alkisahnya....


Company Trip 2017 3D2N- Lombok Indonesia


6 October 2017 - jumaat

   Bertolak dari rumah seawal 3 pagi sbb Bos nk smua berkumpul seramai 50 orang kat klia2 jam 6 pagi. pagi tu Flight pukul 8.30 a.m. mengantuk tahab gaban pun terpaksa la demi makan angin kan. The most important thing is,  saya yg amat excited sebab ni first time ever in my life naik flight.. kuno kan? haha..

   Nak melancong kat indonesia ni rasanya salah satu tempat yang terbaik untuk percutian bajet. sebabnya matawang kita lagi tinggi dari indonesia rupiah buat masa skarang. masa pergi tu hanya bawak sejuta rupiah jer atau bersamaan RM320 sudah pun memadai untuk beli belah kat sana. Tapiiiii, kos ni tak termasuk makan dan penginapan sebab yg tu smua company yg bayar... so sejuta tu just untuk beli souvenir atau lain2. kalau nak kira bajet yg company peruntukkan untuk setiap orang rasanya tak sampai rm2000 kot..

kaya tu 100ribu  tapi hakikatnya........rupiah..


  Perjalanan dari KLIA2 ke Lombok International Airport (LIA) ambik masa 3jam lebih. tapi yg leceh nya masa nak lepas kastam kat Klia tu. Punya la susah nk lepas, botol air nga rexona spray xlepas sbb lebih 100ml. Masa tu x ambik kisah sangat barang larangan atas flight, then kenalah masa kastam tu sbb tak letak barang2 tu dalam luggage, letak dalam backpack untuk naik kat atas tu. Diorang buang macam tu je la. mcam botol air tu bawak sbb masa tu batuk jadi kena sentiasa ada air. tapi tak expect tu pun diorang tak bagi..yelah first time fly katakan... haha.. Yg pegawai kastam tu perempuan, punyalah kerek, garang betui..cakap leklok tak boleh ke kalau ye pun nak bagitau tu barang larangan..ish2.

  Kami tiba di LIA jam 11.45a.m. sampai je kat pintu LIA, tourist guide kitorang dah terpacak menunggu ketibaan kami.. Destinasi pertama kami ialah ke pantai tanjung aan... pemandangan memang cantik ditambah pula pasir yang unik.. memang pasir kat situ tak sama ngan pasir pantai kt malaysia ni.. kat situ bulat2 macam makanan ikan tu pasirnya. cantik.. tapi yang tak best kat sini, ramai sangat peniaga kain jalanan dan ada jugak budak2 yg minta duit... tourist guide tu pesan awal2 lagi, jangan beli barang diorang depan peniaga lain, sbb sekali kita beli habis peniaga lain datang kat kita untuk minta beli barang diorang plak... fuhhh nak jalan pun susah tau..

  Kami stay kat Golden palace hotel, Mataram. So far so good la kat hotel ni, nice view, nice food, bilik pun selesa.. cuma satu je, kalau nak caj phone kat sini standby awal2 la adapter sebab kat indo guna plug 2 pin yang bulat tu sbb dia ikut Europe standard.. tapi kitorang lupa nk beli adapter, kat receptionist pun boleh pinjam tapi masa nak pinjam tu dah habis orang pinjam.. so terpaksa la beli kat indomart kat sebelah hotel tu..tak mahal pun sebanrnya kalo convert ke MYR dalam rm10 macam tu je kot.

Bos main pau je my monopod nak wefie..

bersama mak2 orang..

ni lah peniaga jalanan tu..kalau ikutkan kesian memang tak boleh nak jalan2 kt sini.

cantik kan pemandang kat belakang tu.. yg tercongok depan tu tak nak puji???haha

belajar menenun kain

sebelah petangnya kami ke kampung tradisional atau sade village. kat sini boleh tengok rumah tradisi mereka yang mana lantainya diperbuat dari tahi sapi...hmm tahi pun boleh dibuat rumah jugak.

harmoni je susana tu....


7 oktober 2017 - sabtu

   hari kedua dilombok.. terkejut sekejap nga waktu dia...pagi tu set alarm pkul 6pagi untuk bangun subuh. tapi bila bangun pukul 6 pagi tu terkejut beruk pun ada.. dia punya matahari dah rasa kat atas kepala.. ingatkan pukul 6 tu awal lagi untuk subuh, rupanya dah macam pukul 8 kat malaysia..apalagi cepat2 la bangkit dah subuh gajah tu...

  aktiviti hari kedua ialah explore 3 Gili : gili trawangan, gili air, gili meno. Gili tu maksudnya small island. kitorang sempat ke gili trawangan je sebab ada antara kami yg mabuk laut, so terpaksa explore satu gili je untuk snorkeling. Lepas snorkeling tu, kami ke jalan2 kat trawangan sebab kat situ famous kereta kuda atau diorang panggil cidomo.. tapi tak naik pun , kitorang sewa basikal je untuk pusing2...

signboard sblum naik boat.. deep sangat maksud tu.

boat snorkeling



ni lah cidomo....
tak sah kalau datang lombok kalau tak bergambar kat sini..Tq abam indo tolong snapkan.

sewa basikal 50ribu rupiah sejam..

8 oktober 2017 - Ahad

 Last day kat sini dah takde aktiviti sebab dah nak bertolak balik. flight pukul 12 thari, so pukul 10 lagi kami dah gerak ke LIA... bangun pagi tu sarapan kat hotel pastu packing barang then balik...

akhir sekali saya nak ringkaskan apa sebab kenapa anda perlu consider percutian ke Lombok:

1) Matawang IDR yg lebih rendah dari MYR
2) Masjid yg banyak (digelar pulau seribu masjid), senang untuk solat.
3) Senang untuk dapatkan makanan HALAL.
4) Bahasa percakapan (komunikasi) yg senang kerana mereka juga faham bahasa malaysia.
5) Pantai yg cantik.


sekian..

p/s: looking forward for more interesting country for next company trip.

0 org x puas hati:

Post a Comment