alkisahnya....


kosmo : max 24:7 bukan kpop


max 24:7

dipetik dari 
http://www.kosmo.com.my
Penampilan pemuda dan gadis berwajah menarik menjadi salah satu penarik dan penyebab antara kpop ini digemari selain punyai rentak tari yang menarik dan sekata serta bilangan ahli kumpulan yang ramai.
Setelah beberapa lama K-Pop menjadi kegilaan, kini dalam arena muzik tempatan wujud pula yang dinamakan sebagai M-Pop (Malaysia-Pop) dan kumpulan Max 24:7 dikatakan antara yang pencetusnya.
Melirik kepada penampilan kumpulan yang terdiri daripada 12 orang anggota itu, pasti ramai yang melihat mereka tidak ubah seperti sebuah kumpulan K-Pop yang diminati rakyat tempatan iaitu Super Junior.
Namun, menangkis segala kritikan yang mengatakan mereka ini cuba menjadi klon kumpulan K-Pop, pengurus, komposer, penulis lirik serta guru tari Max 24:7, Aesar Mustafa menegaskan bahawa walaupun mereka kelihatan menyerupai artis K-Pop, namun Max 24:7 adalah sangat berbeza.
“Kami masih lagi mengekalkan identiti Malaysia dengan menyuntik nilai-nilai muzik tradisional ke dalam muzik kami. Saya boleh buktikan mereka ini tidak meniru K-Pop.
“Pada mulanya memang ada yang mempertikaikan perkara ini, namun lama-kelamaan apabila mereka mula mengenal kami, ada yang meminta maaf kerana menilai lebih awal,” ujar Aesar yang kini sedang giat mempromosikan dua buah single Max 24:7 yang berjudul Satu Cinta dan Cinta 24:7.
Max 24:7 yang baru ditubuhkan selama empat bulan dianggotai 12 orang anak muda berumur di antara 18 hingga 25 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai A’ar, Jaq, Mirul, Eykal, Iym, Tameen, O.B, Kim, Hans, Alloi, Virgo dan Fifiey.
Menjawab persoalan mungkin masih ramai lagi yang pertikaikan kemunculan Max 24:7 sebagai sebuah kumpulan M-Pop, ujar Aesar, ia sebenarnya agak sukar untuk mengubah mentaliti rakyat tempatan yang menggemari K-Pop.
“Sebenarnya, jika mahu ikutkan, Malaysia Pop sudah lama bertapak di Malaysia dengan adanya grup yang menggunakan konsep pop. Cuma, perkataan M-Pop itu tidak digunakan.
“Ini mungkin masih baru, dan jika mereka mula mengenali Max 24:7, mereka akan perasan perbezaan kami dengan kumpulan K-Pop yang lain,” jelas Aesar yang juga menambah bahawa gerak tari merupakan satu perkara universal di mana sesiapa sahaja boleh menggunakannya.
Namun, apa yang pasti menurut Aesar, Max 24:7 ini dibentuk dengan cara tersendiri di mana wujud perbezaan dari segi tarian, personaliti, susunan muzik dan mereka merupakan produk baharu yang mana ia langsung tidak menyerupai para penggiat muzik K-Pop.--(kosmo)

hehe..nak terguling guling dan tergolek golek..ni aerobik ke?..knape suara tenggelam dalam muzik ni...

0 org x puas hati:

Post a Comment