alkisahnya....


Terima kasih Allah...


Alhamdulillah utk rezki ini walaupun x sehebat yg dulu. Terima kasih ma abah yg xputus bg harapan dan thanks jobstreet yg telah menemukanku dgn rezki ini...semoga yg ni lebih baik dari sebelumnya..

Sbulan Allah uji dgn tiada sebarang pekerjaan yg dilakukan dan dalam tempoh tu aku berusaha keras utk mencari jalan penyelesaian kepada setiap masalah..postmortem utk diri  sendiri jgk. Dan sebulan masa Allah bagi utk luangkan masa sepuas puasnya dgn family tercinta kerana apabila masuk waktu kerja sudah terhad masa utk family.. 16/10/15 melepaskan satu kerjaya pertama sbgai engineer kerana tarikh tu adalah last keje utk tempoh sbulan resignation notice. Dan 16/11/15 genap sbulan selepas resign tp ternyata perancangan Allah lagi cantik kerana ak dikhabarkan dgn berita gembira bgi jawapan kepada satu temuduga dahulu. Gembiranya hati saat dpt call offer kerja di tempat baru disaat yg sgt memerlukan. 16/11/15 tarikh mula kerja dimana genap sbulan ak 'rehat' yg panjang.
Syukur Alhamdulillah...

Berakhirnya satu episod


16 october 2015 (jumaat)

Tarikh yg disematkan disini supaya satu hari nt xkan lupa dimana berakhirnya satu episod dlm kerjaya seorang hamba Allah yg lemah dan serba kekurangan ini. Xtau nk express apa perasaan masa ni.bercampur aduk dgn keputusan yg dibuat. Sedih. Kecewa. Gembira. Puas hati. Takut. Risau. Serba salah semua ada. Saat ini terbayang wajah penuh kasih sayang ma, wajah keletihan abah balik kerja, wajah keriangan adik2 bila diberikan sesuatu dan wajah kerisauan bagi yg mengerti. Dgn kegawatan ekonomi zaman penuh mencabar skrg ni,ak yg tetap berkeras melepaskan satu peluang rezeki demi kebebasan dari cengkaman ati yg sakit teramat dgn perangai manusia. Redha. Itu saja yg mampu dilakukan. Memang tinggi risiko yg diambil ini.resign sebelum dpt tawaran kerja atau backup dlm mana2 pekerjaan lagi. Melepaskan pekerjaan dlm bidang yg struggle study slama 5thun tp hanya bertahan 1tahun sahaja dlm alam pekerjaan mmg rasa xberbaloi. Blum sempat bls jasa2 org tersayang especially parent. Dpt kurasakan kekecewaan dihati ma masa blik release tension kt kg after resign tu walau xditunjukkan. Yelah bukan senang nk dpt kerja skrg tp tulah hakikat yg harus diterima. Drpd stiap hari menahan bekam didada yg boleh meletus bila2 masa, baiklah mengundur diri sebelum ianya meletup. Hanya Allah yg tahu perasaan ketika ini.. buntu.. kalau blh nk meluahkan yg terbuku ni sepuas puasnya tp xberani dan xtau mcm mana nk meluahkan pd someone kerana xnk membebankan masalah ni pd org lain termasuk pada fmly. Ckuplah dgn masalah masing2,xperlu ditambah masalah ni pd mereka2 dan ckuplah mengadu pada yg maha esa. Selebihnya hanya mampu pendamkan dan luahkan dalam tinta ini shj.

Ujian ni bnyk menyedarkan hambamu yg bnyk leka dgn duniawi selama ni. Mungkin Dia nk baiki balik huhunganku denganNya yg semakin hari smakin jauh selama aku dikurniakan nikmat rezki ini dek kerana masa yg terhad utk beribadat dan lalai disebabkan bz dgn urusan duniawi. MashaAllah.. ak percaya Allah tarik balik nikmat sementara yg diberikan ni ada hikmah disebaliknya.. semoga masih ada sinar utk hari esok. Ini bukan pengakhiran tp satu permulaan baru dlm menjalankan tugas sebagai khalifah Allah dimuka bumi ini.
InsyaAllah...

Hanya kepadamu aku berserah ya Allah. Engkau permudahkanlah urusanku dan kurniakan rezeki yg halal untukku. Sesungguhnya aku sgt berhajat kpd sebarang rezeki pemberian yg Engkau berikan. Janganlah Engkau ingatkan aku dgn apa yg telah engkau palingkan dariku.
Aminn..

-Ainu-