alkisahnya....


bilo poso hampir tibo......


----------Versi klate pulok, puah doh ckap KL------------

Ari ni 30 hb 7,esok 31hb (jom pakat skodeng anok bule),luso 1 ramadhan...kpd umat islam selamat menyambut kedatangan Ramadhan al mubarak yg dinanti...

   bagi rakyat klate,bilo bule poso, banyok la namo kueh muih tubik di mulut soghe soghe. . . bagi oghe duk luar klate marilah samo2 kito kenal kueh2 tradisional yg femes kat klate.. kalu xkenal tu wat lolok kenal jah la.. slrrrrppp, terliur doh ni.....

cantik tertarik menarik kau memang the BOOM~!!
feveret--kuih peria yg comel + manis

akok panas..

apam bakar + nyor mudo

butir nako..kalu xpanda make lekat kat tekok..

kuih cara


woh jering rebus cicoh nyor mudo..
buah jering rebus~~~ni makane ore zaman dulu2,zaman jepun xdop makane kno make woh jering rebus cicoh nyor mudo..sedap~~~susoh nk cari zaman loni. . .

krepok gotel cicoh nga sos banyok2

comel kuih ni ija nyela molek ag..kuih koci

xtau namo gapo tp mace aiskrim..kuih ore xdop gigi

lakse klate

lopat tikam..nk make keno lompat pah tu tikam..

mace2 ado.. cek mek ado, kuih koci ado, kuih cara pun ado.
nekbat [comel tp manis leting]

ni kuih banyok namo-- onde2, telur koghe, woh melako, woh mulong.
kuih feveret pulut pise

siro pise sedak dimake pete2

tepung boko

tepung bukus
 kuih pelito ni kuih feveret jgk tp kalu nok make jange jd tamak make banyok sbb kuih ni kna campur ngan air gula, sapo make banyok alamaknyo kno g cek kandungan gula dale bade silap2 ari bule jatuh pening nanar nyakit diabetes...sbb apo namo tepung plito? bak kato ma kuih ni mace plito, air gula mewakili minyak tanah, isi dale tu mewakili sumbu ngan pelita.. sedapppp..try skali nok ag..
tepung pelita
puteri mandi atau kepek idung (mace idung hok kepek tu)
ubi kayu. . . sedap dimakan musim boh (banjir)..kalu nk try jange make banyok sbb nati sakit orat sendi kato org tuo2..kalu x brapo masok jange loghat nok make nti tubik angin sokmo
ubi kayu rebus cicoh nyor
kalu tgok kuih nih sumo mace feveret jah xdok hok x sedak...tgok gmbar sajo je la nt keno balik klate dulu baru buleh make bendo2 gini....okeh,ckup la bobel pasal kuih, nati bule poso xleh tgok kuat2 gmbr kuih2 ni....SELAMAT BERPUASA (^_^)

kuih paling gangster= Lompat Tikam
Kuih paling sexy= Puteri Mandi
Kuih paling keji= Taik Itik
Kuih bajet cute= Cek Mek Molek
Kuih untuk awet muda= Seri Muka
Kuih paling alim= Kuih Ketayap
Kuih penyakit lelaki kronik= Batang Buruk
Kuih suka pukul= Kuih Lompang
Kuih dalam zoo= Badak Berendam
Kuih yg bangun sendiri= Kuih Bangkit
Kuih org x mandi= Kuih Bau-lu
Kuih paling tenteram= Kuih Makmur
Kuih paling lembap= Kuih Siput
kuih hepy lg ceria=kueh keria

penyakit TB


ni antara susulan info yg dpt drpd forum baitul muslim sempena opening RD semalam. . forum ni bleh dikatakan antara forum yg paling best yg pernah dgr sbb sepanjang forum x rasa ckit pun rasa mengantuk atau menguap walaupun forum terlebih panjang sampai abis pkul 12mlm. Sape2 yg tgok forum semalam mungkin rasa macam tgok maharaja lawak je sbb panel2 ni buat penonton x kering gusi disokong pula style moderator tuan haji jalil yg santai . . antara panel yg hadir ialah pemilik Hushim Motivational & Counselling Consultancy (HMCC) iaitu cr. Haji hushim bin haji salleh, panel 2 seorang pensyarah UTM Ustaz Kamarul Azmi bin Jasni, dan panel 3 seorang pasangan suami isteri merangkap student PHD UTP iaitu En Askar Triwiyanto dan isteri.
panel 1

panel 2

antara buku2 keluaran cr. haj hushim

moderator ckp skrg ni ramai berpenyakit TB. Penyakit TB? TB bukan TV bukan jgk penyakit Tuberculois tp ni penyakit seorang lelaki iaitu penyakit TAKUT BINI. . .moderator tny isteri panel ke3 sanggup x kalu laki dia nk kawin lain. dgn malu2 dia geleng kpala lalu panel 1 mencelah pakai tudung labuh sampai lutut pun xsangup nk hidup bermadu.

Panel 1 iaitu seorang kaunselor yg amatlah santai gayanya. . setiap kali time dia bkk mulut nk tergolek golek rasa dlm CH tu. . Setiap perkataan yg keluar dr mulut pasti meriuhkan satu dewan dgn gelak tawa penonton. Antara istilah menarik beliau ialah bila beliau pesan kat kaum muslimat kalau nk cari suami jgn cari suami 5ringgit Sbbnya suami ni ialah yg jenis malas nk keje. Mlm2 nk keluar rumah mintak ngan isteri “nk 5 ringgit, nk kluar minum i”. .beliau nasihatkan utk muslimat risik tny perangai sbenar psgnnya tu drpd org terdekat dgn pasangannya sbb tuan punyer badan xkan sepenuhnya jujur mengaku keburukan pada drinya. Kentut pun x nk ngaku (ni beliau yg bg cth)..Menurut tuan haji, kita xkan kenal sikap seseorang ni kecuali bila melakukan 3 perkara iaitu:

1. berjalan jauh dgnnya
2. berurusan wang dgnnya
3. bermalam


 Antara panel2 yg hadir semalam, panel yg ke3 ni paling Hot sbb masa tiba jer time 2org ni buka mulut je adalah suara2 asing kat blkg tu ckp “sweeeeeeeeeet nye”. Haha. . mereka ni student UTP jgk tp asal dr Indonesia. Jadi ckp pun dlm bahasa indon, kalau tgk kat tv org ckp indon xrasa nk gelak tp bila dgr live jdi tergelak plak slangue dia sampaikan tuan haji jalil tersasul ckp indon masa tny panel ni. . Pasangan ni kawin awal dan sekarang sudah 9 thun rumahtangga mereka dan dikurniakan 2org cahaya mata yg comel,ank ke2 baru 8blan.mereka bw ank2 mereka masa forum semalam dan sepanjang forum anknya ni baik sgt walau org lain yg jaga masa dia berdua kat pentas, xnangis pun walau lama kat dlm dewan tu . .

 Moderator tny isteri En Askar macam mana bleh jumpa dan kawin suami dia. Dan jawapannya dalam versi indon ” sy bnyk kali buat istikharah mintak pd Allah supaya dpt suamiyg sholeh dan begini begini begini. ternyata selepas menikah sy menemukan bahawa Allah memberikan saya suami bukan yg sy inginkan tp suami yg saya butuhkan”. Moderator tny lagi macam mana bleh jumpa Pertemuan dibawah naungan doa tu.. beliau menjawab “doa jdi pengutus antara kita berdua, tiada sms mahupun berjumpa. Dan sy rasakan selepas bernikah tu macam suatu yg baru,yg menarik gitu. Biasanya org bulan madu tp kita merasakan tahun madu”.

Itulah sedikit sebanyak isi2 forum semalam yg nk dikongsikan bersama. terima kasih Komiti2 yg bertungkus lumus menjayakan Opening semalam dan x lupa jg pada penonton yg hadir memeriahkan majlis. . insyaAllah bnyk lagi aktiviti2 RD yg lain bakal menyusul Ramadhan nanti..
 
p/s: forum ni amatlah best dan paling terkesan bila ada satu scene panel suami isteri ni yg buat sy hampir terkeluar air mata dgn sikap kedua duanya..penonton yg kat blkg mungkin xterperasan tp yg depan mungkin nmpk.. bagusnye communication pasangan bahagia ni.

SELAMAT UNTUK ANDA. . .


Sebuah puisi untukmu hai wanita. .

[sila baca dgn nada penuh feeling berpuitis, kalau terasa meremang bulu roma ketika baca puisi ni maksudnya anda berjaya mendalami maksud yg tersirat sebalik ayat ini.. kalau x percaya try tgok ustaz dawi deklamasi puisi ni masa opening RD :) ..selamat berpuisi....:P]

Selamat untuk Anda kerana Anda wanita yang solat, puasa, taat lagi patuh.
Selamat untuk Anda kerana Anda wanita yang berjilbab, pemalu, anggun lagi berkeperibadian kukuh.
Selamat untuk Anda kerana Anda wanita yang berpendidikan, gemar membaca, sedar, lagi mempunyai petunjuk yang benar.
Selamat untuk Anda kerana Anda seorang wanita yang setia, jujur dan suka berderma.
Selamat untuk Anda kerana Anda wanita yang penyabar, selalu berharap akan pahala Allah, bertaubat dan senantiasa kembali ke jalan-Nya.
 Selamat untuk Anda kerana Anda seorang wanita yang banyak berzikir, bersyukur, berdoa, lagi penuh kesedaran.
Selamat untuk Anda kerana Anda adalah wanita yang mengikuti jejak Aisah, Maryam dan Khadijah.
 Selamat untuk Anda kerana Anda adalah wanita yang mendidik calon-calon pahlawan dan mencetak calon-calon tokoh yang terkemuda.
 Selamat untuk Anda kerana Anda adalah wanita yang memelihara norma-norma etika lagi memelihara idealisme yang tinggi.
Selamat untuk Anda kerana Anda adalah wanita yang membela hal-hal yang disucikan dan jauh dari hal-hal yang diharamkan.


TEKA TEKI


Teka teki imam ghazali

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (Teka Teki ) :
Imam Ghazali = " Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?
Murid 1 = " Orang tua "
Murid 2 = " Guru "
Murid 3 = " Teman "
Murid 4 = " Kaum kerabat "
Imam Ghazali = " Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).
Imam Ghazali = " Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?"
Murid 1 = " Negeri Cina "
Murid 2 = " Bulan "
Murid 3 = " Matahari "
Murid 4 = " Bintang-bintang "
Iman Ghazali = " Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun keadaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama".
Iman Ghazali = " Apa yang paling besar didunia ini ?"
Murid 1 = " Gunung "
Murid 2 = " Matahari "
Murid 3 = " Bumi "
Imam Ghazali = " Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka."
IMAM GHAZALI" Apa yang paling berat didunia? "
Murid 1 = " Baja "
Murid 2 = " Besi "
Murid 3 = " Gajah "
Imam Ghazali = " Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah."
Imam Ghazali = " Apa yang paling ringan di dunia ini ?"
Murid 1 = " Kapas"
Murid 2 = " Angin "
Murid 3 = " Debu "
Murid 4 = " Daun-daun"
Imam Ghazali = " Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT . Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat "
Imam Ghazali = " Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? "
Murid- Murid dengan serentak menjawab = " Pedang "
Imam Ghazali = " Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri "

Wrong decision..


kerana sedikit miscom tp membawa kpd impak yg besar..kerana satu miscom itu perkara lain terpaksa delay dan cancel. .namun,pasti ada hikmah yg tersembunyi sebalik setiap yg berlaku hari ni. . .walaupun decision yg diambil nmpak macam yg terbaik tapi yg sebaliknya berlaku...dan disebabkan wrong decision ni terpaksa plak berhadapan dgn seorng yg kurang faham atau memang x memahami. . 
Namun seorang hamba Allah yg mungkin merasa bertanggungjawab diatas miscom yg berlaku cuba membetulkan keadaan. .Alhamdulillah,dgn mukanya yg nampak kesal dan kemaafan yg diucapkan meredakan ckit rasa ketegangan ni. .bila keadan kembali stabil teringat satu ayat yg berbunyi "dan barangkali kamu membenci sesuatu,padahal ia amat baik bagimu,dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu;Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui";(Al Baqarah:216)... moral of the story: make a truly good decision not follow your desire but from bottom of ur heart. .terlajak perahu bleh patah balik..    


kosmo : max 24:7 bukan kpop


max 24:7

dipetik dari 
http://www.kosmo.com.my
Penampilan pemuda dan gadis berwajah menarik menjadi salah satu penarik dan penyebab antara kpop ini digemari selain punyai rentak tari yang menarik dan sekata serta bilangan ahli kumpulan yang ramai.
Setelah beberapa lama K-Pop menjadi kegilaan, kini dalam arena muzik tempatan wujud pula yang dinamakan sebagai M-Pop (Malaysia-Pop) dan kumpulan Max 24:7 dikatakan antara yang pencetusnya.
Melirik kepada penampilan kumpulan yang terdiri daripada 12 orang anggota itu, pasti ramai yang melihat mereka tidak ubah seperti sebuah kumpulan K-Pop yang diminati rakyat tempatan iaitu Super Junior.
Namun, menangkis segala kritikan yang mengatakan mereka ini cuba menjadi klon kumpulan K-Pop, pengurus, komposer, penulis lirik serta guru tari Max 24:7, Aesar Mustafa menegaskan bahawa walaupun mereka kelihatan menyerupai artis K-Pop, namun Max 24:7 adalah sangat berbeza.
“Kami masih lagi mengekalkan identiti Malaysia dengan menyuntik nilai-nilai muzik tradisional ke dalam muzik kami. Saya boleh buktikan mereka ini tidak meniru K-Pop.
“Pada mulanya memang ada yang mempertikaikan perkara ini, namun lama-kelamaan apabila mereka mula mengenal kami, ada yang meminta maaf kerana menilai lebih awal,” ujar Aesar yang kini sedang giat mempromosikan dua buah single Max 24:7 yang berjudul Satu Cinta dan Cinta 24:7.
Max 24:7 yang baru ditubuhkan selama empat bulan dianggotai 12 orang anak muda berumur di antara 18 hingga 25 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai A’ar, Jaq, Mirul, Eykal, Iym, Tameen, O.B, Kim, Hans, Alloi, Virgo dan Fifiey.
Menjawab persoalan mungkin masih ramai lagi yang pertikaikan kemunculan Max 24:7 sebagai sebuah kumpulan M-Pop, ujar Aesar, ia sebenarnya agak sukar untuk mengubah mentaliti rakyat tempatan yang menggemari K-Pop.
“Sebenarnya, jika mahu ikutkan, Malaysia Pop sudah lama bertapak di Malaysia dengan adanya grup yang menggunakan konsep pop. Cuma, perkataan M-Pop itu tidak digunakan.
“Ini mungkin masih baru, dan jika mereka mula mengenali Max 24:7, mereka akan perasan perbezaan kami dengan kumpulan K-Pop yang lain,” jelas Aesar yang juga menambah bahawa gerak tari merupakan satu perkara universal di mana sesiapa sahaja boleh menggunakannya.
Namun, apa yang pasti menurut Aesar, Max 24:7 ini dibentuk dengan cara tersendiri di mana wujud perbezaan dari segi tarian, personaliti, susunan muzik dan mereka merupakan produk baharu yang mana ia langsung tidak menyerupai para penggiat muzik K-Pop.--(kosmo)

hehe..nak terguling guling dan tergolek golek..ni aerobik ke?..knape suara tenggelam dalam muzik ni...

Fenomena Tahajud cinta


lepas habis fenomena nur kasih dan nora elena, jom layan cerita terbaru utk slot zehra tv3 setiap jumaat 9malam, TAHAJUD CINTA.dgr khabar crita ni best tp xtau la best yg macam mana sbb xsempat tgok lagi..tp yg menarik nye ramai pelakon2 hebat digabungkan dalam drama ni antaranya :
Remy Ishak,  Nur Fazura, Fouziah Gous, Shahz Jaszle, Tan Sri Jins Shamsuddin, Eman Manan, Norish Karman, Tiz Zaqyah, Aaron aziz, Melisa Saila, Ziela Jalil, Erma Fatima, Dira Abu Zahar, Ahmad Tarmimi Siregar, Fadilah Mansor, Haryanto, Zack Taipan, Anne Abdullah,  Neelofa  dan Azizah Mahzan.

Sebelum tgok drama ni meh tgok trailer dulu best ke x...


sinopsis pun macam best....bleh try tgok ni...
sinopsis tahajud cinta:

Menurut Erma fatima , drama ni dihasilkan untuk memaparkan perjuangan wanita dan meyemarakkan semangat kaum wanita. Erma kata banyak kes penganiyaan  wanita berlaku sekarang ni, dan dia nak memyedarkan kaum wanita akan hak wanita tu sendiri.

Cerita bermula dengan kisah mengenai  sahabat iaitu Citra Maisarah (lakonan Fazura), Seri (Fauziah Ghous) tidak dapat lari dari cinta dan kasih sayang.  Citra telah jatuh cinta dengan Azihan (lakonan Shah Jazle) seorang lelaki yang sangat berpegang teguh kepada agama. Emelda (Tiz Zaqyah kakak  kpd Citra )ada masalah  dengan suamnya (Heryanto) dan menghadapi keganasan rumahtangga. Emelda  sangat lemah untuk mengahadapi masalah tu.
Citra dan Seri pulang ke Malaysia dan  Citra berjanji kepada dirinya  untuk membela hak hak kaum wanita dari ditindas kaum lelaki.

Citra merupakan anak perempuan kepada pasangan suami isteri yang merupakan peneraju sebuah syarikat gergasi. Selama 5 tahun belajar di luar negara ibu bapa Citra sama sekali tidak mengetahui bahawa anaknya yang di hantar ke London untuk mengikuti kursus Perundangan Sivil sebenarnya telah berhijrah secara rahsia ke Jordan untuk mendalami jurusan Perundangan Syariah

Citra nak membukti jugak kepada keluarganya yang dia akan berjuang demi hak kaum wanita yang tertindas  di zaman sekarang ni.  Citra jugak nak memperjuangkan hak kakaknya yang ditindas oleh abang iparnya.

Manakala Seri yang telah jatuh cinta buat pertama kali  tapi dia telah berkorban untuk berkahwin dan menjadi isteri keempat  kepada  Ustaz Syauki (Eman Manan)yang alim tapi tewas dengan nafsu ni lakonan Eman Manan. Seri kena kawin sebab Ustaz tu membiayai pengajian dia di Jordan. Malangnya Seri menjadi mangsa deraan ustaz ni pulak.
Ustaz ni pulak bapa kepada Solahudin (Remy), Seri ada hati jugak dengan Solahudin tapi apa kan daya dia terpaksa lupakan Solahudin. Isteri yang lain jugak mencemburui Seri.   Fuh!! banyak konfilk betul cerita nih!

Dapatkah Citra dan Solahudin,  menyelamatkan Seri ( Fauziah Ghous) dari keganasan dan kezaliman ustaz Syauki.  Solahudin  tidak mahu  menjadi anak derhaka ( mungkin dia anak kepda Ustaz Syauki). Sampai bila Solahudin sanggup melihat ayahnya hidup dlm kemungkaran, menggunakan agama untuk kepentingan nafsu.
tertarik ngan gmbar ni je..

macam tu la sinopsis nye,tp yg plik knape dlm sinopsis tu xde crite pasal aaron aziz?watak sampingan ke? dlm gmbar nampak macam bw watak ustaz..memang betul kata org aaron ni kalau blakon drama watak baik tp dalam movie selalu dpt watak antagonis...:P 

LAKARAN HATI


 
Senja ini mentari menyinar malu,
Ku lihat langit,
Terhampar luas kebiruan,
Ku renung lagi,
sehingga terlakar wajahmu di dada awan...
saat ini,
Ku terkenang kisah suka dan duka kita,
Sepanjang mengikat tali persaudaraan,
Terlalu banyak cubaan yang datang,
Betapa Allah mengatur setiap takdiran,
Dengan cukup teratur dan teliti,
Tiada perkara yang sia-sia menimpa diri,
Kecuali semuanya punya hikmah dari Ilahi...
Duhai angin,
Sampaikan padanya,
agar sabar dan tabah menghadapi hidup,
Kerana erti sebenar hidup ini,
Dalam erti 'memberi' bukan menerima...
Pelangi,
Ingin ku ukir warna indah itu dalam hidupmu,
Agar sentiasa mewarnai jejak langkahmu,
Namun ku sedari,
Hujan jua adakalanya akan turun,
Dan menghilangkan seri pelangi itu...
Oleh itu ku ingin jadi seperti bulan,
Bila muncul menyinarkan,
Bila sembunyi tidak menghilang,
Ia ada di balik awan,
Cuma kadang-kadang tidak perasan,
akan erti sebenar sebuah kehidupan...
Doaku cuma satu,
moga kita kan terus kuat,
menghadapi gelombang ujian,
kerana itulah sebenarya ukuran iman,
untuk kembali kepadaNya dengan jiwa yang tenang...

midsem fun!

Asal holiday hari2 mesti fun n enjoy...
          antara funny pixca yg sempat di "snap" sepanjang midsem..

sempat main kejar2 ngan angsa leher panjang..


budak baru lepas merajuk..

teka mane satu real pic?
sebelum berangkat ke bumi tronoh,sempat g round satu bandar nk cari costume spiderman sbb ada sorg budak tu nk jadi superhero... pusing punya pusing semua kedai pakaian akhirnya x jumpa jgk..last2 bli tshirt spiderman je la kat budak ni..
cita2 nk jadi spiderman..

senaman pagi...
riadah plak...:P
                                                           hari sukan desa...

main tangkap itik.

semiNit yg berharga

kalau x kerana seminit tu pasti macam2 bleh terjadi...terima kasih pakcik berkopiah dan jgk pakcik ber short pant...terima kasih atas bantuan  yg amat bermakna itu,semoga pakcik2 sekeluarga diberkati dan teruskan berjasa...<^_^>


Extreme


            kadang yg betul tu xlogik tp yg logik tu kadang2 xbetul...

cunnnnnn...


                                jgn tiru aksi ni..
cara extreme hilangkan jerawat..

eeeeeee....
isi selagi muat..

Esei



Pandai budak ni buat esei. Org baca pun bleh rasa terharu walau tu bkn kisah dia tp content dia bagus..ni esei dari salah seorg calon pelajar cemerlang UPSR di SKLR..



jauh beza (bumi ngan langit) kalo compare ngan ni...

doktor mane ntah...:P


kagum tgok tulisan dia yg teramat tersusun. “tulisan matured” walau dia xmatured.     Nk compare ngan tulisan zaman skolah rendah dulu terkontang kanting sampai skrg pun rasanyer xde improvement lagi,still tulisan doctor je..haha….kalau tulisan macam bdk ni dari student skolah menengah bleh terima lagi tp ni dari bdk darjah 6 yg kalo girl tu pakai tudung kluar “tarbus” x nampak mata oo,kalo boy pakai uniform skolah butang sampai abih,kalo baju ada butang sampai kpala pun sampai situ lah dibutangnya..(ni pengalaman ni)

injit2 semut saper sakit naik atas pentas:P

akat tangan macam sy!!

suasana assembly di Sklr