat2 dgr je la explanation panjang berjela tp yg best tu bila dia tny dah kahwin ke belum, bila jwb belum lagi, dgn ayat yg manisnya dia ckp:

"oo xpe cik saya doakan cik akan dpt pasangan yg beriman dan soleh sbb mesti semua inginkan pasangan yg soleh kan?"

dalam hati ni aminnnn.. pandai je telemarketing ni main angin kan...

layan je la..

selepas hampir 20 minit hanging kat phone tu, bila dah masuk part dia nk tny setuju ke x tu,  dah ckp kat dia "maaf, saya dah ada insurans. sy x nak accept yg ni."

tp dia berusaha lagi nk suruh accept ckp benefit itu ini la compare dgn insuran yg dah ada skg ni yg ni better la macam2 la..

dlm hati ni "ish dia ni x paham bahasa ke" ..pastu dia sambung lagi cakap bla bla bla... so, apalagi dah kita ckp elok2 tolak yg dia offer tu tp xpaham2 jugak.  terpaksa la guna taktik jahat iaitu....
--->buat2 xde line..hahaha.. masa dia tgh syok cakap tu terus apply taktik tu

"hello, hello, hello sorry la x dgr.. hello hello, eh xde line ke ni ? hello hello"

teetttttttt...butang merah terus ditekan..OFF.. so, settle problem..lepas tu turn on flight mode plak sbb takut2 dia call lagi..then save number tu as "DONT PICKUP".. So next time bila nampak no tu xyah angkat..hahhaa.. x jahat kan...adeii kesian la sape telemarketer yg call Ainu tu... lain kali guna taktik macam ni... maafkan sayaaaa utk telemarketer sekalian, saya x benci kerja anda semua sbb sy paham dah memang kerja anda ganggu kami2 disini...tp anda jgk kna paham yg x semua bnda yg korang offer kami patut accept kecuali offer bnda free blh la accept, hadiah ke apa ke blh la tp ni offer smua bnda yg kena byr..saiaaaaa x kuad...hahaha..komitmen saya dah berlambak, so x de ruang utk komitmen lain...

tp bila google pasal number phone ni, ramai jgk yg pernah kena .. tp dari bank yg berbeza.. mungkin agen utk different bank kot tp nombor sama je guna..ish..

sekian..

slaam ramadhan dan kita kosong kosong ye... :)

cara senang apply credit card


lagi cerita pasal kredit kad. Zaman teknologi skrg ni kalo nk apply apa2 pon xyah walk in ke tempat tu, hujung jari je dah selesai. jimat tenaga, jimat minyak, jimat wang...
macam mana tu??haaa, meh nk habaq. kita just usha2 je dalam ringgit plus punya website (HERE ), kat sana tu bnyk promosi utk cc siap dpt free gift lagi utk certain kad. kad situ jgk blh compare benefit dan macam2 kad yg berlainan sbb diorang dah senaraikan semua kad mengikut kategori masing2. cthnya, jika kita jenis yg x suka byr yuran tahunan, filter je utk kad yg waive annaul fee. kalo jenis yg xkisah dgn annual fee tapi nk yg bagi benefit or rebat utk petrol, pon blh terus filter apa yg kita mahu. senang, mudah dan pantas kan..Bagus la ringgit plus ni dia compare setiap bank tu apa benefit setiap kad. so senang lah nk tgk mana yg terbaik.

memang tak sangka skrg ni mudah je cara nk apply cc tu tanpa perlu ke kaunter mana2 branch. online je depan laptop xyah jalan jauh2.
pilih je mana2 kad dlm website ringgit plus tu. klik apply now lepas tu isi sikit detail utk dia contact kita. within 3 working days diorang akan call.. memang effective and efficient. lepas dpt call tu dia akan emailkan form utk kita isi, then emel je balik
lepas siap isi n sign form tu skali submit dgn ic dan epf statement. so tunggulah dia proses samaada approve ke x application kita tu.. senang je kan..

website ringgit plus.. all in one click.




Karam sendiri


Semakin ari dirasakan semakin jauhhhh mengikut jalan yg dipilih masing2. Umpamanya skarang ni tgh belayar dilautan bersama beberapa org dalam kapal tp lepas sorang-orang yg cuba letakkanku kedalam laut yg dalam tp blum sampai mencecah air lagi but now i'm dying. Kapal itu yg dulunya menjadi bahtera kemegahan dan tempat saling bergantung tp kini hanyut entah kemana hala tuju.  That's all about my feeling analogy right now.. No matter what and no matter how, i have to survive for my own life and family.

Smoga mimpi yg tu hanya mainan tidur

Td lepas subuh gatai sgt nk sambung tido.. Cuti katakan.. Lepas solat subuh tu memang mata xnk lelap je tp saje baringkan badan sambil main enfon then xtau bila sampai terlelap. Pastu tuttttt tiba tersedar dari tidur matahari dh menyucuk rupanya. Tersedar tiba2 tu sbb nya mimpi yg plik, xpernah ag sblum ni. Iaitu x pasal2 operator kt tempat kerja masuk mimpi. Mimpi mcm ni, Dia nk mintak edit drawing tp ak xboleh nk proceed kerja sbb xselesa ngan sakit gigi.. Lepas tu masa nk g toilet tu satu persatu gigi patah.ya Allah scary sgt.masa nk buang gg tu dlm tong sampah kira gg tu dalam 10 btg yg tercabut..apakah ini??? Yg hairan nya xde sikit pun darah keluar.. Lepas tu terus tejaga tiba2 nk nangis. Dlm hati ni bnyk2 berdoa pd Allah minta dijauhkan musibah atau malapetaka dlm keluargaku. Tp org kata mimpi lepas subuh ni mainan syaitan kan..mintak2 itu hanyalah mainan tidur semata.. Ye, mainan tidur semata mata..kalo mimpi2 yg bahagia, yg indah tu selalu berharap bukan mainan tidur semata mata tp yg ni mmg harap mainan tidur. Itu lah akibatnya sape suh sambung tido lepas subuh... Semoga semuanya selamat. InsyaAllah..

How i miss the moment.....


Rindu nya nk mandi mcm budak2 ni....tambah lagi musim panas mcm skrg ni..mesti best giler brendam dlm air sungai ni..dulu2 slalu mndi sungai tiap ari mcm aktivit rutin harian je masa kecik.. Panggil geng ramai2 sbb nya nk g main kt sungai.. Permainan femes masa tu adalah "berambat kekeng" iaitu main kejar2 pastu bila kna sentuh mesti beku sambil kna kangkang. Pastu nk cair balik kna ada someone menyurup atau masuk bawah kangkang baru blh gerak. Memang sesuai main game ni kat sungai sbb senang nk masuk kangkang tu dgn berenang je.kalo pandai nyorok pastu slow2 berenang g nyurup bawah kangkang yg kna beku tu lagi best sbb org yg kejar x nampak x perasan ada org dlm air..hoho seronok sgt masa kecik.. Tp skarg hanya mampu tgk je la bdk2 main ni..



Beginner of Credit card


Kredit kad? Dulu2 masa xkerja tgk org soping pakai kredit kad rasa macam Wowwww mesti dia ni org kaya... Rupanya xsemestinya org kaya yg pakai kredit kad sbb istilah kredit tu sendiri pun hutang kan..bila kerja baru faham..kuno la ainu ni.. Then datang la mindset xnk guna cc sbb nya xnk tambah hutang kan. Beli je la mengikut kemampuan. Xckup duit nk beli barang tu senyap je la..tp mindset tu dah berubah sekelip mata bila terbaca bnyk review pasal cc ni. Rupanya dia bukan nya tujuan utk tambah hutang tp bnyk benefit kalau pandai guna.. Yg penting iman kna kuat, kawal nafsu bila nk soping tu.. So skrg sy dh berjinak ngan cc jgk. Baru je nk apply aeonbig cc sebab terpengaruh ngan iklan kat aeon big oleh kerana ari2 dtg aeon big. Ni la bahaya kalo ofis dkt ngan mall. Ari2 g mkn kt aeonbig pastu merayap tgk brg2 aeon big jap lepas mkn. So oleh krana bnyk benefit kalo pakai eonbig cc bagi aeonbig fan, apply la satu. Dan yg penting akan cuba ctrl diri supaya xlebih limit yg biasa spend stiap bulan sbb nk pakai cc ni bukan nk tmbh utang tp nk dpt benefit je..masa nk apply tu tny abang kt kaunter tu, blh x nk limit 2k je sbulan then abg tu buat muka plik sbb dia ckp biasanya org akan tny nk increase limit tp sy nk decrease limit.. Xboleh xpe2, Janji dgn diri sendiri nk spend macam biasa cuma tukar pakai kredit je. Cash tu simpan nanti guna utk byr balik nanti. So dpt collect point bnyk2 nanti dpt redeem hadiah lagi..drpd spend cash tp xde ape2 . . Janji jgn over sudahhhh la..cth nya kalo biasa sbulan spend rm150 utk petrol by cash, apa kata simpan 150 tu then swipe credit card masa isi petrol.point dpt n rebate pon ada utk certain cc depend pd kad tu la mcm aeonbig cc ni stiap ahad dpt rebat tu..jdi isilah petrol ari ahad..haaa cenggitu...

Me?


Lately, I'm quite active in posting entry in my blog. why?? just one reason, i have no one to talk face to face with me. Even telco gave me unlimited call and unlimited data access, its still not able to give me such happiness deep in my heart. No use of unlimited call if u dont have a person who can hangout with u all the time over the phone when u need to tell ur stupid story, ur sad story, ur scary story, ur happy story or ur secret story because they also have their own life.. I just dont want to interrupt someone life with my messy story. Just let it be. I rather choose my 'silence friend' which is my blog to express everything, but not all actually. still left some story with me without expose it. just keep myself for my experience and i can help others who need me by my experience. That is the only reason behind. I only have my laptop and phone to chat with myself, to express my feeling and to cry together when watch a movie..hehe.. One more minor reason is, this blog is not such famous blog which the public always read. Only few readers coincidentally maybe read the entry. so i'm free to post anything i want to say. And my closest person also not familiar (or dont know maybe) the existence of this blog. But in case if they still can read my post, maybe after few years from my entry posted.


Actually i'm such a good stalker too when i feel missing someone either my family or friends, I'll not call them directly but i just stalk them from far such as see their activity in fb, ig, etc.. this is what we called as "hati macho tp ada taman".  apa yg sy buat bila rindu? sy hanya mampu berdoa agar dia selamat, bahagia dan sentiasa di bawah keberkatan Allah walau dimana pun dia berada.. 
kenapa tiba2 nk tulis feeling2 ni??? it is because today i feel i miss someone but i dont think 'dia' miss me because i know who i am. just a small ant around a big elephant. (my own proverb).. i'm not sure why i quite sensitive and cannot control my emotion lately, it is not just a normal sensitive, but the weird one.. normally i just let it go, but this time I can't. dah start layan bnyk K-drama kot skrg bila duk sorg2 ni...biane~~

MENCARI BAHAGIA


-perkongsian motivasi dari org yg bnyk bagi inspirasi dgn kata2 beliau..sy admire beliau..prof muhaya.

Apa yg kita faham dgn bahagia.
bahagia tu ada bnyak. Yg Prof ringkaskan ada 4 jenis,:
1) ada org ckp bahagia tu apa yg org boleh nampak yg kita ni bahagia.bila org kata kita bahagia, itulah kebahagian.

2) oda org ckp, sy bahagia tp sy terpaksa ambil benda haram utk bahagia. sy kena ambil dadah utk buat sy bahagia.

3) ada jg org ckp sy hanya bahagia bila suami syg sy, bila ank sy lulus exam, bila sy kawen dan macam2.

tp.....
sedarkah kita bahawa semua bahagia jenis tu adalah bahagia yg bersyarat.iaitu kita akan bahagia bila sesuatu berubah.
yg mana bahawa kita x mencapai bahagia yg sebenar.

bahagia yg sebenar adalah

4) bahagia dlm jiwa iaitu menuju falah. kita bahagia sebab kita islam. yg besyukur dgn nikmat Allah.
utk bahagia hari esok, kita kna bersyukur harini. jadi marilah kita audit diri kita adakah kita bahagia harini?
kalau kita x bahagia maksudnya kita adalah org yg x bersyukur semalam..

sekian...

Shopping di lelong.my.



Ni pesanan utk org yg suka beli brg kat lelong. Arini baru tau pasal netpay ni padahal sblum ni dh bnyk kali deal ngan lelong tp ni 1st time jumpa seller yg ada option paymnt netpay.xtau la knape kluar netpay bila nk proceed payment tu ke memang smua buyer ada mcm tu tp xprasan tu xtau la sbb excited nk beli brg tu sampai xbaca abih tp terus proceed payment. Nk dijadikan kisahnya masa dpt emel confirmation order tu memang betul la total yg kna byr ngan postage skali tp bila klik kat netpay, then kluar popup cimbclick tu tulis lain plak total kna byr. Masa tu dlm rm2 la kna byr lebih. Then byr je la tp xtau tu caj apa..bila settle byr then check kat status tu dia bg summary paymnt kita.. Masa tu baru tau yg byr lebih tu rupa rupanya caj utk guna netpay. Omaigod ni la akibat nya bila buat bnda membuta tuli je. Haha tu la nk excited sgt.then bila bkk balik page lelong yg iklan barang tu baru prasan seller tu ada tulis remark siap warna merah lagi pasal cara byr. Dia dh remark kat situ sila byr direct ke bank seller tanpa guna netpay!!! Aduiii knpa la xbaca abih dlu..inilah ainu. Jgn jd macam ainu. Pandai taktik dia ni, yg netpay tu besar2 je button dia tp other payment kecik je. So mestilah pilih yg besar lagi bersuluh tu.. Okeh lesson for today.!!

Dibodohkan Tanpa Sengaja


15/3/16

knape skrg ni main ngan tarikh je mesti ada kisah disebaliknya dan tarikh plak yg genap sebulan.. cthnya,
mula2 dlu 16/10/15 adalah hari sedih sbb tarikh resign dari company kat klang. then sebulan lepas tu, 16/11/15 adalah tarikh gembira sbb
tarikh report duty utk company baru.. then arini sehari seblum 16/3/15, 4bulan lepas keje tarikh sedih plak sbb kes kena tipu idup2 satu ofis
tp yg paling malangnya sy kerana dlm masa sama kena curik enfon note 4, satu2nya enfon kesayangan dan kenangan dari ofis lama sbb dpt lucky draw tahun lepas.
kronologi tu macam sedih suka sedih, so lepas ni insyaAllah berita gembira pula. aminnn..no more sad news..

okey arini nk story pasal kes penipuan. 1st time kena ni macam kes pukau skit tp bukan pukau..

alkisahnya tadi pkul 3.30 ptg masa tgh khusyuk nk siapkan drawing,masuklah seorang laki india, kuang ajar punya org itu.. masuk sengih2 mengaku yg dia adalah kontraktor utk company sebelah
yg nk hecking wall utk renovation. so dia dtg my office utk tunjuk plan drawing area mana yg dia nk heck sbb takut bising.kitorg dlm ofis ni percaya bulat2. dia mundar mandir
tunjuk drawing tu sambil demo. lepas tu dia dtg kat sy punya meja nk tunjuk kat sy, then sy anggukkan saja lah tanpa perasan yg atas meja tu sy letak 2 enfon, satu enfon note 4 sbb masa tu
baru lepas wasap adik, satu lagi fon cap ayam sbb baru lepas jwb call. tanpa perasan india tu letak kertas drawing tu atas fon dan dia memang aim nk amik fon tu bila tgk cctv balik.

then masa dia panggil sy trun bwh jap utk tunjuk bahagian bawah, sy masih tinggal fon atas meja..tp tiba2 dia si india tu naik balik kat ofis katanya nk ketuk dinding dan suruh sy observe dari bawah.
sy ikut je kata dia dan masa tu lah dia amik fon tu terus trun.. nk dijadikan cerita dia mintak saya tunggu kat tangga sebab dia keluar g try ketuk bahagian luar ofis. tp x
muncul2, sy jenguk keluar dah xde org tu lepas tu sy naik balik ofis. then g kat meja nk amik fon tp GONE!!!dh xde..hiuaaaaaaaaa...kalut semua yg kat ofis cari..
memnag terus syak org india tu..then
g tny company sebelah nk tny betul ke ada kontraktor tu dari company sbelah rupanya diorg pun kna tipu dgn cara yg sama.. tp
xsempat nk amik barang sbb diorag follow je laki india tu buat spotcheck...   sy je yg bernasib malang...

terus ofismate bawak g buat report polis..benda dh nk jadi...tp yg saya paling sedih sbb xpuas lagi guna fon tu, mungkin tu je fon paling mahal yg pernah guna, lepas ni xsure bila plak blh guna
yg mahal2,mungkin x kot. dan fon tu amatlah penting bagi org yg susah nk ingat jalan macam sy ni...almaklumlah sikit2 guna waze kalo nk jalan2 kt kl ni.
mcm ksrg ni nasib baik sempat hafal jalan nk pergi keje sebab baru pindah rumah sewa sminggu, masa 1st week duduk umh sewa memang guna waze je g keje,lepas tu try hafal jln..tp kna
make sure lalu jln sama la xblh nk try jalan masuk cabang lain kalo x memang sesat terus...aduiii susah betul nk ingt jln, silap masuk cabang skit terus blur xleh cari jln kluar.

yaAllah, bnyk dugaan betul semenjak 2menjak ni...hanya doa mampu dipanjatkan agar sentiasa dilindungi Allah..
ada sorg offismate tu yg teman g report polis asyik duk tny masa dlm kreta, ok ke x..masa tu memang senyum je xtunjuk pun ape yg rasa sbb tgh cuba kuatkan diri supaya xnangis tp dlm ati hanya Allah yg tahu..
terima kasih lah tlg tenangkan tadi..dia ni punya la risau,sekejap kejap tny keadaan ok ke x.. then masuk la jgk skit2 nasihat dia tu dia ckp mungkin Allah nk gantikan dgn yg lebih baik lepas ni...
insyAllah..moga2 ada hikmah sebaliknya dan dpt yg lebih baik lepas ni.aminnnn...

nk beli enfon mcm tu memang x la, tu pun hadiah je.. lepas ni tggu org bgi hantaran la plak..haha..

report polis yg sekadar utk tambah koleksi..hehehe

suspek

tgk tangan dia dlm red circle tu (situlah fon) sambil kpala tengok org sebelah.masa ni lah dia curik.

konon2 jd kontraktor sdg spotcheck bangunan


Bahagia di alam mimpi

Terima kasih yaAllah berikan aku rasa bahagia dan rasa keterujaan walaupun hanya di alam mimpi..realiti blum tentu bila lagi tp alam mimpi pun dh rasa teruja itu...thanks.

Dari jauh dekat di hati


Lirik lagu ni ada 1001 mkna..
Lagu Entah apa rasa

Engkau beri cahaya
Saat ku cari mana jalannya
Jujur mahu engkau tahu
Aku juga ada rasakan sesuatu

Mimpi kita terbang di awan biru
Lengkapilah setiap hariku
Melihatmu membuat aku rindu
Tapi aku terpaksa membisu

Entah apa rasa
Indah dalam jiwa
Entah apa rasa
Aku aku aku pun tidak tahu

Entah apa rasa
Saatnya dicinta
Entah apa rasa
Masih aku aku tidak tahu
Jadi biarkanlah saja

Hey aku pun juga begitu
Jumpa satu di antara yang beribu
Mahu tegur tapi aku tidak berani
Takkan perigi yang pula nak cari baldi

Bukannya mewah janji yang biasa sederhana
Asal boleh buat aku tersenyum ketawa
Tidak salah untuk cuba kenali
Mungkin boleh bawa aku ke kaki pelangi