alkisahnya....


servis kereta : Antara fakta atau auta?


hujung minggu lepas ada la pergi servis kereta kat perodua utk mileage 30000 km. kiranya ni kali ke-5 servis kereta kat satu service centre nih. sebelum ni ok jer kot service nya. Tp masa service yg ke-5 ni rasa kureng siket sbb nya kos utk servis kali ni macam  hmmm xbrape syok je sbb ni paling mahal la stakat ni. tambahan lagi rasa macam diambil kesempatan terhadap kekurangan ilmu seorang perempuan terhadap kereta nih.

xtau la nk cakap masa tu kena tipu ke ape ke tp for sure rasa macam pelik sikit kali ni.. first skali masa call utk appointment tu ada tny dia agak2 brape bajet
utk service 30000 km. lepas tu dia bg estimation around rm200 macam tu lah. memang stiap kali nk buat appointment utk service sy akan tny estimation ni dan biasanya xlari jauh la kos yg dia estimate dari yg actual yg kna byr masa lepas service tu.

Then bila pergi service tu, exec perodua tu bagitau la apa yg patut "diservis" kali ni. lepas explain bla bla bla tu, dia bagitau total akan kna byr rm313.
masa tu rasa mcm ok fine, lari sikit dari estimation masa buat appointment dlu tu.

lepas settle urusan kat kaunter tu then tunggulah kat waiting room pusat servis tu. agak lama jgk nk tunggu kereta siap around 2 jam tunggu nasib baik kat situ ada tv.
bolehlah nk layan drama melayu sementara menunggu.. nk makan makanan ringan yg diorang sediakan pon xboleh sbb bulan puasa..

masa tgh tunggu tu tiba2 wakil exec perodua tu call bagitau:-

exec: "cik, bateri kereta cik ni dah low sgt ni. kna tukar!"

(dlm hati ni duk pikir, setahu aku bateri ni blh la tahan 2-3 tahun tp kereta ni baru pakai 1tahun3 bulan xkan dah low.
lagipun enjin bleh start xde buat hal pon)

sy: "oo ye ke.. kalau sy tukar lain kali boleh x?

exec: "xboleh la cik sbb ni memang dah low sgt ni. mcm mana, setuju ke kalo kita tukar yg baru?"

disebabkan org perempuan  ni xtau sgt pasal kereta then setuju je la sbb risau jgk kalau xtukar kot2 la bila naik tgh2 jalan enjin mati tak ke gelabah nanti. so, diorang proceed la tukar baru, dah la kos bateri saje rm190.

lepas setel smua tu bila nk g bayar aduiii pening kpala dgn caj servis kali ni. ye la kali ni kna rm500 servis kereta saje. kurang ler bajet utk raya nanti..hmmm

nilah servis paling mahal setakat ni, ye la sebelum ni paling mahal pon 300++ je servis.

lepas tu bila siap servis,baliklah umh abang. then cerita la kt abang pasal servis kali ni.. dia pon terkejut sbb bateri dah kna tukar. masa tu rasa sgt teraniya knapa la aku setuju je dgn request diorang td...ish2..

Apalagi, dia suruh g amik balik bateri dulu kat pusat servis tu yg konon2 nya dah low tu bawak balik sebab maybe blh guna as backup masa emergency nanti. Drpd diorang amik n jual baik, baik kita amik balik sbb tu brg kita.. td masa balik tu lupa nk mintak balik bateri tu.
xpasai2 kna g balik kat pusat servis nasib baik dekat je.. masa g mintak bateri tu sorang exec tu tolong la angkat bateri  tu sampai kat kereta katanya berat. layankan je la.

balik tu bagi kat abang tgk bateri tu. satu lagi perasaan macam teraniya disitu. katanya abang tu macam bukan bateri yg dulu je sbb nmpk macam bateri lama. satu lagi bila check yg exec tu bagi td tu bateri basah sedangkan yg sebelum ni kereta tu bateri kering tp xtau la model ape. almaklumlah sebelum ni memang xpernah tgk pon bateri kat kereta tu sepanjang guna kereta jadi xtaula rupa bateri atau model apa yg pakai pon xtau.jadi senang2 je la kalo diorang nk tipu ke ape ke bagi bateri lain..
sooooo ainu yg rasa teraniya utk kali kedua.

kalau betullah mereka dah tukar bagi bateri lain, maksudnya bateri sy yg dulu tu mungkin blh dijual sbg sparepart lagi sbb rasanya masih elok lagi...tp nk buat macam mana bnda dah jadi redha je la tambah2 lagi dibulan puasa ni maafkan je la kalo betul mereka buat mcm tu.
Tp bab duit tu memang agak terkilan sikit la xpasai2 melayang rm500, blh byr ansuran kereta utk bulan depan dah tu tp bukan rezeki nk buat mcm mana lagi..

so conclusion nya, jangan nk sombongkan diri dgn komponen2 kereta, kalau xtau skali pun atleast bnda basic tu kna belajar. tanyalah org yg tau.
kalau x boleh nk blajar skalipon, rasanya kna bwa "suami"(if applicable.hehe) kalo nk servis kereta ataupun nk buat bnda2 yg biasanya menjadi kepakaran lelaki ni utk mengelakkan ditipu.  

this is my lovely mom


dalam dunia realiti, sy memang kureng bab2 story pasal personal kat someone even kat family especially about my future or marriage. why? knape sy x suka berkongsi cerita pasal hal berkaitan kawen atau kawan2 lelaki kat family especially kat mak. jarang nih nk share kisah mcm ni kat sini, eh bukan jarang tp memang x pernah pon.

okeh ni alkisah yg berlaku bila umur dah semakin meningkat dan kawan2 yg sebaya mahupun yg lebih muda dah ramai kahwin. tambah2 lagi bila saudara terdekat pon dah ramai beranak pinak dgn umur yg masih muda..

setiap kali gtau mak pasal sipulan sipulan ni dah nak kawen ni mak bulan depan, minggu depan, tahun depan..bla bla bla.. then for sure lepas gtau tu mak akan diam sekejap kemudian bila dia bersuara dia akan tanya, "k.ngah bila lagi?"

grrrrrrr------ tulah satu sbb yg xnak gtau pasal kawan2 yg nk kawen.

ada satu lagi situasi, bila kita duk syok bercerita pasal itu ini tentang kawan kita (cerita yg baik2 je ataupun kelakar okeh), then tiba2 bila tercerita pasal kawan lelaki je lepas tu mak mesti tanya
"dia dah kawen ke?"

haaa tu dia dah xde benda lain la tu dlm kepala mak.. sikit2 nk kaitkan dgn kawen.. kita ni punya la nk share cerita kawan2 kan tp bila mak nk kaitkan dgn bab kawen ni jadi krik krik sikit..

ada sekali tu ada ke patut mak sampai terpikir nk kenenkan kawan2 cina yg kerja satu ofis ni sbb slalu duk story kat dia pasal member2 cina ni. Almaklumlah kerja kat sini mostly lelaki cina je. lepas bercerita pasal member2 cina tu tiba2 mak tukar topik duk cerita pasal cina muallaf, cina kawen dgn melayu peluk islam la..macam2..

haaa paham2 sendiri lah bila mak dah masuk topik tu ada la tu dalam kepala dia nk bagitau apa.

aritu bercerita kat mak pasal bos company ni yg baik la, ckp sopan la macam2 la tp lepas abih je cerita tu ingtkan nk respon ckp "hmm, bagusla dpt bos macam tu" , tp tidak sama sekali.

yg keluar dlm mulut mak ialah " bos tu dah kawen ke?"

omaigoddd, mak..hahaha.lawak la mak ni...
terus bagitau mak "ma, bos tu dah kawen dah beranak pinak dah pun..nama pun bos kan mesti dah tua kan.."
dalam drama melayu boleh la bos muda tp realiti nya jarang jumpa..hahahaha..mak ni dah terpengaruh ngan drama melayu pukul 7 jgk la ni..

pastu mak jawab "owh, dah kawen la plak" sambil mimik muka frust...
xleh nk tahan gelak kat mak bila terlampau  fikir nk cepat2 kahwenkan anak dia ni...hahahah.. insyaAllah dgn doa mak tu adalah tu...hehehehe..


aku, dia, dan laksam versi kampung


orang yg asal kampung ni memang patut berbangga la sbb ada peluang utk menikmati kehidupan di kampung dan jgk bandar kalau yg merantau kerja di bandar. Tp jarang orang yg asal bandar nak merasa aman damainya kehidupan di kampung. So, modal harini nk bercerita pasal kehidupan kat kampung utk pengetahuan org2 bandar sekalian..gittew..lain kampung lain kisahnya. macam kat sy punya kampung , oleh kerana kawasan rumah tu dikelilingi oleh rumah saudara mara je sebagai jiran, so hubungan persaudaraan tu memang kuat la. kalau ada je mana2 saudara yg kerja nun jauh dibandar pulang ke kampung, mesti kitorang akan buat jamuan atau majlis makan2 (bekwoh) kecil-kecilan secara gotong royong. salah satu makanan yg femes utk family kitorang buat jamuan ialah masak laksa dan laksam. masak laksam ni memang best gilerr.. sbb nya sambil2 kukus laksam tu blh borak2 lagi.. yelah nk tunggu masak satu2 laksam tu kalo x sembang memang boring.. nk buat laksam tu pon bukannya perlukan modal yg banyk, cara buat pon senang.cuma lecehnya nk kukus satu2 tu je makan masa tambah2 lagi bila guna satu dapur saje.



ni acuan kuah laksam kelantan versi masak guna dapur kayu
laksam sedang dikukus

tadaaa.....laksam yg siap dikukus.. gambar pun xclear sbb lapar sgt..



ceritera bazaar ramadhan

Alhamdulillah tahun ni masih lagi dipanjangkan umur utk merasa Ramadhan yg penuh barakah ni.. tahun ni adalah tahun pertama duduk sorang diri berjauhan dgn family kerana kerja. sebelum ni pon pernah berjauhan dgn family tp bukan duduk SORANG DIRI..I mean, dulu stay dgn member2 g bazaar sama2, masa 1st year kerja dlu pon stay ngan kakak, so berbuka ngan family kakak tp skrg ni duk umh sewa sorang2 g bazaar sorang2 then berbuka sorang2..so sad..


Tp walaupun duk sorang2, xdelah  rasa stress sgt sbb kerja skrang dgn company ni buat rasa bahagia all the time even balik kerja rasa lonely..hahaha..

back to story pasal bazaar, oleh kerana duk sorang2 and baru pindah umh sewa baru masa bulan puasa ni so utk makan tu memang 100% kena beli makanan siap masak la sbb nya kat umh baru ni kosong macam padang jarak padang tekukur, xde ape perabot, xde apa2, NOTHING.. so kalo nk masak tu kna beli sendiri dapur, alat2 memasak yg lain and paling penting tempat nk simpan makanan iaitu PETI pun xde.. jadi baik lah beli kat kedai je utk makan sorang xdelah mahal sgt compare nk beli semua perabot dan perkakas tu mungkin makan modal beribu ribu.. so buat masa ni beli kat kedai je la dlu tunggu ada modal baru beli perkakas tu...

So, nampaknya ramadhan tahun ni memang hari2 makanan bazaar la.. targetnya hari2 nk tukar2 jenis nasi yg nk dibeli. ckuplah 30hari dgn 30 jenis nasi yg berlainan kat bazaar tu.. 

1st day puasa tu sbb xbiasa ag dgn area kemuning ni, so xtau la kat mana bazaar yg banyak makanan. so pergi je lah bazaar yg dekat ngan ofis tp frust sikit sbb bazaar ni sunyi sepi je sbb sikit je gerai2 kat situ.dah la parking jauuuuh sgt sbb takut xde parking yg dekat rupanya berlambak parking kosong sbb xde org... rasa macam krik krik sikit masa jalan2 kat situ. maybe dalam 15-20 gerai je kot. x bnyk pilihan makanan utk berbuka.. sedih betul 1st day puasa macam tu tp alhamdulillah walaupun x tercapai kemahuan yg kita nak tp Allah masih beri rezeki utk menikmati juadah berbuka walau makanan sederhana. sedangkan orang kat luar tu masih ramai yg entah ade ke tidak makanan utk berbuka..--insaf sekejap----.

punyalah parking nun juah dari gerai tu...


hari kedua tu alhamdulillah ada member gtau area bazar yg besar kat kemuning..area sekyen 30 kot. tempat tu. then try la g sana..masyaAllah ramainya orang macam semut merayap je..nk jalan pon susah tp i likeeeee..sampai je mula lah pening xtau nk pilih apa utk berbuka sbb bnyk sgt makanan...nafsu utk beli makanan dah mula menguasai diri la tuuu...pujuk diri sendiri utk bersabar dan pilih satu je makanan utk elakkan pembaziran.. xpe nanti try satu2 la sbb nanti akan beli kat situ jgk utk buka puasa hari2 seterusnya..

ni dia antara hasil tangkapan bazaar utk day 2 and 3 ramadhan:

DAY 2: ayam percik "pening kepala"

DAY 3: nasi goreng ayam + abc + tepung pelita


Taktik jawab call Telemarketer


Ni kisah CINTA ainu dan telemarketer2 kat luar sana (nmpk x kata ganda utk telemarketer tu sbb ramai sgt).

Xtau la sbb semakin berusia ke apa sejak masuk alam pekerjaan ni, dalam sebulan tu ada je call dari unknown number especially lepas kita ada deal something ngan institusi kat malaysia ni memang suka passing number phone utk marketing diorang.

minggu lepas baru bukak akaun utk standard chartered. bukan suka2 nk bukak akaun bank sbb dah berlambak kad bank tp duitnya bukan ada dlm smua bank-bank tu tp ni sebab company guna bank tu terpaksa lah bukak kalo x lmbtlah salary nk masuk.

sminggu lepas settle account opening tu, haaaa adalah nombor yg x dikenali call.. harini nombor ni yg call --- 03-27874200. kebetulan masa tu x bz so layanlah apa yg nk dia ckp.. rupanya dia ni dari satu bank kat malaysia (nama bank tu dirahsiakan atas sbb tertentu)...dah la ckp laju nauuuu nk kejar apa xtau..

"blh sy berckp dgn ...........(nama penuh) ? 

"ye saya."

"tahniah cik, nama anda layak utk promosi insuran bla bla bla........"

rasa bangga kejap sbb ayat "layak" tu macam woww sgt biarlah tu hanya ayat manis diorang je pon.padahal semua org yg akan dia call ckp "anda layak" jgk..hahaha...
hmmm dlm hati ni bila dgr je dari agen insuran memang buat2 dgr je la explanation panjang berjela tp yg best tu bila dia tny dah kahwin ke belum, bila jwb belum lagi, dgn ayat yg manisnya dia ckp:

"oo xpe cik saya doakan cik akan dpt pasangan yg beriman dan soleh sbb mesti semua inginkan pasangan yg soleh kan?"

dalam hati ni aminnnn.. pandai je telemarketing ni main angin kan...

layan je la..

selepas hampir 20 minit hanging kat phone tu, bila dah masuk part dia nk tny setuju ke x tu,  dah ckp kat dia "maaf, saya dah ada insurans. sy x nak accept yg ni."

tp dia berusaha lagi nk suruh accept ckp benefit itu ini la compare dgn insuran yg dah ada skg ni yg ni better la macam2 la..

dlm hati ni "ish dia ni x paham bahasa ke" ..pastu dia sambung lagi cakap bla bla bla... so, apalagi dah kita ckp elok2 tolak yg dia offer tu tp xpaham2 jugak.  terpaksa la guna taktik jahat iaitu....
--->buat2 xde line..hahaha.. masa dia tgh syok cakap tu terus apply taktik tu

"hello, hello, hello sorry la x dgr.. hello hello, eh xde line ke ni ? hello hello"

teetttttttt...butang merah terus ditekan..OFF.. so, settle problem..lepas tu turn on flight mode plak sbb takut2 dia call lagi..then save number tu as "DONT PICKUP".. So next time bila nampak no tu xyah angkat..hahhaa.. x jahat kan...adeii kesian la sape telemarketer yg call Ainu tu... lain kali guna taktik macam ni... maafkan sayaaaa utk telemarketer sekalian, saya x benci kerja anda semua sbb sy paham dah memang kerja anda ganggu kami2 disini...tp anda jgk kna paham yg x semua bnda yg korang offer kami patut accept kecuali offer bnda free blh la accept, hadiah ke apa ke blh la tp ni offer smua bnda yg kena byr..saiaaaaa x kuad...hahaha..komitmen saya dah berlambak, so x de ruang utk komitmen lain...

tp bila google pasal number phone ni, ramai jgk yg pernah kena .. tp dari bank yg berbeza.. mungkin agen utk different bank kot tp nombor sama je guna..ish..

sekian..

slaam ramadhan dan kita kosong kosong ye... :)