alkisahnya....


Fenomena Tahajud cinta


lepas habis fenomena nur kasih dan nora elena, jom layan cerita terbaru utk slot zehra tv3 setiap jumaat 9malam, TAHAJUD CINTA.dgr khabar crita ni best tp xtau la best yg macam mana sbb xsempat tgok lagi..tp yg menarik nye ramai pelakon2 hebat digabungkan dalam drama ni antaranya :
Remy Ishak,  Nur Fazura, Fouziah Gous, Shahz Jaszle, Tan Sri Jins Shamsuddin, Eman Manan, Norish Karman, Tiz Zaqyah, Aaron aziz, Melisa Saila, Ziela Jalil, Erma Fatima, Dira Abu Zahar, Ahmad Tarmimi Siregar, Fadilah Mansor, Haryanto, Zack Taipan, Anne Abdullah,  Neelofa  dan Azizah Mahzan.

Sebelum tgok drama ni meh tgok trailer dulu best ke x...


sinopsis pun macam best....bleh try tgok ni...
sinopsis tahajud cinta:

Menurut Erma fatima , drama ni dihasilkan untuk memaparkan perjuangan wanita dan meyemarakkan semangat kaum wanita. Erma kata banyak kes penganiyaan  wanita berlaku sekarang ni, dan dia nak memyedarkan kaum wanita akan hak wanita tu sendiri.

Cerita bermula dengan kisah mengenai  sahabat iaitu Citra Maisarah (lakonan Fazura), Seri (Fauziah Ghous) tidak dapat lari dari cinta dan kasih sayang.  Citra telah jatuh cinta dengan Azihan (lakonan Shah Jazle) seorang lelaki yang sangat berpegang teguh kepada agama. Emelda (Tiz Zaqyah kakak  kpd Citra )ada masalah  dengan suamnya (Heryanto) dan menghadapi keganasan rumahtangga. Emelda  sangat lemah untuk mengahadapi masalah tu.
Citra dan Seri pulang ke Malaysia dan  Citra berjanji kepada dirinya  untuk membela hak hak kaum wanita dari ditindas kaum lelaki.

Citra merupakan anak perempuan kepada pasangan suami isteri yang merupakan peneraju sebuah syarikat gergasi. Selama 5 tahun belajar di luar negara ibu bapa Citra sama sekali tidak mengetahui bahawa anaknya yang di hantar ke London untuk mengikuti kursus Perundangan Sivil sebenarnya telah berhijrah secara rahsia ke Jordan untuk mendalami jurusan Perundangan Syariah

Citra nak membukti jugak kepada keluarganya yang dia akan berjuang demi hak kaum wanita yang tertindas  di zaman sekarang ni.  Citra jugak nak memperjuangkan hak kakaknya yang ditindas oleh abang iparnya.

Manakala Seri yang telah jatuh cinta buat pertama kali  tapi dia telah berkorban untuk berkahwin dan menjadi isteri keempat  kepada  Ustaz Syauki (Eman Manan)yang alim tapi tewas dengan nafsu ni lakonan Eman Manan. Seri kena kawin sebab Ustaz tu membiayai pengajian dia di Jordan. Malangnya Seri menjadi mangsa deraan ustaz ni pulak.
Ustaz ni pulak bapa kepada Solahudin (Remy), Seri ada hati jugak dengan Solahudin tapi apa kan daya dia terpaksa lupakan Solahudin. Isteri yang lain jugak mencemburui Seri.   Fuh!! banyak konfilk betul cerita nih!

Dapatkah Citra dan Solahudin,  menyelamatkan Seri ( Fauziah Ghous) dari keganasan dan kezaliman ustaz Syauki.  Solahudin  tidak mahu  menjadi anak derhaka ( mungkin dia anak kepda Ustaz Syauki). Sampai bila Solahudin sanggup melihat ayahnya hidup dlm kemungkaran, menggunakan agama untuk kepentingan nafsu.
tertarik ngan gmbar ni je..

macam tu la sinopsis nye,tp yg plik knape dlm sinopsis tu xde crite pasal aaron aziz?watak sampingan ke? dlm gmbar nampak macam bw watak ustaz..memang betul kata org aaron ni kalau blakon drama watak baik tp dalam movie selalu dpt watak antagonis...:P 

0 org x puas hati:

Post a Comment