Sebuah puisi untukmu hai wanita. .
[sila baca dgn nada penuh feeling berpuitis, kalau terasa meremang bulu roma ketika baca puisi ni maksudnya anda berjaya mendalami maksud yg tersirat sebalik ayat ini.. kalau x percaya try tgok ustaz dawi deklamasi puisi ni masa opening RD :) ..selamat berpuisi....:P]
Selamat untuk Anda kerana Anda wanita yang solat, puasa, taat lagi patuh.
Selamat untuk Anda kerana Anda wanita yang berjilbab, pemalu, anggun lagi berkeperibadian kukuh.
Selamat untuk Anda kerana Anda wanita yang berpendidikan, gemar membaca, sedar, lagi mempunyai petunjuk yang benar.
Selamat untuk Anda kerana Anda seorang wanita yang setia, jujur dan suka berderma.
Selamat untuk Anda kerana Anda wanita yang penyabar, selalu berharap akan pahala Allah, bertaubat dan senantiasa kembali ke jalan-Nya.
Selamat untuk Anda kerana Anda seorang wanita yang banyak berzikir, bersyukur, berdoa, lagi penuh kesedaran.
Selamat untuk Anda kerana Anda adalah wanita yang mengikuti jejak Aisah, Maryam dan Khadijah.
Selamat untuk Anda kerana Anda adalah wanita yang mendidik calon-calon pahlawan dan mencetak calon-calon tokoh yang terkemuda.
Selamat untuk Anda kerana Anda adalah wanita yang memelihara norma-norma etika lagi memelihara idealisme yang tinggi.
Selamat untuk Anda kerana Anda adalah wanita yang membela hal-hal yang disucikan dan jauh dari hal-hal yang diharamkan.
0 org x puas hati:
Post a Comment