alkisahnya....


muka buku


kita berkenalan hanya dlm laman muka buku
kau hantar pesanan suruh terima aku oooooooo....

dulu nk tny khabar berutus surat, kemudian up ckit guna fon calling2,messaging,miskol2..kemudian masuk era moden surat dilupus terus perkhidmatan except official business or formal matter only...bila dah kenal buku biru tu  penggunaan calling2,messaging,miskol2 pun makin kurang statistiknya,, ganti plak dgn poking2,tagging2,komen2 dll...itulah arus penjajahan muka buku dlm zaman janji ditepati ni..

tp tahukah kita apa fungsi fb selain poking2,tagging2,komen2??ni dia nk habaq mai..

1) sharing2


sbg tempat nk share info dll...gmbr ni cth je
2) sebagai vocab for today

dlm fb lah kita jumpa word2 baru yg kdg2 x bleh diterima akal...p/s: ada jgk ngantuk thap gaban, ingtkan air je ada nama gaban..ni maybe ngantuk  tahap sesedap air gaban kot..
xdedah tempat lain bleh jumpa word yg bleh kita rasa sdikit annoying.ni limited edition di fb..

3) family recruitment pun boleh...

tempat mcm2 iklan
3) nk sound org pun best kat sini
kan dah kena..main je la sorg2 xyah nk request org lain...

4) tempat luah perasaan dan kesakitan..

pi jmpa dr,kalo ckp kat fb makin pening..(plik pening2 bleh lg update status)
5) tempat gaduh (kronologi knk2 update status)

ni lagi dasyat,dlm masa xsampai 24jam brapa bnyk status dia update..last2 break..
kalau diikutkan bnyk lagi peranan fb hingga x dpt disenaraikan disini.. tp tu lah hakikatnya pengaruh fb zaman skrg...jadi remaja2,kanak2,dan tidak ketinggalan jgk yg dah berumur tu harap2 sentiasalah berwaspada dgn virus baru ni...:)
last but not least fb pun buleh jd tempat suka2...
just nk gurau2..





p/s: sori la kpd yg terlibat samada yg dah ditutup identitinya atau yg terbuka nama disitu,ni hanya cth semata mata...bukan niat lain...

:((((


cantiknye tulisan dia..nampak kemas dan tersusun je..handwriting yg macam ni la bleh buat pemeriksa kertas semangat nk marking utk exam ke ape2 ke...

respect la kalau org yg ada seni dlm tulisan ni, tambah2 lagi kalu tulisan mcm kat atas ni ditulis dgn pantas tp tetap tersusun rapi..kalau dah tulis lmbt2 semata mata nk cntik ni x boleh la jgk nk kejar salin nota dlm kelas..


p/s: bile agaknya tulisan duktur ainu ni akan berubah mcm ni...tulis bnda slalu nk express, bila masa nk jd kemas mcm ni...patut la kalau markah lab report ke assignment ke yg handwriting selalu dpt markah rendah..maybe lectrer xpaham ape kebenda yg dibebel dlm report tu mcm ayam cari cacing je..dulu pernah skali cikgu masa form 3 pujuk xnk bg down sbb ada komen pasal tulisan,tp dia bg semangat ckp "xpe jgn risau  masa skolah je tulis tangan camni,nt bila dah masuk u sume bnda kna taip"..masa tu termakan jgk la pujukan cikgu tp ternyata ckgu hanya sekadar pujuk2 ayam je nk ambil hati..buktinya skrg dah masuk u tetap kna tulis guna tgn lagi.terima kasih la cikgu krn pandai bg anak murid cikgu ni xsedih..huhu..memang dia cikgu terbaik pernah sy kenal..kalau nk knal dia baca entri ni.

ni lah kelemahannya bila kna buat kerja guna handwriting..

hikayat si kucing betina


baru2 ni masa balik klantan,dikejutkan dapat baby baru dlm rumah..bukan satu tp 5 skaligus..hehe..Nk story ckit pengalaman jd ala2 bidan atau bleh jgk dikategorikan macam doktor.Alkisahnya balik cuti midsem ari tu, ada la sekor kucing kat rumah ni gelisah menunggu masa nk melahirkan. Entah ni kali ke berapa dia beranak. Masa dtg utp lepas cuti sem lepas kalau x silap kucing ni baru je lepas pantang, tp lepas sebulan lebih dtg utp, kemudian entah bila dia berisi tup tup balik cuti midsem ni dah nk bersalin kucing ni..Biasalah tu nama lagi kucing, trademark dia memang beranak utk hidup, hidup utk beranak. Prinsipnya  selagi hidup, boleh berjalan dan boleh memikat selagi tu dia menambahkan keturunan supaya x pupus dek zaman..

Pd malam tu 4 julai 2012, hari rabu iaitu hari 1st  cuti midsem, seperti kebiasaan bila semua ahli telah brkumpul di teratak ni,mulalah keluar kisah sana sini nk story. Masa tgh syok duk cerita, muncul la si kucing ni gelisah ke hulu kehilir bw perut buncit dia tu..rupanya dia gelisah duk cari tempat nk keluarkan anak2 dia, cari tempat yg sesuai dijadikan hospital kat dlm rumah ni..nk tunjuk betapa sygnya  dan caring nya binatang ni akan keselamatan anak2 dia, sanggup dia panjat bumbung nk bersalin(syg pun syg jgk, tp binatang ni otak je ada,akal nye xde.kalo branak atas bumbung lagi ler bahaya kang tergolek baru nyesal x sudah )..

Kesian tgk kucing ni penat lelah, kami pun sediakan lah “hospital” kat dia..amik kain utk lapik kemudian letak kat dapur. Tp bila panggil kucing tu dia masih nk berlagak lagi, xmau duduk situ..nk beranak pun nk tmpt eklusif..then,cari la bnda lain, nasib baik la ada besen yg dah x diguna lg. Amik lah besen tu lapik dgn kain batik dan surat khabar sbgai alas kemudian bw masuk dlm bilik letak tepi katil.. amboiii, dgn senang hati dia masuk terus duduk dlm besen tu..berlagak kan kucing ni, ni lah akibatnya bila kucing ni terlalu dimanjakan.

tengah gelisah menunggu waktu


Mlm tu jd bidan kucing x bergaji jap. Pengalaman sambut kelahiran anak2 kucing ni best jgk. Tp bila tgk kesusahan kucing nk bersalin ni tiba2 rasa macam kesiannya jd seekor kucing..saat2 genting mcm ni dia bersusah sekor2 tanpa ada bantuan yg lain..dia pusing2 besen tu samapai nk tergolek tp xkluar pun ag anknya. Waktu senang ada bapak kucing bersama sama, tp bila macam ni yg bersusah payah nya kucing betina je..kesian jd sekor kucing betina kan kan kan..manusia memang beruntung dikelilingi org yg saling menyayangi..

Tepat pkul 10.15pm, lahirnya 2 ekor anak kucing kedunia. Tp nmpk gaya mcm ada lagi isi dlm perutnya yg blum kluar. Oleh kerana mata pun dah x larat nk bukak,jd xboleh la nk jd saksi kelahiran yg seterusnya.. bangun pg keesokannya, dgr bunyi ank2 kucing kriuk2. Bila jenguk dlm besen rupanya ada 5 ekor anak kucing dah lahir. Entah pkul brape dia keluarkan 3 ekor yg selebihnya tu pun x tau la..

2 sudah keluar, tgk perut masih ada isi lagi..hehe

akhirnya selamatlah lahir 5 new babies


Abis sudah story pasal kucing..berbalik pd cuti midsem diklantan..Yg paling best setiap kali balik klantan ialah bila dpt makan makanan dan kuih muih Kelantan yg best. Antaranya kuih tepung pelita, lokceng, dan makan sup kaki lembu.puah hati daaaaa....
kuih tepung pelita yg enak dan manis leting

buat bnyk2 mcm nk meniaga..kjap je dah abis.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
"Kadang-kadang Allah turunkan hujan, ditambah dengan guruh, siap dengan kilat lagi... kita tertanya-tanya Kemana perginya matahari? Rupanya Allah mahu memberikan kita pelangi yang indah."

disebalik kegembiraan,terselit jgk satu kesedihan yg buat kami sedikit down.. kegembiraan dan gelak tawa seakan sengaja diciptakan demi menutup kesedihan dlm konflik peribadi yg terjadi..kerana mulut manusia bermusuhan, kerana mulut sebuah ukhwah yg kukuh terlerai jgk. Semoga ianya berakhir secepat mungkin walaupun nmpk macam semuanya xde kesudahan. Hanya mampu berdoa agar dikembalikan kebahagian,perpaduan dan ikatan persaudaraan yg kukuh seperti suatu waktu dahulu. Amat rindu suasana sanak saudara yg bersatu padu dlm setiap benda yg dilakukan.